Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 26 May 2016

TERbeli

Sejak bergaji sendiri ni, baru aku sedar aku suka perasaan membeli tu. Bukan shopping tak tentu hala (yeke??) tapi beli benda keperluan bila dapat gaji; toiletries, groceries.

Aku akan senaraikan benda yang aku kena beli dan selalunya terlajak beli benda lain yang tetiba ternampak lepas tu mata tak lepas dari memandangnya walaupun dah tolak trolley dengan laju tapi dari pandangan sisi yang sipi tetap ternampak tetap tergoda tetiba terus buat emergency break, reverse sikit kalau perlu (ha kau satu nafas)

Ada juga benda yang aku senaraikan memang keperluan tapi bila pegang rasa eh tak payah lahhhh tunggu bulan depan lah.

Ada masanya aku ter-over shopping like OMG how it happened? Was someone hypnotic me? Can someone ensure that was me?

Contohnya kelmarin aku pergi Aeon sebab nak pergi Secret Recipe, teringin kek. Itu saja ye. Kek. KEK.  Aku singgah ATM dulu nak cucuk duit. Ontheway nak ke SR aku lalu depan kedai Crocs, nampak advertisement BUY 1 FREE 1. OMG WHO CAN RESIST THAT?

Aku masuk. Aku memang nak beli satu kasut Crocs bawak pergi pasar (cubaan menjadi Dato Vida) tapi tak senarai lagi dalam list pembelian aku coz Crocs can wait. NO CROCS CANT WAIT ANYMORE.

So end up I bought 1 pair and got FOR FREE another pair. I'm a happy crocodile.

Lepas tu pergi beli kek sebab perut dah lapar.

Lalu aku berjalan nak keluar Aeon. Jangan sesiapa (butik) tahan aku lagi. Jangan! Aku keluar dengan muka yang bengis. Tetiba terlalu depan SASA. Tetiba teringat BB Cream yang MUNGKIN nak habis sebab dah pakai 2 bulan.

Termasuk SASA. Tertanya BB Cream DR.G sebab baru review ramai kata best. Yang aku nak beli tu mahal sangat, tak mampu den, muka tetap kertu begitu walau pakai apa pun. So aku beli yang murah sikit jenama yang sama. BB Cream aku pakai sekarang RM45 untuk 15 ml, bermakna 1ml=RM3. Yang aku beli ni RM70 untuk 45ml bermakna 1ml=1.55. See, it's a long term investment! -_-''

Lepas tu orang tu berjaya goda aku beli mask (Mask aku memang dah habis tapi tak niat nak beli lagi). Berjaya jugak goda aku beli shower gel, memang shower gel aku nak habis tapi sampai bulan depan cukup lagi sebenarnya. Tapi banyak lagi godaan yang aku berjaya tepis. I'm proud of myself. Nak beli eye cream mahal sangat RM100++ T_T. Tunggu duit jatuh dari poket orang lain lah haha.

Kemudian aku terlalu depan Watsons teringat nak beli shampoo. Ye itu ada dalam senarai. Aku beli shampoo je sebab dah insaf.

Aku dah warning diri sendiri *cakap depan cermin*; Jangan beli benda yang kau tak perlu walaupun murah walaupun orang bagi free. Nanti kau buang je. Membaziaqqqq! Jadilah seperti Nadia yang berhemah, jangan jadi Nadia yang mengikut hawa nafsu.

Btw, I love pay day!

Eh tapi kan, kenapa aku pergi Aeon sebab nak beli kek? Bukan ke ada kedai SR kat shoplot yang tak perlu menempuh segala nafsu yang bukan-bukan. Hmmm pelik di situ. I doubt that was me. Wahahaha.

14 comments:

  1. you know what Nad, kalau aku setkan dlm minda nk cari barang, end up aku tak beli pape. TAPI bila aku sesaje keluar cecuci mata, nah kau berkepuk2 hasil belian. i hate Zyra :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha so better kau set kan dalam minda nak cari brg :P i hate nadia too, sometimes hehe

      Delete
    2. awat aku sama ngan hang, Zyroxx? Jom berhuhu sama2.. XP

      Delete
    3. haha another masalah perempuan yang perlu dirungkai

      Delete
  2. Hahahah Nad.. meh geng ngan aku.. Duit mencurah ke tangan kapitalis maka air matapun bercucuran la di akhir bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha meh meh. at least ada kawan time nangis hujung bulan hahaha

      Delete
  3. HAHA, perempuan sgt kalau macam ni, end up beli banyak benda instead of nk beli satu barang jer oii! adehai, penat jadi perempuan ni.,..kena lawan hawa nafsu membeli lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kannn. rupanya perempuan mmg gini yehhhh. sabau je la. seksa betul nak melawan nafsu hahaha

      Delete
  4. Hahaha, adeh.. Tapi jangan risau, ramai yang ada split identity macam ni..XP

    Tapi pada aku satu jek, ko ada duit, ko belanjala macam mana ko nak pun.. Tapi kalau tak berapa berkemampuan nak belanja2 duit macam tu, memang kena kuatla.. Mungkin kena pi bertapa kat gunung 7 lapis untuk dapatkan power menahan nafsu tuh.. Ganbattteeehh~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul, ni semua cerita tengah berduit. tengah tak berduit memang tau berhibernasi bawah selimut tak keluar rumah haha

      Delete
  5. haha... sama lah kita...

    ReplyDelete
  6. Bila buying power ada dalam tangan kita, selalu camtu.
    Lalu kedai majalah tetiba nak jadi seorang pembaca National Geographic punya majalah, terus beli. Balik rumah satu dua muka pun tak selak. Hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. betul tu. nafsu menguasai diri dan mengatasi rasa keperluan tu. haiyyaaaa hahaha. lagi satu faktor mudah terpengaruh mungkin haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance