Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 8 April 2016

Pre-Krabi

Waktu entry ni publish aku InshaAllah on the way ke Krabi dengan kawan-kawan. Trip kali ni yang confirm join aku, Cha, Maria, Dira, Iylia dan Freyn yang masih 50-50. Tapi aku dah bagi tugasan dekat Maria pujuk dia pergi. Chot tak jadi pergi sebab kena ke Mesir, kerlass kau enon. 

Tiket pergi balik dah ambil. Hotel pun dah book.

Tiket KLIA2-Krabi: RM99 (Air Asia)
Tiket Krabi-KLIA2: RM140 (Air Asia)
Hotel 2malam/seorang: +-RM60
Tiket bas direct Ipoh-KLIA: RM42 (Star Shuttle)

Tiket balik mahal sikit sebab beli last minit hahaha padan muka kau, suka lagi buat kerja last minit. Time tu tak decide lagi nak balik hari apa, memandangkan aku ada program hari Selasa kat KL, terpaksa balik Ahad. Yes, it's just short vacation. Semua dah berkerjaya, semua ada komitmen masing-masing :(. I know it's quite rushing but I definitely sure it'll be worth it :)

Plus sebab beli lambat, aku tunggu kelulusan ke luar negara dulu, kalau tak lulus buat rugi je beli tiket hoho. Orang kerja government kena minta kebenaran dulu ye sebelum ke luar negara coz government is so clingy, he loves you that much! hahaha, Alhamdulillah pemergian aku diluluskan, dengan berat hati haha. Tapi paling sayang aku ofcos bapak aku, kau ingat senang aku nak lepas ke Thailand ni, macam-macam mentera aku baca hahaha dia terpaksa redha dengan kedegilan anak dia. T_T

Sebenarnya tarikh yang sama aku kena ke Terengganu atas urusan kerja, tapi apakan daya, kelulusan dapat dulu sebelum arahan kerja keluar. And semua dah ready and paid hoi. So, sorry but no sorry. Hahaha

Btw, murah kan hotel? Sana hotel memang murah-murah, tinggal nak pilih je. Nanti aku review hotel tu, nama apa pun aku tak ingat, Iylia dengan Dira yang uruskan hotel.

Tiket bas Ipoh-KLIA2 tu korang boleh jimat lagi sebenarnya. Naik ETS (silver) Ipoh-KL Sentral baru RM25.00 then ambil bas shuttle KL Sentral -KLIA 2 baru RM10, kalau beli dengan Air Asia dulu aku dapat RM7.70 gitu. Tapi sebab aku malas nak transfer, aku beli je la direct. Orang malas memang selalu rugi haha.

Duit aku tak tukar banyak pun, 4500baht je. And aku bawak RM cash sikit. Cukup, InshaAllah. 

Aku uruskan tiket pergi, itenary aku, Cha dengan Maria uruskan. Tiket balik beli masing-masing. Ada yang balik singgah Penang, aku dengan Cha direct KL sebab masing-masing ada hal.

Sebenarnya ni plan ke-2 aku ke Krabi, yang first burn sebab apa aku pun tak ingat, tahun 2014 dulu la.

Pergi ni tak check-in luggage pun, bawak backpack je sebab kejap je pun pergi. Aku packing seminggu awal okay, sebab ada setengah barang kat rumah Kuale, ada setengah kat rumah sewa, pening banyak rumah ni -..-.

Barang-barang aku bawak pun barang asas je. Bikini, Swimming suit MUSLIMAH, goggle, baju bajan, ubat-ubatan sikit, selipar, towel, toiletries, sunblock (gitew), powerbank, cable, yang lain fikir sendiri haha.

I'm ready to fly! Doakan perjalanan pergi dan balik kami selamat.Nanti aku cerita lanjut.

Daaa~~

8 comments:

  1. waahhh..short vacay!! bestnye...semoga selamat pergi dan pulang nad! ingat daku ketika mandi laut...eh? HAHA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thankyou2. dah selamat pulang pun

      Delete
  2. ok nanti cerita, saya tunggu update .. hehehe .. happy holiday!

    ReplyDelete
  3. "Kami mahu update seterusnya!
    Kami mahu update seterusnya!"

    ReplyDelete
  4. Bagus kau dgn kawan2 kau..plan semua. Aku masa pergi hari tu semua kawan aku yg plan, aku tinggal hulur duit je..haha...

    Pergi Krabi ni backpack je lah... Buat apa nk bawak brg byk,baju buat mandi pakai yg sama jugak kan..hahaha. Tapi dua malam mcm sekejap sgt la...mcm x puas je...

    Anyway, enjoy your vacation. Selamat menikmati pemandangan yg indah2 di Krabi..buhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. sama-sama nak pergi sama-sama plan yeee :P

      aah tak puas, tapi jadi lah, nanti pergi lagi hehehe

      hehe thankyouuu

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance