Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 20 June 2016

sembang sorang-sorang #25

Semalam aku balik dari Kelantan, ingat nak cuti hari ni tapi tak jadilah. Pergi Kelantan ambil adik perempuan aku habis praktikal. Alhamdulillah Kelantan kali ni tak panas sangat and aku pun tak berjalan sangat but tetap dehydrated.

Kali ni pergi Kelantan aku shopping dekat Aeon Kota Bharu (sebab ada aircond) yang baru tu kah kah kah macam takde Aeon dekat Perak ni, berlambak oi! Haha. Tapi dekat Kelantan ada butik yang takde dekat Perak. Semalam aku pergi butik TUCZ beli 2 blouse dengan sepasang baju kurung, total damage: RM230. 

Sebenarnya aku bajet untuk raya tahun ini RM500, tapi sekarang aku dah habiskan RM430 tapi yang dalam senarai satu tak beli lagi kahkahkah not goood not good. Ni semua salah Mak dengan adik aku. Suka hasut aku beli. Aku dah la mudah tergoda.

Dari nak beli 2 pasang je baju tahun ni, jadi 3 pasang -_-''. Takpelah setahun sekali (sedapkan hati)

Ingat tak last week aku kena gigit lebah? Doktor bagi antibiotik untuk aku makan. Then lepas tak sakit dah aku tanya Mak perlu ke makan lagi, Mak cakap dah tak sakit tak payah lah. So aku stop.

Tetiba naik balik merah-merah dekat bahu aku, agak teruk and gatal and sakit sikit. Lepas tu aku mengadu dekat Mak depan ahli keluarga yang lain.

Mak, tengok ni dia naik balik. Mak yang cakap tak payah makan dah antibiotik tu
Ya Allah, kamu tak cakap pun tu antibiotik. Kamu saja kan, padahal kamu tahu tu antibiotik. Mak ingat ubat tahan sakit je.

Hahahaha

Hahahaha nampak tak kelicikan aku taknak makan ubat? Allah suruh dengar cakap Mak kan? Bukan doktor. Wahahaha. Then nampak tak aku tak perlu salahkan diri sendiri? Hahaha Tapi bahananya aku lah tanggung. Padanlah muka. Mana entah aku campak ubat tu. Nasib baik pakwe bukan doktor :p

Ni nak cerita sikit pasal Hafiz. Ya Allah adik aku sorang tu memang tak reti beridup berdikari langsung. LANGSUNG TAK RETI.

Sehari dekat 10 kali call Mak, tanya itu ini. Dia macam takut nak buat keputusan sendiri. Hari tu sidai baju dia hantar gambar dekat aku; Ayong sidai macam ni boleh kering tak? -..-

Mak aku pesan dekat dia basuh baju guna half cup sabun. Maksud Mak  bila baju penuh sebaldi la. Dia pergi bantainya basuh 3 helai spenda guna half cup sabun. Lepas tu komplem kenapa bila perah sabun tak habis-habis. *tepuk dahi*. Ayoo bendul betul haha. Guna common sense la annei.

Sabo je la adik aku ni. Tu la tak pernah buat kerja rumah kan, kau rasakan. Hai la. 

16 comments:

  1. salam nadia,ke tanda merah2 tu tanda super power....kiranye cat women dah ade bee women nk lawan penjahat.adoiiii hafiz bwt malu lelaki seantaro perak je kamu ni yob

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mungkin. *bergegas cari suitable suit*. hahaha laki kan :P

      Delete
  2. Hahaha ko ni lowkey obsess ngn si Hafiz ni aku rasa.. tsundere sangat nad. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ye kot. dh jauh ni rasa rindu plk. kalau x rs nk hempuk je hahaha

      Delete
  3. hahaha tiga lai spenda half cup sabun :')))
    adoii terhibur aku dgn adik hang Nad.

    mak aih dekat tiga ratus habis kt klate, aku nk hulur seratus utk baju raya pun fikir nambelas kali, wahaha! (sbb aku jrg pkai baju cenggitu, huhu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun terhibur dengan kebangangan dia hahaha

      tu la weh. fikir jugak tapi tu la hmmm. haha. aku pakai bju kurung setiap hari tp idokle pakai baju raya, still beli lain utk kerja haha.

      Delete
  4. Meh sini aku stalit dahi kau sikit Nad.
    Antibiotik kena makan sampai habis walaupun gejalanya dah berkurang.
    Kalau start naik merah balik kau kena gi jumpa doktor balik ambil ubat dr awal.
    Kalau kau kawan aku, lama dah aku sumbat antibiotik tu kat mulut kau hari-hari. Hahaha

    Hafiz, hafiz...*geleng kepala*
    Takpa tu, awal lagi. Lepas dua tiga bulan nanti power laa dia berdikari. Waktu tu tu tak tunggu spenda 3 helai baru basuh, tapi tunggu segunung baju kotor baru cari baldi. Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks god kau bukan kawan aku di dunia realiti
      hahhahah

      haha ayat last tu aku setuju. aku pun mcm tu dulu. memula smngt basuh setiap hari. lama2 hantar dobi kahkahkah

      Delete
  5. adehai, teruk betul kan sindrom perempuan kalau shopping..kena hasut sikit dah tergoda...haha! naseb baik IQ tak shopping dengan kkak dan adik IQ, kalau tak mahunya 5 pasang terus..hehe..

    kenapa ntah bila Nad sebut Hafiz terus terbayang Hafiz Mahamad yang tengah viral sekarang..haha! padahal bukan tak pernahh dengar cerita pasal Hafiz adik Nad tu...tapi serius, lawak benau adik Nad tu....bawak2 la belajar berdikari, nanti boleh tolong bini. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha IQ pun sama ke >_<

      Adik Nadia HAfiz Ahmad je hehe. tu la, nnati okay la tu lama-lama inshaAllah. ada bini nnt jgn hrp dia nk buat hahaha

      Delete
  6. hahahahhaha.... kemain nak salahkan mak ngan adik goda beli baju.. walhal dia sendiri yang nak beli.. kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Pergghhh.. 500rat shopping raya.. terbaikkk

    ReplyDelete
  8. Ahaahaha.. Yang bongsu ke tu? Cute sgt bendul dia tu!! Patuh cakap mak.. XD

    Tringat adik bongsu aku mse first time duk asrama. Basuh baju kt dobi, tpi share ngn member. Diaorg pi cmpur dua jenis sabun.. sudah basuh, bau baju bau semacam. Redha je dia pkai baju tu pergi kelas sepanjang minggu tu. Adoi laa..XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye yg bongsu haha

      hahaha adik bongsu ni mmg kelakar agaknya >_<

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance