Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 8 June 2016

3 Ramadhan

Haiiiiiiiiiiiiii!

Sepanjang bulan puasa ni kalau tak tahu nak letak tajuk apa, kau letak je tarikh Ramadhan. Bulan puasa je la pun nak ingat kalendar Islam. Dasar. Haha

Tengah buat apa tu? Aku baru lepas tenung botol air masak dalam bilik aku ni haha.

Dah masuk hari ketiga puasa dah, sedar-sedar nanti dah 30 hari! Baju raya tak beli lagi, bajet duit raya pun takde lagi huahuahua tu yang kau fikir!

Isnin hari tu aku cuti sebab nak uruskan hal Hafiz masuk poli, dari pukul 8 pagi sampai 3 petang uruskan hal dia. Wooo dehydrated gila. Ni Isnin depan cuti lagi nak pergi hantar dia pulak. Tetiba aku pun nak tanya soalan yang dia dah tanya; tak boleh ke daftar lepas raya? Haha

1st puasa Mak masak udang masak merah dengan tomyam, Ayah bakar ikan keli. *drooling*

2nd puasa Mak masak sambal tumis ikan bilis dengan sotong butter salted egg, Ayah bakar ikan patin dengan ikan tenggalan *double drooling* Ikan tenggalan sedap wehhhhh, sedap gila. Walaupun banyak tulang tapi tak sebanyak ikan terobok. Aku perhatikan kan, benda sedap ni memang susah nak dapat; ketam, aku, ikan tenggalan, ikan terobok. I mean susah nak makan. Tuhan nak tunjuk kau kalau nak benda sedap usaha sikit hokeyy?

 OMG, I love seafoods! 

Sahur 1st makan nasi dengan rendang ayam + daging malberi.

Sahur 2nd makan nasi,tomyam dengan crispy chicken wings.

Sahur 3rd makan nasi goreng udang.

Gambar yillek ye sebab aku kalau nampak makanan, niat nak kahwin tahun depan pun aku lupakan. Just bagi untuk korang if takde idea nak masak apa. Resepi sotong butter kalau nak cari dekat tag aku 'resepi sesedap tekak'

Aku lepas sahur terus solat Subuh and siap-siap pergi kerja so aku request dekat Mak kejut aku lambat sikit. Mak bangun awal so dia suruh Hafiz kejutkan aku. Benci gila dia kejut, dia ketuk pintu bilik aku macam nak roboh. Terkejut akak dari mimpi yang indah, akak tak suka kasar-kasar ni, akak insan yang lemah. Haha. Bila aku keluar bilik aku jelingkan dia sekali walaupun aku tau tak effect langsung dekat dia. Herghhh pagi-pagi dah buat aku tension.

Pergi kerja pakcik aku drive, aku tidur sedar-sedar eh dah sampai pejabat. Balik kerja aku pulak drive dia tidur. Saja je aku langgar bonggol, brek mengejut kekadang. Pengdengki hahaha. Perjalanan sejam jugak ye kalau tidur memang boleh mimpi air silap selasih.

Dah la nanti aku gebang lagi dekat sini.

Tarawikh full dok setakat 3 hari ni? Hahaha. Harap-harap full la yehhh.

Bye !!

*buka google image ikan bakar*

8 comments:

  1. salam nadia,haiiii mak dgn ayah je masak...yg nadia ni bile plak nk masak hahahaha gurau je.sedapnye menu..... bile la bleh nk blk taiping nk mkn koteaw doli ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kahwin nanti saya masak haha. ayah x suka masakan orang lain selain isteri kesayangan dia mihmihmih. doli? ayah sy suka. sy x suka sangat. sedap lagi kotiau lakila ipoh.

      Delete
  2. Ambui mohon tapaukan post sini mai. Mana tau sempat buat sahur. Nad kuat dengki. Tapi aku pun kalau orang tido time aku drive, saje bawak kete cam celaka sebab taknak dia tido. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nak yg mana satu? meh alamat :p hahaha kan mana aci kita bersengkang mata dia sedap tidur. kita tidur takpe haha

      Delete
  3. Rajinnya Ayah kau bakar ikan tiap-tiap hari.
    Daging malberi tu macam mana? Tak pernah dengar.
    Next time snap laa gambaq, boleh laa kita drooling sama-sama. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. sihat katanya sebab x goreng. dia suka. so kita supoort je haha

      aa mcm mana eh nak ckp. dia mcm daging masak hitam + daging masak merah haha

      aku selalu ada niat nk snap gmbr tp x lupa je. aku try next time hahah

      Delete
  4. seronoknya buka ramai2!! adik IQ ada dekat rumah, so berbuka dengan dia + suami jer...
    seronok bila time puasa ni tengok macam macam juadah kan...

    nak buat sotong butter tu! thanks for resipi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah kan hehe. Seronok tgk tp bila dh kenyg x seronok haha.

      No prob :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance