Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 2 June 2016

Resepi kebahagiaan; 7P

Hari tu aku ada pergi dengar ceramah agama bab kekeluargaan (???). Aku nak kongsi kan sikit apa yang aku dapat time ceramah tu. 7P yang menjamin kebahagiaan keluarga. Wah gituuuu. Ini isi dari ustaz tu tapi olahan ikut kepala otak aku ye. Yang aku bagi ni contoh je but actually applicable to anyone that we called family.

P1: Perhatian

Perhatian ni maksudnya adalah memberi dan menarik. Suami kena memberi perhatian time isteri bercakap walaupun masuk telinga kanan keluar telinga kiri haha. Isteri kena pandai tarik perhatian suami; memasak, menggoda. Kalau bukan isteri yang goda suami, nak suruh siapa goda? Hahaha

P2: Puji & Peluk

Isteri marah pergi la peluk. Anak tantrum jangan kau ikut tantrum sama instead pergi peluk. Suami tolong tukar bulb lampu puji; untung kahwin dengan abang, tak kahwin dengan hispter yang pandai selfie je. Kah kah kah. Isteri masak walaupun termasin sikit;puji.

P3: Pendidikan

Pendidikan ini terbahagi kepada tiga; agama, akhlak dan akademik. Ketiga-tiga penting, accordingly. Mak/ayah kena feed benda ni dalam diri anak-anak. Ada je orang ada agama tapi tak berakhlak dan sebaliknya. Jangan harapkan cikgu-cikgu semata. Dah cikgu rotan anak sikit pun meroyan, kau nak anak kau jadi manusia ke tak?

P4: Pukul (hukuman) 

Pukul bila perlu. Tak silap aku kalau pukul ni jangan pukul pinggang dan ke atas, tangan takpe lagi kot. Nak hanger kan pun biarlah dekat kaki ke punggung ke. Kalau dua anak gaduh tak kira siapa mulakan, sila pukul dua-dua supaya yang kena pukul tu tak berdendam dengan yang tak dipukul. Sebelum tu siasat dulu apa jadi.

Ayah balik surau nampak abang pukul adik sampai nangis, ayah terus pukul abang tanpa tanya apa-apa, padahal adik koyakkan buku sekolah abang. Adik walaupun kecil tak sentiasa betul ye, mereka pandai buat muka konon dianiya :P

P5: Pujuk (motivasi)

Isteri merajuk pujuk, anak merajuk pujuk, suami merajuk pujuk, kucing merajuk pujuk. Pujuk dengan kata-kata/kelakuan yang boleh naikkan motivasi supaya perkara yang nak dibetulkan dapat dibetulkan. Boleh apply kan P2.

Tapi kan lelaki ni bukan tahu isteri merajuk ke tak; tak alert :P. Perempuan kalau merajuk banyak diam kot. Kalau kau dapat isteri memang pendiam nasib kau lah bang nak figure out macam mana haha.

P6: Penghargaan

Hargai pasangan, anak-anak, mak ayah. Bagi hadiah, bunga, etc. Anak cemerlang bagi basikal, isteri hari-hari masak, kemas rumah bagilah jongkong emas ke. Balik kampung belikan lah apa-apa buah tangan untuk mak ayah; kereta Ferrari ke Ferero Roche ke.

P7: Periksa (muhasabah)

Kita kena selalu muhasabah diri. Kalau rasa anak-anak tak rapat dengan kita, muhasabah diri balik. Apa yang tak kena? Mana yang kurang? Selalu balik kerja lambat ke? Selalu marah-marah ke? Selalu main whatsapp je ke?

Bila dah tau puncanya, perbaiki lah diri.

Suami dengan isteri ni ibarat pelita dengan penutup kaca. Suami pelita, isteri penutup kaca. Kalau takde penutup kaca tu akhirnya pelita tu akan padam, tapi dengan penutup kaca, pelita tak akan ditiup angin dan makin teranglah seisi rumah.

Perghhh aku rasa aku boleh kahwin dah ni hahahhaa. Rugi wooo sapa gayyy. Kahkahkah.

Sekian. Harap membantu.

8 comments:

  1. Aku pun nak kalau dapat jongkong mas.. Hahahahaha.. Cano ni rasa nak kawen tapi takde orang nak kawen ngan aku.. meraung tak berlagu

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa taknak? hahaha. kau umur berapa? kot la boleh aku carikan wahahahha. ada tu nanti, keep prayingggg.

      Delete
  2. Waaahhhh!
    Pergi ceramah bab kekeluargaan tu. Siap take note lagi.
    Macam hint sesuatu je ni...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tiada apa2 makna yee. Ni kementerian wanita organise kan.

      Delete
  3. P8: Pemakanan (sedap) hahaha

    ReplyDelete
  4. kawin cpt dikkkk..hikhik..
    nice sharing..tq dear ;)))))

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance