Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 15 June 2016

Politeknk Balik Pulau

Isnin hari tu aku pergi hantar Hafiz ke PBU. Aku tak tahu kenapa akronim untuk Poli Balik Pulau is PBU not PBP. Eh korang dah kenapa? *tetiba haha

Lalu jambatan kedua yang sepanjang 17km. Pakcik aku Project Manager jambatan ni so dah lama dia duduk Penang, dia yang lead kitorang ke PBU. Aku kagum bila dia cerita macam mana jambatan kedua terbina. Technology is amazing. No? Me? Yes? Hahaha

Jalan nak ke sana boleh tahan bersimpang siur dan kecil, ye lah nak ke sebalik pulau kan. Sampai-sampai je aku macam; laaa kecik je Poli ni, Poliklinik Azhar lagi besar haha. MRSM aku dulu lagi besaq baq hang.

Then dia pergi daftar, aku pergi dengar taklimat ibu bapa. Mana tahu nanti anak aku pun masuk Poli, nanti tak payah aku dengar dah haha.

Lepas tu Mak tolong kemas barang dia, aku baring atas katil dia like a princess gituhh. PBU baru guna tahun 2013 tapi asrama dah jahanam, biasalah asrama lelaki *gender bias*. Meja pun patah. Time tengah kemas-kemas, Pengarah PBU datang bermesra dengan Ayah aku haha. Nampak baik lah orangnya. Adik aku dapat bilik no.2, semangat nampak daftar awal! Haha.

Dalam pukul 12 kitorang balik, Hafiz suruh tunggu sampai pukul 3 tapi aku tak benarkan! Haha. Kejam. Dahaga wei plus ngantuk sebab lepas Sahur dah bertolak. Masuk je kereta aku baringlah dekat belakang again like a princess haha. 

Baru je keluar pagar PBU, Ayah dah suruh Mak call dia

-_-''

Memang kesian tinggal budak tu coz we know how he is. Especially bulan puasa kan. Dengan duduk hujung dunia, jauh dari kemudahan, dah la tak bagi dia laptop lagi, kalau tak boleh jugak layan movies. 

Time kitorang nak balik pun dia tak pandang, nak nangis lettewwwwww hahahaha. Relaks la, aku umur 13 dah kena duduk dengan kawan-kawan. Ni umur 18 baru terkedek nak keluar rumah. Aku dulu handphone mana ada, beratur la dekat public phone. At least Hafiz 24 jam whatsapp dengan kitorang.

So far dia okay je walaupun setiap kali berbuka snap gambar nasi bungkus mohon simpati hahaha. Senja hari Isnin hari tu dia called mak aku sebab nak tanya baju kotor nak letak kat mana -_-'' Apa pun tak boleh dia ni. Haha. Dia nak balik weekend ni, Mak tak bagi sebab kitorang nak ke Kelantan sampai Ahad, tak sempat dia nak balik nanti Isnin dah start kelas.

Paling terkesan Ayah aku. Hahaha. Tak habis-habis tanya jadual balik adik aku, nanti praktikal berapa lama. -_-''. Kelas 1st pun tak start lagi, dah cerita pasal praktikal. Ayah oh Ayah.

Pintu bilik Hafiz sentiasa terbuka unless dia ada dalam tu baru dia tutup. Semalam Ayah tutup pintu bilik dia sebab nak bagi rasa dia ada dalam tu. Paghoh Ayah aku ni hahaha. 

Ayah memang macam tu. Mak kental sikit. Mak jenis biar je kitorang berdikari. Ayah tak. Dia tak boleh jauh dengan anak-anak. Asyik suruh Mak call tanya okay ke tak. Lepas tu asyik cakap dengan Mak yang kitorang okay je kat sana in a way sebenarnya dia tengah sedapkan hati sendiri. Haha. Mak diam je malas nak layan haha.

Time macam ni kalau aku masukkan juadah berbuka dalam whatsapp  family mesti kena marah. Haha. Dia tak boleh bila anak-anak yang jauh tau kami kat rumah makan masakan Mak yang sedap, pergi makan luar. Dia taknak yang jauh tu terasa ke apa entah lah haha.

Hati ada taman betul Ayah weolsss. Haha. 

Semalam Hafiz message nanti 1 July dia dah cuti Raya. Aku dengan Mak suruh dia balik naik bas sampai Nibong Tebal nanti balik dengan pakcik aku. Dia kata pakcik aku balik lambat iaitu after work. Padahal dia nak balik lepas Jumaat. Derrr berapa jam je beza. Choi. Tapi Ayah laju je setuju nak ambil dia, macam tak sabar je -_-''. Ha lantok, hadaplah kome jam Penang di hari Jumaat yang mulia.

Harap je tinggi, tiang elektrik lagi berguna hahahaha

12 comments:

  1. hahahaha comel betui ayah hang Nad. huhu jalan nk ke balik pulau tu aku pun tak kosser.
    hahahahaha betul, Jumaat di penang is hellish -..-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak koserrr sangat kan jalan dia. ni aku lalu jalan lain rs okay la sikit, hari tu lalu batu frenggi laggi hazabedah. penang hari2 jam kan? jumaat klimaks haha

      Delete
  2. Aduhai comey betul tiang letrik merangkap adik ko ni. Suruh dia tabah sikit. bulan puasa ni biasala dugaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la. haraplah bulan romdan ni dia dapatlah petunjuk sikit untuk lebih berdikari haha

      Delete
  3. Hahahaha. Anak abah ke adik kau tu?
    Ke memang dengan semua anak Ayah kau camtu? Hehehe

    Awal-awal je rasa nak balik. Nanti dah ada geng, dah ada awek #eh, maka makin seronok laa dik kau kat PBU tu. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak lah, selalu je budak ni kena marah dengan ayah. haa ayah aku dgn semua anak gitu hahaha.

      kan, sama la mcm kita dulu. mula2 rasa hell gila. bila dh dpt kwn sekepala mmg syiokkk. kot taknak balik dah lps tu haha

      Delete
  4. dah fikir soal anak tu...ada kemajuan...eh? haha!

    style la ayah nad...memang hati bunga habis...sayang sangat dia dengan anak...and i can see ur perangai sebenarnya ikut mak...hafiz punya perangai ikut ayah..comel jer...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha

      aah nadia hati kental sikit mcm mak. hehe ye kot dia ikut ayah haha

      Delete
  5. Mula2 je tu homesick, lama2 nanti okey la tu.. ahaha

    ReplyDelete
  6. hahahahahhaha... payoh payoh, kah kah kah.. nasib baik aku umo 14 tahun dah kena campak nun kat Segamat duduk sekolah asrama yang takde budak perempuan.. kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. segamat? kau org mana? muda-muda kena campak ni berakal sikit jadinya. dah tua ni mcm lambat je nak tune hahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance