Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 28 April 2016

Kahwin lain lepas isteri meninggal

Semalam aku pergi majlis penutup MSAM dekat Tapah, wakil Jabatan. Aku tak suka pergi majlis sebab aku introvert haha.

Majlis penutup semalam TPM dengan MB Perak yang datang.Nasib baik TPM punctual orangnya. So aku duduk lah sebelah stranger. Tetiba aku terdengar orang sebelah aku, laki yang agak berusia cakap dengan orang belakang dia;

Macam mana nak mohon nikah sekarang?
Online. Hey nombor 2 ke 3?
Nombor 1
Eh?
Dah meninggal hujung tahun lepas. Dah tak larat duduk sorang.

Aku tak tahu nak gelak ke nak kesian haha. Bagi aku cakap je lah nombor 2, nombor 1 tu walaupun dah meninggal tetap nombor 1, di hati. Giteww haha.

Tapi kesian lah, laki ni memang tak boleh hidup takde perempuan (isteri). Ayah aku Mak pergi mana-mana kejap pun asyik telefon tanya bila nak balik. Ayah aku pergi kursus Mak aku relax je haha. 

Dia samada rasa sunyi atau tak tahu nak buat apa kalau selama ni semua isteri buat house chores. 

Bagi aku lain berpisah mati dengan berpisah hidup ni. Tapi apa-apa pun bila dah biasa hidup berteman tiba-tiba takde haru jugak. 

Bagi anak-anak mungkin dia rasa bila ayah kahwin lain lepas mak meninggal tu one kind of betrayal. Tapi anak-anak pun kena fikir, dorang dah ada keluarga masing-masing, takkan la nak biar ayah sorang-sorang dekat kampung. 

Lain layanan anak dengan isteri. Anak perempuan kena layan suami lebih, anak laki pulak takde nya nak bermanja lebih-lebih dengan ayah ni. 

Just doa kebahagiaan ayah dan tak dapat mak tiri macam ahli sihir haha. Semoga pakcik tu bertemu jodoh yang baik dan tidak melupakan isteri yang telah menghadap Ilahi. 

Buat masa ni dari pemerhatian aku, laki lagi banyak kahwin lain selepas pasangan meninggal berbanding isteri yang ditinggal suami.

Tapi aku ada je jumpa suami yang sangat setia. Lepas isteri dia meninggal dia tak kahwin-kahwin sebab dia impikan hidup dekat syurga just dengan isteri dia sorang tu je.

Aku pernah baca somewhere yang suami, di syurga akan hidup bersama isteri (-isterinya) yang juga pass masuk syurga. Manakala isteri akan bersama suami terakhirnya yang sah ketika di dunia, jika dua2 pass masuk syurga. 

Wallahualam.

6 comments:

  1. Pak ngah aku nikah lain dan bini barunya mmg perangai mcm sinetron. Berendam air mata jugak lah sepupu2 aku waktu mula dulu. Nasib diorg dh tua, hahaah.

    Lelaki selalunya akan nikah lain. Perempuan dia mcm susah sikit, tmbh klau anak berderet...

    Aku salute ayah kpd kwn aku. Kaya raya tp smpai sekrg tak cari isteri baru n wallpaper pun letak gmbo arwah isteri. Awwwhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa eh orang yang tak reti berbaik dgn anak org ni? oh bapak dia kau nak. mesti insecure. zzzz. nenek aku siap manjakan anak2 tiri berbanding anak sendiri lagi. anak tiri yang tidur bawah ketiak dia. aku dah sekolah menengah baru aku tau certain adik2 mak aku adalah dari nenek yg berbeza haha.

      aah tu betul. skrg ni bapak tiri sinetron gila sepere pun banyak

      auwwww sangat. so sweet. pakcik kawan aku hari2 pergi kubur isteri dia tukar bunga ros sampailah dia pun meninggal. we still can hope for love that lasts forever haha

      Delete
  2. Mungkin betul kalau dh kahwin n tetiba isteri xde rasa kesunyian gila2. Lagi sunyi drpd org single yg x pernah kahwin lg. Mungkin la.. Aku pun x tahu, xde experience lagi. Haha...

    Betul la. Aku pun pernah dengar isteri yg pass masuk syurga akan bersama suami dia yg pass masuk syurga. Bab isteri dengan suami terakhir tu x pernah dengar pulak. Sbb aku lelaki kot...hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. aku pun rasa yang sama. sebab dh biasa berteman kan. memang akan menjerut jiwa effect nya huhu.

      hehe nsb baik btl. yg 2nd tu aku pernah baca la tapi kesahihannya tak berani nak cakap

      Delete
  3. Haha experienced this. Mmg rasa betrayal tp makin besar ni makin malas fikir sbb dah ada kehidupan sendiri kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe semua akan rasa benda yang sama kan. tapi bila ada keluarga sendiri makin akan faham :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance