Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 31 May 2016

Nasib baik adik

Okay sambung cerita semalam. 

Dia dapat kos Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan), sekarang dikenali sebagai Diploma Teknologi Digital.

Dia whatsapp aku; Ayong, pengaturcaraan tu apa?

Sebenarnya aku pun tak tahu haha so aku tanya kawan aku, dia cakap programming. Ohhh.

Lepas tu dia tanya lagi; Programming tu apa?

-_-''

Programming nanti kamu belajar nak build system guna bahasa alien (coding). Bahasa alien tu hanya alien macam kamu je faham and kawan-kawan alien seangkatan kamu. System tu macam website, macam facebook semua tu, functions dia semua tu kamu ingat guna Paint ke? Programmer la buat semua tu. Pergi je belajar, sekarang dunia teknologi, orang asli pun tahu sistem sekarang ni. Kalau kamu master buat programming memang orang cari kamu je sebab kamu je faham bahasa komputer yang entah apa-apa tu.

Entah betul ke tidak entah aku explain. Lantok sana hahaha. Hari tu aku ada meeting dengan orang-orang IT, sungguh aku nganga dengar semua terms dorang. Dorang gelak je tengok aku makan karipap macam takde apa jadi dalam bilik mesyuarat tu. Nasib baik karipap hari tu enak sungguh.

I can say, programmer has a gifted brain haha.

Lepas tu semalam baru tau dia dapat Politeknik Balik Pulau. Kalau dapat Pahang, Sabah, Sarawak Ayah tak bagi pergi sebab jauh. Spoil kid he is *smirks face*

Hah mula la meroyan, budak tak pernah pisah dengan Mak kan, selama ni spenda dia depan mata pun tanya Mak jugak.

Mak, macam mana Hafiz nak sahur? Mak, kalau tak bangun sahur tak payah puasa kan? Mak, macam mana basuh spenda? Mak boleh tak Hafiz nak masuk lepas raya? Dia ingat Poli tu bapak dia punya agaknya..

Ha padan muka kau, rasakan. 

Lepas tu aku la berusaha tengok cara nak daftar, dokumen apa perlu, suruh dia pergi tangkap gambar, buat medical check up, cek PTPTN, cek yuran. Haishhh nasib baik ada kakak yang budiman. 

Dia ni sangat memilih makanan, cerewet nak mampus. Sebesar kuman sayur pun taknak makan. Kalau Mak masak taucu time nak letak kuah dekat dia, Mak guna penapis -_-''. Kalau masak nasi goreng buat dia punya dulu baru masukkan sayur. Derr. Banyak jenis ikan tak makan, macam-macam lagi la. Aku nak tengok dia survive nanti macam mana. Tak zabarrrrr.

Kitorang panas je dengan dia ni, tuala, kain pelekat main campak je. Nasib baik solat 5 waktu je, kalau 500 waktu aku rasa Mak aku kena bukak kilang kain pelekat dengan pusat dobi. Tapi yang peliknya kan, kalau dia kerja dengan orang, semua orang puji dia rajin and komited. Puiii tak percaya aku. 

Hope he survives. No, hope he struggles to survive hahaha. 

16 comments:

  1. salam nadia,hafiz dpt kos IT programming? same lagi dgn sy dulu,tp sy x pergi pun sbb x minat(upu pun kakak yg isi hahaha),bnda2 yg berkaitan dgn komputer ni mmng sy x minat, even mmber2 gila main game smpai pgi pun sy bleh bwt x tau je.tp kos programming ni klau kna dgn minat(kaki game) mmng umphhh!!! la org ckp. satu cth programmer power kat malaysia ni Azli Paat,Allayarham mmng legend sampai org ckp dia the best ever programmer yg ade kat malaysia ni.bleh la hafiz bwt arwah ni sbg idola.ishhhh sampai kna tapis kuah, tu teruk sngt tu....klau sy bwt perangai mcm ni dulu memang 'masak' la dgn kakak2 sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ni pun entahlah dia minat ke tak, macamtakde arah tujuan hidup je haha. tapi dia bukan kaki game pun, rasanya lah. oh dah arwah? Innalillah. sy selalu rasa programmer genius. i have few friends programmer. Ada yang mcm hidup dalam dunia komputer je haha.

      eh memang kena la dengan saya, jangan nak over please. tapi mak kan, mestilah sanggup buat apa je utk anak. -,-

      Delete
    2. bile dia msk klas nnt jumpa mmber2 dtg la minat tu,tp klau abih 1 sem x dtg minat jgk x tau la.ye dah arwah,org yg hebat selalunya pergi dulu.programmer mmng hidup dlm dunia dia sendiri.lgi satu klau msk poli just pandangan sy better x pyh la pinjam ptptn klau mampu sbb yuran poli utk satu sem x la mahal klau nk bandingkan dgn universiti.hafiz ni klau susah2 sngt hantar je masuk PLKN sblm pergi masuk poli hahahaha baru dia tau

      Delete
    3. dah nak masuk pun poli lagi 2 minggu, tak sempat nak ber PLKN dah, too late haha. biarlah dia belajar hidup dalam hutan balik pulau tu haha

      Delete
  2. Ambui manjanya sang arjuna beta, hahahahha nama pun adik (mcm aku, muahahah).

    Teringat pulak ke anak buah aku, dpt poli yg agak jauh la tahun lepas. Nah kau, kurus terus, hahaha sian pulak.

    Selamat tempuh hidup baru adik Nad!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha manja kan? menyampah haha. tapi bagi aku perempuan manja ni lain, nampak elok je lah. laki manja ni memang mintak kaki hahaha.

      hahaha dalam masa yg sama memang kesian sbb tau dia tu mcm mana. Terfikir apa la budak tu nak berbuka selama ni semua depan mata. Tapi biar dia rasakan. Eh zaman duduk U memang kurus sebab belajar banyak kot wahahahha

      tq sistur zyra ;p

      Delete
  3. HAhaha Adik kau laaa... Ko kena hantar dia pg bootcamp ni, Nad. Hantar sini. Meh sini kat akak. Akak ajar erti hidup penuh penyesalan. Muhahahahaha..

    btw nad, aku rasa adik ko saje buat perangai macam takde tujuan hidup sebab nak bermanja ngan korang semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kau ada buat bootcamp ke summer camp ke sila roger aku hahaha. tapi dia ni dengan org luar lain perangai dia, lebih tokmakninah haha

      aku pun rasa gitu sebab benda org lain boleh sediakan kan, buat apa nak susah-susah. pfft

      Delete
  4. perghhh...adik tak nak makan sayur sampai kena tapis. memang hardcore punya ni...IQ pun terbayang macam mana hidup dia berjauhan dengan family nanti...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tau takpe. kan, macam mana la nak survive kalau selama ni semua org yg buatkan. time ni la baru belajar erti kehidupan sendiri haha

      Delete
  5. Betul kata kau tu, Programmer laa ni mmg market. Tapi sebab market, dia kena jadi top notch baru orang ramai nak sbb berlambak lagi org kejar nak jadi programmer. Kau habaq kat dia, ALL OR NOTHING! Kalau betul-betul nak, kena letak all efforts, dan kurangkan main.

    Uih, dah macam aku punya adik pulak nak nasihat segala bagai. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha terbaik nasihat abam cEro. Thankyou2. nanti akan ku sampaikannn hehe

      Delete
  6. omgg ada budak baru yg bakal masuk dunia coding. sesuai la dgn kakak tua dia yg merangkap supervisor web kan hehehe. half post ni menceritakan advantages jd adik, nmpknya hafiz telah menjadi anak bongsu yg berjaya. go hafiz! abaikan kakak tua yg jealous :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak dia supervisor web hanya atas nama je ye haha. anak bongsu memang dilahirkan utk menyakitkan hati adik beradik lain. KAN!? hahaha

      Delete
  7. hahhaha..biar die hidup berdikari pulak..all the best utk beliau..
    sepupu dl penah amik couse it..memang pinar2 tgk note die..xphm sepatah haram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, biar dia rasa haha. thankyou :)

      haha sama la, tengok programmer buat coding rasa mcm masuk dunia lain haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance