Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 13 May 2016

warkah untuk arwah #2


Rindunya dekat Tok Nan, Tok Tahir, Pah dengan Abang Man lepas dengar ceramah ni. Moga roh kalian ditempatkan di kalangan para solehin dan dirahmati Allah. Moga memori manis kita bersama tetap terpahat dalam ingatan.

Sometimes, life is hard. People blame you for something you didn't do but you just accept it. Bukan sebab pengecut dah mudah mengaku kalah tapi hormat. Hormat atas dasar umur. Nak menang pun nak ke mana? Sukan Olimpik?

Coz I know, finally I'll leave this Dunya, no point to hold a grudge. Yang mana Nadia boleh lepaskan, Nadia akan lepaskan dengan hati yang terbuka. Yang mana Nadia tak boleh nak lepaskan, Nadia akan lepaskan dengan perlahan.

Satu hari nanti, Nadia pun akan pergi Alam Barzakh, sama dengan Tok, Pah and Abang Man. Proses dari Alam Barzakh ke dunia akhirat tu lama. So biarlah dalam proses tu dijalani dengan tenang. 

Memang kita rasa puas kalau kita menang, nak menang mungkin akan lalui proses yang kasar, yang tak sepatutnya. Tapi dengan cara tu, akan tenangkah kita di alam Barzakh bila kita ada buat hati orang tua terasa?

Orang tua ni dorang ada ego, ego yang mereka makan lebih garam dari kita. Tak tahu agaknya makan garam lebih boleh darah tinggi. Tapi dorang lupa yang ingatan dorang pun dah tak setajam dulu. So kita yang muda ni, masih kuat akal dan tubuh badan, mana yang boleh beralah tu, beralah je la. 

Kan Tok?

Kiranya Tok dengarlah ye setiap kali Nadia bagi salam dekat Tok dulu sebelum bagi salam dekat ahli kubur yang lain? Rindu Nadia tak? Abang Man?

Arghh rindunya. Doakanlah Nadia tabah hadapi pelbagai ragam manusia. Nadia nak masuk syurga!

2 comments:

  1. Al-fatihah utk diaorang yg sudah pergi.semoga nadia tabah hadapinya.hanya kenangan terindah yg dpt mengubat kerinduan.Al-fatihah juga kpd my idol, allahyarham Zulkifli bin Abdul Rashid,UniMAP (1966-2014) the great lecturer

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah. terima kasih. sama-sama la kita tabah meneruskan sisa hidup. al-Fatihah to your beloved lecturer

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance