Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 21 April 2016

The Jungle Book

Aku suka binatang especially yang besar dan gagah; harimau, singa, gajah, serigala, zirafah (gagah ke?). Pet aku tak berapa suka kecuali anjing especially yang breed husky tu. Omg comel kalau jumpa tengah jalan rasa nak berlari peluk dan bergomol.

So semalam sebab gian nak tengok binatang aku pergi tengok TJB, sorang-sorang. Kahkahkah. Kalau tengok sorang aku akan beli tiket online sebab krikrikrik sangat bila orang jual tiket tanya 2x; sorang? Sorang? -_-'' Then aku akan park kereta tak jauh dengan entrance wayang so kalau habis lewat malam takde la jauh sangat nak menapak sesorang. Huhu.

Time aku tengok semalam sebelah aku satu keluarga Cina, mula-mula bini dia duduk selang sebuah kerusi dari aku then suami dia datang tetiba dia duduk sebelah aku, which is good la. Sekali suami dia tarik dia duduk tempat asal balik so suami dia yang duduk sebelah aku. Tak boleh Iolss nak rest kan tangan kat arm rest. -_-'' Tapi semalam 3/4 wayang Cina, Cina memang suka tengok wayang weekdays kot, siap bawak anak-anak kecil. Melayu ni aku tengok suka pergi malam minggu.

Cerita tu bagi aku best! Maybe ada isu bias sikit kat sini sebab aku suka binatang. Ada elemen terkejut, lawak, adventure tapi overall santai la, takde la stress tengok cerita tu. 

Budak Mowgli tu comel sangat. Bila fashback time dia toodler satu wayang macam auwwwww *tengok dengan mata berkaca*. Haha. Macam cerita Tarzan la lebih kurang, gian nak tengok Tarzan balik jugak.

Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari apa yang datang
Berhentilah menangis 

:')

Tarzan dibela oleh orang utan, macam Mowgli anak angkat wolf nama Raksha. And bodyguard dia harimau bintang (Bagheera) dengan beruang (Baloo). Nak jadi Mowgli jugak! Hahaha. Walaupun harimau (Shere Kahn) dalam tu jahat, aku tetap adore harimau. Tetap ada rasa nak bela buat bantal peluk malam-malam haha.
Almost perfect pembikinan cerita ini, langsung tak nampak macam edit ke hape ke.

Lepas ni nak tengok Civil War pulak. *handsomenya Captain America*

10 comments:

  1. Menarik. Kita pun suka binatang lagi2 sejak ada anak ni. Mak pak asyik nak buat bunyi binatang jela kejenye. Tunjuk2 binatang. Aumm monkey2 tiger2 ha mana lion aumm hahaha.

    Ada plan ngan asben nak bawak anak sekali tgok ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan, most bebudak mmg suka binatang. tengok la. anak umur berapa? kalau kecik sangat takut ada part dia terkejut menangis karang hehehe

      Delete
  2. macam best je the jungle book...rasa nak tengok!

    ReplyDelete
  3. Aku tak tengok (lagi), tapi ada orang komen kata ending dia lain dari versi children book dgn animation movie masa 90-an dulu? Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak tengok yang dulu. sorry, cant help haha. but happy ending it's

      Delete
  4. Tgk trailer yg semua binatang nak protect budak tu yg aku rasa cerita ni mcm best.. Mcm nak tgk jugak...

    Tgk wayang sorg aku pun ok je, tp bila tanya berapa org tu yg...alahai malas nak tgk wayang sorg2 lg. Tapi lepas kau ckp kau beli online, terasa masalah ni dh boleh diselesaikan kot. So, boleh la aku buat lg lepas ni. Hahaha...,

    ReplyDelete
    Replies
    1. besttt. rasa aowwww sweetnya. haha

      yes teruskan buat, download apps je. then scan code tak payah bg tiket kt penjaga tiket yg pndg pelik zzzz

      Delete
  5. All this times i tot balloo tu dia punya bapak angkat.. Lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalau dalam buku macam tu entah la. tapi dalam cerita dia takde bapak angkat hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance