Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 25 May 2016

Masalah aku dengan lelaki

Lama dah rasanya tak meluahkan rasa kat sini, rasa hati. Selama ni aku luahkan rasa tekak je haha.

Hari tu aku pergi shopping dengan Mak, tengah tunggu adik aku try seluar track Mak suruh aku kahwin. Aku cakap, 

Tahun depan, tahun depan (jawapan dari tahun 2014), Mak boleh la start kumpul duit.

Dapat jelingan maut hahahaha.

Kamu yang nak kahwin, aku pulak yang kena kumpul duit

Mak yang nak Nadia kahwin kan? Hahaha. Mak oi, macam mana la nak kahwin, calon pun non hado lagi.

Aku selalu bermasalah dengan lelaki. Yang aku suka orang punya hahaha. Yang suka aku, aku tak suka dia haha. Sebab tu orang cakap it's almost impossible to make the people you like, like you back! Haha. Aku tak jumpa lagi yang boleh klik dengan aku.

Hari tu ada sorang laki ni message aku. Hari-hari walaupun it's just one way communication. Lepas tu panggil-panggil aku sayang. Erghh. Aku terus tanya dia, dia anggap aku sebagai apa. Dia cakap kawan. 

Then aku terus la sound. Aku bukan bengang dia anggap aku kawan, sebab aku pun annoying dengan dia hahaha. Tapi aku bengang sesuka hati je nak panggil aku sayang. Aku hempuk satgi tau la. Lepas tu aku cakap kat dia jangan message-message aku dah, takde masa nak layan. Nasib baik faham bahasa. 

Then lately ada orang message-message aku yang super annoying dalam masa yang sama scary. Aku tak tahu siapa dia tapi dia macam tau semua pergerakan aku. Dan tak habis-habis puji aku. Aku tak makan pujian, aku makan nasi je.

Hari tu aku berhenti dekat tangga, sembang dengan kucing. Tetiba dapat message, tengah cari apa tu? Memang nampak macam aku tengah cari barang sebab aku malas duduk so sambil diri aku cuba gapai kucing tu. Then aku tengok lah sekeliling, sumpah takde siapa. Wuuu. Hantu ke suka kacau aku ni? Ke dia pasang camera dekat beg aku ke apa ke?

Macam kalau aku pakai baju kurung moden kan, tetiba dia message cakap baju ketat la apa la. Eh to the hell! Aku tak kisah orang tegur benda untuk kebaikan but please don't sounds so pervert! (I don't reveal his whole  message here) Aku punya baju takde la ketat sampai tak bernafas, boleh muat 1 rim kertas A4 lagi kot.

Sekarang aku tak selesa nak keluar office sebab aku jadi paranoid, aku rasa ada pervert di sekeliling aku.

Kawan aku suruh kahwin cepat. Masalahnya aku tahu pervert-pervert ni isteri orang pun dorang kacau. Orang pejabat aku dua orang isteri orang, pun kena kacau, bukan dorang tak tahu mereka isteri orang. Some of them juga merupakan suami orang.

Erghhh sick.

So far lelaki ada je la tak kena dengan aku. Bila la nak jumpa yang klik ni so takde lah aku rasa semua lelaki gatai dan annoying. Wahahaha.

16 comments:

  1. pergh bahaya tol siap tahu gerak geri ni. hyper stalker.
    hati2 lah ya. ya lelaki memang bahaya. berapa kerat je yang bagus zaman ini.
    den pun pelik jugak yg jenis ada bini ni tapi suka kacau2 lagi awek2 yg single,
    yg bujang pulak xbrani kacau awek. ahha den main game je 24jam. xde masa nk kacau org.
    bab jodoh tu.. hanya Allah yg tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. lepas baca berita2 ngeri lagi laa scary jadinyaaa.yg dah berbini ni ada pengalaman, thats why kot. hohoho.
      bagus, main game lagi bagus dari mainkan perasaan org. eh? haha

      Delete
  2. sekarang ni mmg scary la.jenayah merata2..lelaki yg diharap jd pemimpin jd sebaliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. second that! marilah kita berdoa dilindungi dari sebarang malapetaka

      Delete
  3. salam nadia,bab jodoh tu no komen la sbb jodoh sy pun x sampai lgi. cuma nadia kena berlapik ckit la klau nk sound org tu,tambah2 pervert ni.manusia ni muka je nmpk manis tp hitam dihati siapa tau.even sy sendiri yg laki ni nk sound ank buah yg ade masalah disiplin mcm menarik rambut dlm tepung lagi2 sekarang ni dkat border siam (dibomohkan kita nnt naya je,nauzibllah mintak di jauhkan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pervert tu saya x sound, tu sy x layan terus, plus i think he's kind of mental and that's creepy. terima kasih byk2 atas nasihat. nasihat yang sama mak saya selalu bagi and saya selalu ingat InshaAllah. betul, hati org lain2. sy rasa kalau saya sound tu berhemah la lagi, saya rasa la, hope so huhu.

      Nauzubillah, moga kita semua dijauhkan dai syaitan yg direjam.

      Delete
  4. hahahahah aku cukup anti dgn laki org bini org yg gatai ni. tak puas dgn pasangan ke macamana? ko reply je kt superstalker tu ckp ko dh repot polis. stalker lg sick ko tahu, kita pakai jubah pun dia boleh bogelkn dlm minda pervert dia tu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama! aku pun anti! marilah kita pergi berdemo hahha. aku tak layan weh, taknak aku. your words make it feels creepier hahaha*gelak cuak*

      Delete
  5. perghhh...punya la scary crte Nad ni...bahaya betul kalau ada stakler di sekeliling..uishh..memang meremang bulu roma kalau difikirkan...

    take care nad....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, sebab tu malas fikir sangat hoho.

      tq IQ :)

      Delete
  6. Bertabahlah Nad.
    Jodoh ni rahsia Tuhan. Kita tahu bila kita tahu je.
    Bab pervert tu, kalau teruk sangat tukar laa nombor. Tapi kalau tak parah, sound balik je ugut2 nak report polis ke. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kita tahu bila dah dekat nak mati, sebab yg dah kahwin pun belum tentu jodoh panjang hoho

      tak parah lagi buat masa ni, kalau parah aku blok je kot. no aku ni, PM pun tau kahkahkah. aku x sound dia, sebab aku rasa dia sakit, so aku biarkan dulu hoho

      Delete
  7. hurghh creepky siot stalker ko.. Aku harap dia tersedak tak putus-putus hari ni. xde koje nak mengendap orang aje kejenya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau pun. creepyyyyy. Hahaha ameen. tu la, macam takde benda lain nak buat. pergilah bersawah ke apa ke

      Delete
  8. Creepyyy... aku plak cuak untuk ko.. Kalau dah teruk sangat, ugutla dia nak buat report walaupun mungkin takde tindakan susulan pun dari report tapi better than nothing kan..

    Chilllla people, kalau dah jodoh kawenla ko Nad, kan? Haaaa.. I feel you, bruh.. =A=

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun cuak utk diri sendiri. so far aku rasa tak lah teruk sgt. hope tak melarat hoho

      ye betulll! tq brotha! Eh? hahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance