Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 1 June 2016

Rutin yang sukar diubah

Aku tak tahu kenapa lately aku rajin jaga diri/jaga kesihatan/jaga badan. Mungkin sedar diri makin tua uhuk uhuk uhuk. Atau pun sebab bosan duduk sorang, so banyak masa nak layan diri sendiri. Dan rasa nak guna badan ni lama lagi, kalau panjang umur. 

 Aku  jenis manusia yang sangat suka bermain dengan masa. Bila aku dah setkan macam tu, aku akan buat macam yang dah ditetapkan oleh kepala otak aku, kalau tak buat or lupa buat aku akan kecewa.

Aku set kan setiap pagi aku akan minum lemon + honey atau green tea suam

Lepas lunch ambil vitamin C

Petang aku akan jogging kalau takde apa yang menghalang; cuaca dan nafsu lain haha

Malam aku akan makan buah atau susu kambing + kurma kalau tak craving macam orang gila tetiba nak makan Nasi Lemak yang tukang masak dia dah meninggal.

Selang sehari aku kena shampoo rambut. Oh by the way, aku ada masalah kulit kepala itchy, sebab kelemumur kot. Aku pakai Pantene dah lama, sejak lepas pantang hahaha sejak zaman universiti lagi. So aku rasa Pantene dah tak sesuai dengan aku, tetiba kepala aku banyak tumbuh jerawat :( Aku try pakai Selsun Blu tutup merah. So far berkesan walaupun agak pricey, terpaksalah aku gagahkan juga. Paling aku benci shampoo tu bau hospital!! Ahhhhh.

Okay sambung.

Aku dah setkan jugak hari Isnin dan Rabu time mandi malam aku akan lulurkan badan aku nak buang segala daki

Malam Rabu aku akan scrub muka dan pakai mask after that

So kadang-kadang ada benda yang aku tak buat or tak sempat buat or leka dengan benda lain, lepas tu aku kecewa. Bukan kecewa sebab nanti badan buruk ke apa ke (motif??) tapi kecewa sebab aku tak ikut set masa yang aku dah tentukan. Sycho.

Contohnya malam Rabu aku kena scrub muka tapi tertidur lepas Maghrib bangun nak Isya' mamai terus guna sabun biasa je. Lepas dah solat dah waras balik baru teringat. So aku akan kecewa. Aku takkan pakai dah malam Khamis ke apa ke, tunggu Rabu depannya pulak aku pakai balik. Seolah macam dekat direction ada bagitau boleh pakai Rabu je, kalau pakai hari lain nanti jadi Shrek. Sebab bila lari dari masa yang aku setkan, aku rasa aku betray diri sendiri.

Itu belum cerita benda lain lagi. Rutin aku pun aku tak suka diubah sangat. Lepas mandi pagi aku akan Subuh then pakai toner muka. Sementara nak tunggu toner meresap aku pakai deodorant dengan sapu losyen satu badan. Lepas tu pakai BB Cream sebab toner tadi dah meresap. Sementara tunggu BB cream blend dengan muka, aku pakai serum rambut. Then baru apply compact powder, eye liner dan lipstick.

Kalau aku terpakai deodrant dulu aku macam kecewa sebab nanti in between nak tunggu toner meresap aku macam buang masa. Tak boleh nak pakai serum rambut dulu nanti tangan jadi oily sikit and tak best nak letak BB cream atas tangan.

Aku kalau boleh sehabis baik taknak buang masa menunggu dan buat kerja 2 3 kali. So sebelum buat apa-apa aku akan setkan dulu dalam kepala otak apa patut aku buat. Contoh nak pergi gosok baju; apa aku boleh buat sementara nak tunggu iron panas? Selalunya aku basuh pinggan. Lepas gosok baju aku sangkut dekat rak pinggan sekejap then terus cuci muka dengan gosok gigi. Aku tak pergi sangkut baju dalam bilik dulu sebab nanti aku kena patah balik nak ke toilet.

Faham tak masalah aku yang membawa kepada kekacauan jiwa? 

Ya hampunnnn Nadiaaaaaaaaaaaaaaa! Kau dah kenapa? Sakit? 

Yeahhh perempuan memang sycho, nampak je normal. Hahahhaha.

Eh ke aku je?

12 comments:

  1. Sama! Cuma i kalau pakai pelembap nk tggu blend dgn skin tu dlm bberapa minit i akn buat bnda lain mcm pakai losyen dgn deodorant. Lps tu pg2 sblum mkn make sure amek supplemenet.kalau terlupa terus rasa bersalah dgn diri sendiri.Pun klau dh iron bju kna gntung terus. Xde makna nk trun naik byk kli amek bju.psiko ke mcm tu? I rasa itu keunikan seorang perempuan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang perempuan gitu kot eh. takpelah,,igt saya je abnormall hahahah

      Delete
  2. Hahaha saya baca pun jadi serabut xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yg alami ni apa kan lagi hahahha

      Delete
  3. assalamualaikum.boleh share produk yg awk pkai tu?
    nak jugak cantik mcm awk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik? wahahahaha. mano ado den cantik. tp kalau nak tau produk muka skrg pakai nour ain, scrub st ives, vitamin C biolife.tu je kot hehe

      Delete
    2. pd sy awk cantik pe..hehe tq sebab sudi share..ptg ni jugak pi cari scrub tu..tq again.

      Delete
    3. thankyou and my pleasure *bow*

      Delete
  4. Waaahhh!
    baca entri kau ni Nad buat aku rasa down sikit sebab aku tak pernah amik kisah badan aku. Takdenya nak cuci muka bagai cuci rambut sapu krim pakai pelembap hahahahaha

    Tapi aku pun pakai shampoo Selsun tutup merah tu. Tapi mahal shampoo tu. Habis sebotol terus rasa tanak beli dah. Hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. laki mmg mcm tu kot. ayah aku sabun tu la jadi shampoo, pencuci muka dan sabun badan sekaligus. lol.

      mahal kan? nangis bila nampak buih2 masuk lubang air hahaha. hr tu aku beli time promotion, 2 botol rm35. kalau tak sebotol rm25. T_T

      Delete
  5. hikhikhik..btl sycho sis ni..tp tgk cara tu mcm disiplin jgk..klu sy lupe something (mcm lupe scrub muka ari rabu tu), sy akan buat esoknya..xde la nk tggu spi minggu dpn..tp sebenarnya xde waktu yg fix pun nk wat sume tu..bila terlintas trs capai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takde la displin mana, sycho tu yeee hahahha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance