Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 14 May 2016

Jumpa handbag

Rentetan dari kisah ini 

Selasa lepas aku dapat panggilan dari seseorang. Dia cakap dia jumpa handbag aku yang dicuri itu. Orang tu kerja dekat Taiping. Dia kata tinggal kunci dengan buku nota je dalam handbag aku. Memang tu je pun yang ada.

Ya Allah syukur gila jumpa kunci-kunci aku balik and bag tu. Kunci paling penting sebab kalau tak jumpa satu kerja pulak aku nak pecahkan mangga pintu bilik rumah sewa aku. Tu nanti nak baik pun kos jugak.

So petang Selasa aku ke Taiping sebab kalau orang tu nak datang Ipoh hari lain. Aku sanggup lah ke Taiping dari kena pecahkan pintu bilik. Aku minta kebenaran bos aku keluar awal dan dibenarkan. 

Sampai sana sembang-sembang la dengan orang yang call aku tu.

Rupanya dorang jumpa selonggok handbag-handbag mangsa-mangsa yang dicuri. Ada sorang staff tu rugi RM2k malam tu. Ya Allah, lagi berat ujian dia. Bukan sikit amaun tu. Sampai pukul 3 pagi dorang settle kan dengan polis malam tu. Huhu.

Bila aku cerita kat orang pasal ada orang jumpa handbag aku, semua tanya macam mana orang tu ada nombor telefon aku. Aku ada pe'el dalam bag ada buku nota. Dan setiap buku nota mesti aku tulis nombor telefon aku, so dari situ la orang tu dapat nombor aku.

Aku jenis manusia yang tak kisah sebarkan nombor telefon aku sebab bagi aku, kalau aku malas layan, tak payah layan or aku blok je. Apa ke susah hahaha.

So Alhamdulillah, dapat balik kunci dan handbag yang Mak bagi tu. Handbag tu pun dalam keadaan elok lagi. :)

Satu benda aku musykil, durjana(-durjana) tu buat kerja dalam masa yang singkat dengan menjahanamkan 6 kereta, yang peliknya 1 alarm kereta pun tak berbunyi. Perghhh profesional betul. Aku ye la kereta cikai je, ada kereta yang canggih tu kalau kucing kencing pun alarm dia menjerit, ini kan tingkap kena hempuk. Haish.

6 comments:

  1. salam nadia,alhamdulillah dah jumpa beg tu...tp nk pesan kat nadia dgn semua klau bleh,sekiranya ade org jumpa brg kita yg hilang(especially kes pecah cermin,ragut etc) sebolehnya jangan pergi seorang diri,especially kaum hawa sebolehnya jgk jgn ditemani oleh rakan wanita maybe itu satu perangkap kerana kita x boleh nk predict niat seseorang tu.kerana pernah jd satu kes,penemuan beg yg diragut adelah helah dari penjenayah utk dapat hasil yg lebih lumayan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou for your concern reminder. Ya Allah tak terfikir hal tu. Alhamdulillah yang kali ni memang orang yg baik. thanks again.

      Delete
    2. salam,tu lah nadia ni berani sangat...better klau berlaku kes sebegini lgi,mintak org yg jumpa tu serahkan barang kes tersebut dibalai polis berhampiran.tapi jauh benor beg tu pergi sampai tepeng.bwt malu org tepeng je kutu2 ni

      Delete
    3. hehe, tak lah berani sangat cuma jenis tak fikir panjang kot hoho. tula kan, thanks ye memberi idea2 yg bernas haha.

      Delete
  2. Big cheers! Hehehehe. Dlm beg aku ada buku nota kecik senarai telefon sbb aku takut jd pape kt fon dan xingt no fon. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ye jugak kau kata tu. kene ikut ni, selama ni aku selfish letak no sendiri je haha.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance