Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 9 May 2016

Cermin tingkap pecah

Jumaat lepas balik kerja aku pergi naik Bukit Kledang, almost Maghrib aku sampai bawah balik sebab tak naik sampai puncak pun. 

Then aku berhenti kat Petronas nak solat Maghrib. Habis solat aku pergi Mydin Meru, dinner dengan family. 

Lepas tu aku pergi Akademi Badminton Ipoh, tengok pakcik aku ada tournament. Aku park dekat pintu masuk sebab memang full house. Tempat tu gelap and takde guard. 

Dalam 9.40pm aku nak balik dah, sorang. 

Time drive aku dengar bunyi angin and aku rasa cermin kereta aku buka. Aku pelik lah, bila aku buka cermin? Then aku naikkan cermin bunyi macam pasir. Aku ingat aku langgar pasir sebab ada construction site kat kawasan tu. 

Sambil drive aku naikkan lagi tingkap, bunyi pasir lagi dan takde tanda-tanda tingkap aku dah naik. Aku mula pelik. Then aku baru macam tersedar something, aku terus raba bawah seat. Handbag aku takde! Aku pandang seat belakang, beg baju aku ada. 

Then aku berhenti tepi, waaaaa tingkap aku takde, bahagian co-driver! Baru nampak kesan kena pecah. Memang gelap kawasan tu, tak perasan tingkap takde. T_T

Kebetulan Mak aku call. Aku cerita apa jadi. Mak terus suruh tengok belakang kot ada orang menyorok, aku tak terfikir sampai tahap tu tapi aku tengok lah jugak. 

Aku whatsapp kawan aku yang ada kat Akademi tu bagitau, lepas tu kecoh la kot, masing-masing cek kereta masing-masing and bukan kereta aku je kena, total 6 kereta kene. 

Aku bagitau kat whatsapp family jugak. Dorang ingat aku cerita pasal kereta orang lain sebab dorang kata aku bertenang gila. Hahaha tapi serius takde la aku rasa trauma ke apa just terkilan sikit sebab duit bakal melayang ganti tingkap and handbag tu Mak yang belikan. 

Aku lebih kepada bersyukur sebab actually aku baru withdraw duit yang agak banyak (bagi aku) and nasib baik aku tak tinggalkan wallet dalam handbag tu. Dalam handbag ada kunci-kunci je. Tu pun pening jugak fikir, nasib baik ada kunci spare untuk semua kunci kecuali kunci bilik aku huhu. 

Kedua aku bersyukur aku tak pergi kat kereta time lahabau(-labahau) tu buat kerja keji itu. Kalau tak I don't know what will happen to me, dah la kawasan tu gelap, takde orang, dorang hempuk aku sekali je guna kayu boleh meninggal aku kat situ takde orang sedar. Dah la depan tu kawasan semak. 

So aku balik rumah lalu highway sebab dah nak dekat pukul 10pm, risau jugak nak lalu jalan lama dengan kereta yang takde tingkap. Jalan lama dah la creepy, jumpa hantu ampun lagi, kalau penjenayah? Punya la sakit telinga aku drive open air, kuat rupanya bunyi kenderaan- kenderaan atas jalan raya. Macam mana la orang boleh drive roofless tu. 

Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat. Time ni aku dah redho dah, nasib baiklah ada saving sikit nak baik tingkap. 

Tengah aku survey pasal tingkap kereta ada orang call aku. Rupanya dari Balai Polis Jelapang. Dorang jumpa buku akaun Tabung Haji aku dalam wallet aku. Ya Allah aku lupa langsung pasal wallet kosong yang aku letak akaun Tabung Haji dalam dashboard kereta. Kantoi 5 kereta buat report tapi aku tak buat haha. Malas nak pergi report sebab takde benda berharga hilang. 

Nasib baik cincin emas putih aku dorang tak ambil. Ada je cincin tu dalam tempat letak barang bawah radio. Masih rezeki aku. Samada tak perasan or dorang ingat silver hoho. 

Tadi aku pergi lah Balai Polis Jelapang ambil buku akaun aku dengan harapan handbag aku pun dorang jumpa. Aku nak kunci-kunci aku woi! Tapi malangya takde. T_T

Then pergi baik cermin. Aku baik kat kedai biasa je sebab tanya Perodua dia cakap takpe pergi je kedai biasa sebab tak effect warranty. Kena RM147. Hmmm rezeki Cina bengkel tu la. Takpelah, redho je lah. Janji aku selamat, kereta tak kena curi, duit tak hilang. 

Setiap yang terjadi, ada hikmahnya. Setiap yang hilang, Allah akan gantikan dengan lebih baik. 

10 comments:

  1. Aku kalau nak tinggal kereta lama, memang cek dulu la ada brg2 berharga yg org boleh nampak dari luar atau x... Risau kena pecah cermin kereta macam kau ni la. Ni kat tempat gelap kau kena, kira logik gak la. Aku pernah tgk cermin kena pecah time solat Jumaat. Kesian kot org tu dtg solat Jumaat, balik2 je tingkap kena pecah. Desperate sangat dah manusia sekarang ni.

    Untuk kau, takziah la di atas pemergian handbag kau tu. Untuk pemecah tingkap tu, semoga dia berubah jadi org baik dan terdetik nak pulangkan handbag kau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab takde barang berharga la aku berani tinggal handbag tu. betul, manusia makin desperate, dah x takut buat jaht. kene tgkp pun atleast masuk penjara tempat tidur makan free hoho.

      thankyou. *yeahh ada alasan beli handbag lain* haha

      Delete
  2. Pasti ada hikmah ape yg terjadi. Jaga diri sis. Mcmmnila jd wanita yg blum berkahwin. Everything kna settle sendiri. Kalau ada cik abg kn sonang. Ehehe. Eh tp ia mengajar kita menjadi independent la knnn. Positive thought.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3 hehe. thankyou. tu laaa, takpelah dah biasa independent hehe. tak menyushkan sesiapa kan

      Delete
  3. Mak aih. Ngeri pulak aku rasa. Memang betul, malang ni terjadi bila kita dalam keadaan least expected.

    Hmmm...nak tanya.
    Kalaulah dibuatnya masa kau jenguk belakang seat tu tetiba betul2 ada orang pegang pisau tengah menyorok, apa tindakan kau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kita punyalah bersangka baik dekat umat sejagat hmmm

      omg. x tahu la. aku dah la takde seni pertahankan diri. kalau sempat terjun, aku terjun kot keluar dari kereta. selagi boleh pertahankan diri, i will

      Delete
  4. Aku rasa sekrg ni penjahat dh tau taktik peremouan sorok handbag bawah seat. Nampak atau x nampk belkg kira. Ada benda berharga atau tak punn belakang kira.

    Sbb tu aku takkan tggl apa jenis beg hatta beg telekung sekalipun dlm kereta. Tak berbaloi nnt org pecahkn tingkap, huhu.

    nasib ko tak pape. Take care Nad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. haish. lesson learned

      aku pulak jenis malas letak beg dalam bonet sebab kemon siapa je yg nk tinggalkan brg berharga begitu. tapi tu lah, aku salah menilai. orang jahat ni memang takde common sense

      tu la. Alhamdulillah

      Delete
  5. uishhh...ngeri dengar cerita kena pecah ni..adehai...adik IQ kena pecah cermin kereta sekali, kne kopak kereta skali....kena pecah cermin kereta sebab nak helmet yang puluhan ringgit jer...kena kopak krete, sgla hantaran kawin lesap, termasuk ipong...

    kena beringat tak boleh tinggal barang sewenang2nya dalam kereta...biar clean and clear...IQ pun kadang tinggal kadang tak....orang sekarang memang terdesak tahap maksima dah pergi pecah cermin kereta orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantaran? huih lagi menangis. jadi time kenduri ke?

      kan. walaupun beg telekung, bak kata zyra. jadikanlah cerita ni peringatan untuk semua. manusia skrg mmg desperate nak hidup huhu.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance