Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 27 June 2016

Makan secara terang-terangan di bulan Ramadhan

Semalam aku buka twitter banyak isu pasal perempuan period makan secara terang-terangan dekat tempat awam time bulan Ramadhan. Aku tak tahulah isu ni dibahaskan based on statement semata or memang ada perempuan gila sepere pergi makan publicly.

Allah bagi kesenangan pada perempuan untuk tak perlu berpuasa ketika period. Period ni bukan calang-calang ye, kalau yang sengugut teruk boleh pengsan. And we surely need energy sebab terkeluarnya darah dari dinding-dinding rahim itu.

Aku time puasa memang steady sampai petang, kekadang je aku mild gastrik bila dah lepas Asar tapi Alhamdulillah so far aku boleh tahan. Tapi kalau time period tudiaaa pukul 6.30 pagi gigil lapar dah. Satu sebab memang time period akan craving semacam, kedua sebab we need energy, ketiga sebab kita tak niat puasa.

Nak makan, makanlah! Memang Tuhan suruh makan. Tapi hormat bulan Ramadhan tu, hormat orang yang berpuasa. Seorang ustaz pernah cakap dekat aku 'Kami tangkap orang tak puasa bukan sebab dia tak puasa tapi dia tak hormati bulan Ramadhan'

Sebulan ni je pun kau tak boleh makan siang publicly. Amboi kak hari lain pandai tapau, tetiba bulan puasa go green ke apa taknak pakai polistren bagai.

Aku pernah je makan dalam kereta tapi aku bersila atas lantai kereta. Aku drive thru je time bulan puasa. Aku tebalkan sikit muka bila pagi-pagi pergi 7e beli milo dengan ribena buat bekal sampai petang sekali cashier dia laki sengih-sengih pandang aku. 

Seksa tahu sebenarnya tak puasa bila semua orang puasa. Kedai nasi petang baru bukak terpaksalah telan roti je. Tetiba sebelah office kau ada sekolah Cina masak nasi goreng. Hnnfff hnnff. Makan pun kena sorok-sorok. Hari tu aku tengah cek dokumen sambil makan biskut tetiba staff laki main terjah je masuk bilik aku, aku terkedu dia terkedu hahaha. 

Kalau kau selalu tengok perempuan tu bawa handbag kecil tetiba bulan puasa dia bawa handbag besar sure dalam tu ada burger daging cheese special 3 tingkat haha.

Tak segan ke makan secara terang-terangan? Aku beli secara terang-terangan pun segan. Susah sangat ke nak tapau? Haish.

Semalam aku ada RT satu tweet ni. Dia cakap macam ni lebih kurang 'perempuan makan secara terangan kita melenting, laki yang sah-sah tak pergi solat Jumaat kita tak melenting'

Aku setuju dengan second point. Dua-dua perbuatan adalah tidak beretika.

So aku buat conclusion, some people are sick *titik*

Dah besar kan, dah mumayiz, ada akal, fikir-fikirkan lah. Manusia sekarang semua kejar rasa 'cool'. Cool siak makan depan orang ramai time bulan puasa, cool dowh hisap sisha, kau sumpah cool tak pergi solat Jumaat. Dowh. -_-''

Sebenarnya yang lagi lahabau adalah lelaki Islam yang makan secara terang-terangan di bulan yang mulia ni. 

10 comments:

  1. dulu pernah makan kt rumah abg kbel nampak. dia kata, bila kbel ganti dia nak makan depan kbel. hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHHA kejam. tapi sebenarnya kita tak heran pun kan. tapi kt rumah nadia mmg makan secara terbuka sebab semua dh besar. makan dalam blik nnt bersemut. hihihi

      Delete
  2. Pelik kan? Macam la tak boleh nak tapau makan kat rumah / office / mana-mana tempat yang tak open. Itu cara kita nk hormat Ramadan. Benda ni pun dari kecik dah di ajar kat sekolah untuk hormat Ramadan walaupun tak puasa. Tapi masih ada jugak yg tak faham nak menegakkan hak yg konon kita period boleh makan kt mana kita suka. haha.. kelakar lah isu ni.

    take care ..
    xoxo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la pasal. kebulur sangat ke? what those people want to prove actually kan?

      take care too. slmt berpuasa. kalau tak puasa jangan makan dekat tempat awam haha :P

      Delete
  3. Betul3. Orang yg tweet ni 'perempuan makan secara terangan kita melenting, laki yang sah-sah tak pergi solat Jumaat kita tak melenting' point dia apa sbnrnya? Sbb lelaki tak gi jumaat memang dosa besar sebab tu hukum dia wajib kan. While perempuan peot mkn terangan kat public tu masalah dia, takde perasaan malu. Dari segi hukum aku tak pasti jatuh haram or makruh. Alahaii.. kalo ikut comman sense pon kan tak elok. Ahaha..By saying that dia mcm nak relevant kn pulak lelaki tak gi jumaat tu takpe. Nak buat perbandingan pon tengok la jugak berat yang mana kannn. Aduhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari segi hukum aku tak rasa haram, makruh mungkin. sebab it's all about adab. adab menghormati bulan ramadhan. Nabi suruh kita jadi manusia beradab. plus ada perasaan malu dalam diri.

      aku baca lain pulak haha. aku baca mcm ni; mcm mana kita melenting perempuan makan time bulan puasa secara terbuka, mcm tu lah kita kene melenting bila nampak laki kat mall time solat jumaat. hehe.

      Delete
  4. yes! itu memang betul...IQ lepas subuh baca statement tu, dan tak tahu cemane IQ komen dekat pos tu, sebab geram sangat, macam lack of common sense perempuan tu, belajar kemain sampai master tapi benda macam tu pun macam susah nak pikior...

    last last post dia kena delete, xtau la dia sengaja delete ke ada orang report ke ape...and then buat statement "eh, mana post ai yang sebelum ni?"

    what theeeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh budak master ke? lol. Liberal sgt tu haha. belajo obersea ke dia? umur berapa dia? apa la pelik sgt pemikiran. cari publisiti je tu haha

      Delete
  5. status dari seorng feminis yg nk buat kempen pompuan piyed mkn di public. dan mmg dia buat lalu kena kecam, lalu dia meroyan, hahahaha.. aku malu kot nk mkn depan public. mcm nk bagitahu satu dunia woiii aku tengah datang bulan niii! malu mana malu?

    dekat rumah aku nk minum air pun mcm pencuri, hahahah.. minum air kotak pun buat stail mr bean dalm wayang taknak kasi awek dia nmpk, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol. sendiri cari pasal sendiri meroyan. adoi banyak lagi isu kat malaysia ni kita kene tackle daripada nak mengisahkan dia tu, buat malu perempuan sejagat je. heh

      hahahha kau lawak. aku kat rumah slumber je minum depan family aku. hahahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance