Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 4 May 2016

Lelaki mabuk

Semalam aku pergi jogging macam biasa lah, sorang-sorang. Selalunya aku buat 5 rounds, round first and last aku akan jalan je. Tak besar pun satu round, dalam 500m. Aku suka pergi sini sebab redup and tak ramai orang. Lagi satu taman tu kau nak jogging pun tak boleh sebab orang bercinta bertepuk tampar dekat track jogging -..-

Time round first ada sorang uncle Cina depan aku. Aku memang cam dah muka dia, dia jenis berjalan je. Kitorang lalu depan satu brother India ni. Time tu aku pegang handphone sebab seluar takde poket.

Then brother ni tegur 'Adik, handphone jangan pegang, letak dalam poket'. Lepas tu dia cakap apa entah bahasa Mandarin tegur uncle depan aku.

Uncle tu cakap 'Saya rasa dia mabuk'. Aku pun iya kan. Then uncle tu tegur kenapa aku tak lari, selalu dia nampak aku lari laju je dia kata haha ada rupanya orang perasan kewujudan aku kat taman tu. Aku cakap la aku warm up dulu hehe.

Round ke-2 bila lalu depan brother mabuk tadi aku memang tak jog la, aku jalan je. Boleh dia buat ulasan 'Ye baju merah sudah memintas baju oren (aku), adik lari la kenapa tak lari?'

Sumpah aku nak tergelak. Aku sorang je ke mudah terhibur ni?

Round ke-3 dia tegur lagi 'Adik, abang mabuk ni, jangan ambil hati ye, kita gurau-gurau je'

Oh orang mabuk akan sedar eh dia mabuk?

Round ke-4 dia tegur 'Adik ni kurus pun taknak lari'

Aku taknak lari depan kau la jon.

Round last dia tegur 'Go Siti Nurhaliza go Siti Nurhaliza'

Hahahhaha sumpah orang mabuk ni macam orang gila. Suka hati je panggil aku Siti Nurhaliza. Cakap pasal orang gila teringat adik aku cerita sekarang dia jaga wad psychtric, memang mengekek la aku dengar dia cerita pasal orang gila. Tapi dalam masa sama kesian. Ada sorang tu engineer Petronas, baru kerja 6 bulan, dah gila. Dalam wad dia speaking sambil ajar yang lain engineering haha.

Ada sorang orang gila kat tempat aku, balik belajar dari oversea terus gila, dia tulis formula matematik (major dia Matematik) dekat bas stop. Stress belajar susah agaknya dengan mendokong harapan mak bapak lagi.

So conclusion nya, jangan lah stress sangat time belajar. Rasa stress tak payah pergi kelas nanti mintak note kat kawan hahaha.

14 comments:

  1. LoL he's a delightful drunk. Kalau tak mabuk pun aku yakin abang tu lawak and he's multi lingual?? hohoho.. Tasangka orang mabuk suka jogging.

    Go Siti Nurhaliza Go!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dia tak jogging pun. duduk je kacau orang jogging. lol. aku pun rasa dia kelakau

      Delete
  2. brother tu style la..hihi..naseb la tak kaco lebih2...kang kena karate baru taauu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la, kalau kacau lebih kene hempuk dengan botol beer haha

      Delete
  3. Aku ada masalah nk membezakan org gila dgn org mabuk. Hahahahaha, diorg ni kadang funny kadang scary, huhu.

    Kesian lah pandai tapi gila pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tau dia mabuk sebab depan dia ada tin todi dengan pemakaian dia macam orang normal. kan dapat yang funny takpelah, yang scary nauzubillah

      tu la. muda lagi baru 29. hmmmm

      Delete
  4. tak takut ke orang mabuk tu buat apa-apa ke? orang mabuk ni bahaya wehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak nampak potensi dia nak buat apa apa so takde la rasa tu. Hehe

      Delete
  5. Tengok tahap mabuk dia jugak. Rasanya tahap laki tu okey lagi sbb dia sedar dia mabuk walaupun tak center kepala dia...hahaha.
    Jangan tahap yang dah tak ingat dunia sudah. Takut2 nanti dia menunggu kau pastu serang ke..huhuhuhu

    Go Siti Nurhaliza!
    **sambil tangan menjulat ke atas**

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kalau dah melampau tu aku pun seriau.

      Delete
  6. Untung kau berada dalam perumahan orang yang berhati mulia belaka.mabuk pun boleh buat kelakar.haha.aku rasa jon(bukan nama sebenar) tu pun stress.jangan sampai nampak dia dekat wad psychtric sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu taman rekreasi bukan perumahan hehe. maybe la, selalunya org mabuk ni memang nak lari dari masalah. eh yeke haha

      Delete
  7. Dlm byk2 perempuan siti nurhaliza jugak yg dia sebut. Kau pernah nyanyi time jogging ke? Haha.... Apa pun tahniah la dato' berjaya buat 5 pusingan...

    Kesian pulak baca yg pasal jadi gila tu. Stress melampau la tu. Moga dijauhkan la... Kena selalu dengar ceramah2 agama camni, baru boleh kurangkan possibility jadi stress sampai gila tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak la weh. humming pun bukan lagi siti haha.

      kan.. kesian kan. betul, apa2 kita kena ingat tuhan, jangan stress pasal dunia sangat. huhu

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance