Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 14 April 2016

Santai Krabi Day 1

Hi! Rindu aku tak? Wahahaha. Alhamdulillah aku dah selamat sampai dari Krabi Ahad lepas, touchdown KLIA2 around 1020. Awal kan? Aku rasa group aku ke Krabi paling santai and relax sekali. 

Hari Jumaat aku pergi KLIA2 naik bas Star Shuttle dari Ipoh pukul 1 pagi. Dalam bas tu ada 3 orang je termasuk driver, aku sorang je perempuan. Sorang lagi passenger aku rasa dia ustaz kalau tengok dari segi pemakaian. Naik je bus dia pasang ayat Quran, nak usir syaiton agoknya haha. Sampai sana pukul  4 pagi. Lepas tu aku termenung sampai Subuh kat ground floor tu. 

Then naik 3rd floor, departure hall. Aku dah check-in awal-awal. So terus ke security. Jauh gila weh menapak nak ke boarding gate. Rasa nak naik shuttle car yang disediakan tapi macam tak macho pulak. 

Maria punya pencuci muka kena rampas sebab botol besar padahal liquid tinggal sikit je. Kerek gila staf kastam tu, dah la muka macam tapai lepas tu rude. Berdosa ke cakap elok-elok jon? Herghh macam bagus sangat pakai uniform tu. 

Sian Maria, dah la pencuci muka mahal. Tapi nak buat macam mana kan, nak gaduh pun dah lambat haha. Kitorang solat dekat dengan boarding area, ada surau situ. 

Lepas tu sampai la Krabi Airport pukul 7.30pagi waktu sana. Waktu sana awal sejam dari Malaysia. Nak cek imigresen punya lah lama beratur, lepas tu staff sana campak-campak je passport, tu la orang kata tak guna muka cantik kalau biadap.

Then kitorang naik van pergi AoNang, bagitau nama hotel nanti dia hantar depan hotel. Bayar 210baht sorang, kitorang berlima.

Kitorang ambil hotel Ancora Blu. Kat sana tak boleh kongsi-kongsi bilik ye, kalau extra people kena ambil extra single mattress. 650baht semalam untuk extra mattress, so dua malam 1300baht. So sorang jatuh RM+-100/sorang untuk 2 malam. Murah gila kan?

 Hotel dia terbaik boh. Hotel baru siap hujung tahun lepas. Cantik, besar, selesa, bersih, staff friendly. Just takde iron dalam bilik, kena iron kat bilik laundry kat ground floor. Yang lain perfect! Air mineral bagi, kopi, biskut, peti ais kecil, TV (Brad Pitt pun kecek Thai), aircond, towel, ada balkoni siap penyidai baju. Universal adapter jangan lupa bawak kalau nak charge apa-apa. Dalam bilik air ada 3 botol besar shampoo, conditioner and sabun mandi and keperluan asas lain macam shower cap, cotton bud, hair dryer. Dorang bagi check in awal and dapat complimentary breakfast untuk Jumaat tu. Wifi pun ada dan bertugas secara pintar! Laju wifi dia. Memang puas hati walaupun jauh sikit dari beach, dalam 3km. Tapi ada shuttle disediakan untuk pergi for free, untuk balik amek la tuktuk kat beach tu bersepah.

Antara hiasan dekat lobby

2 king size beds 

Kitorang tanya hotel pasal pakej half day yang dry, dia cakap takde. Yang ada canoing start 1.30tengahari. Sebab kitorang malas main air hari tu, kitorang decide nak jalan-jalan kat AoNang je. So pihak hotel hantar. Time tu baru pukul 10pagi banyak lagi kedai tutup. Kitorang cari pakej island hoping untuk hari Sabtu.

Jumpa la satu agen ni bagi 1100 baht untuk 4 islands hoping dengan pergi balik Night Market yang kitorang decide nak pergi malam tu jugak. 900baht untuk islands hoping all included termasuk lunch yang halal. Bawak iman je sebab banyak mat salleh topless bertatoo wow sexy! hahahaha. Tak semua tatoo sexy ye, ada yang geli. Tapi overall aku suka tengok orang bertatoo kahkahkah.

Krabi is hotter than Malaysia, like omaigod panasnya tapi yang best gambar cantik-cantik sebab lighting A. Sebab dahaga kitorang beli ice blended 60baht.  Puas tekak.



Then kitorang pergi lunch dekat Lacasa. Dah la tak berapa sedap, service lambat, wifi tak function, mahal pulak tu haha. Wifi penting ye kat sana sebab kitorang tak beli pun simkad sebab merata-rata ada wifi. Aku dapati makanan kat sana agak pricey dan tak berapa sedap. Kitorang just order nasi 3, tomyam dan telur dadar 2 kena 86baht sorang. Cuba hangpa kali 5. Order nasi 3 sebab kawan-kawan aku semua bukan pemakan -_-. Tapi nasi dia sedap, I like. Wangi dan sikit sticky. Teringat-ingat makanan kat Danok yang murah dan sedap! Even kat makanan Thai kat Malaysia lagi murah dan marvellous.

Dah habis makan kitorang amek tuktuk dalam 30-40baht sorang untuk balik hotel. Then tidur! hahaha. Memang santai percutian kitorang.  Penat weh, malam nya aku tidur 3 jam je dalam bas. 

Dah bangun tidur, jama', terus sesiap nak pergi Night Market. Van ambil kat hotel pukul 6.30 petang. Jauh jugak perjalanan, dekat sejam ada kot. Van akan pick up balik pukul 9.30 malam.


Kitorang jalan-jalan cari makan and souveniers. Tak pernah buat dek orang cari souveniers hari first sampai haha. 


Merasa la makan pancake yang sebenarnya roti canai pisang tu dengan harga 50baht. Sedap memang sedap la. Ice blended buah kat sana pun 25baht je haha kene tipu kat AoNang. Kitorang tak beli makanan sangat sebab tak menyakinkan walaupun semua mengiurkan. Ada sikit je kedai ada tanda halal. 

Untuk souveniers memang kat Night Market lagi murah. Barang-barang dia comel dan unik dan murah. Aku habis 1300baht jugak la malam tu beli sebesar beg mak nenek souveniers. Beli untuk family and staffs. 

Aku beli tshirt dengan kain yang berkualiti and corak yang cantik baru 100baht weh. Baju tulis Pangkor yang senipis tisu pun tak dapat semurah tu. 

Balik hotel sambung shopping kat AoNang pulak -_-''



Unik dan berseni. Kan? Kan? Kan!

Sabun dia bentuk real weh, bau pun real.

Ni aku pergi Krabi nak shopping ke island hoping? 

6 comments:

  1. perghh..best gilak...hope island hoping is fine, teringat ari tu terbaca pasal gang lelaki dari malaysia kena rompak masa pergi vietnam..eh..vietnam, bukan krabi..slamat2..heee...sambung2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe best2. it's not the place i guess but the people we spend with. bahanya kene rompak. Alhamdulillah kami okay2 je

      Delete
  2. Haha...first day dah beli souveniers. Rare sungguh. Aku x sempat pergi night market hari tu sbb pergi memang focus on aktiviti je... sampai nak cari souveniers pun x sempat disebabkan ada unexpected event. Jadual lari, bajet pun lari...

    Mesti bosan kan tunggu dari pukul 4 sampai 6 tu kt KLIA2... Aku hari tu pergi KLIA2 pukul 12 mlm, lagi la lama menunggu. Memang tido kat situ terus aku dgn member2 semua tgu smpai 6 pagi... x selesa tapi dpt la tidur kejap..

    Yang boarding gate tu aku setuju, dia punya jauh tu jauh gila kot. Dah la hari tu lambat, berlari2 aku sampai nak pakai tali pinggang balik semula lepas scan tu pun x sempat wooo...haha..

    Btw, makanan dia kt tempat visitors ramai ni x sedap dan mahal. Aku masa pergi krabi dulu duduk villa yg dlmnya semua ok cantik, cuma agak pedalaman sikit tempat dia. Tp kedai makan yg ada dekat dgn villa aku tu la paling sedap aku rasa dari byk2 kedai aku mkn kt krabi tu... x jadi aku nk menyesal duduk kt tempat camtu...huhuhu...

    Dah la...penat la citer panjang2...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan. oh macam terbalik pulak fokus kita, fokus aku kat souvenier :P

      aku dah tidur dalam bas, jadi la

      hahaha nasib baik tak terlucut seluar kau

      so transport kau mcm mana duduk villa tu?kerlas kau ambil villa haha

      Delete
  3. cool and smart la deco hotel tu. mmg ikut tema fully hehe. gambar last tu igt ke sushi mula2 haha. sabun tu ada lebih tak? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, mmg ikut tema. haha takde sorry ;p. tak tahu kenapa beli 1 je, sebab takut berat kot hahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance