Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 30 April 2016

Jenis-jenis kereta

Aku suka kereta. Okay jap nak rephrase. Aku suka tengok kereta. Especially yang sporty. Designs yang selalu membuat mata aku bersinar-sinar adalah mostly design Honda dengan Mazda. Tapi tengok je lah mampu.

Dulu aku ada cecita nak ambil automotif engineering tapi tak dapat blessing parents. I am redho huhuhahaha.

Aku selalu ushar kereta dekat carlist.my. Tengok harga kira bayaran bulanan lepas tu ketawakan diri sendiri sebab mampu berangan je haha. Nak tengok dari type engine bla bla bla memang bukan expertise aku lah.  My personal favourite adalah kereta SUV and hatcback. 

Dulu aku tak tahu pun jenis-jenis kereta, tapi sebab geram aku study sendiri. Jenis kereta ni bermacam; sedan, SUV, wagon, hatchback, MPV. Ada yang confusing tak tahu nak masuk dalam kelas mana, selalunya yang confusing ni kita masuk dalam kelas pemulihan hahaha. 

Lepas tu ada jenis front wheel drive (FWD), rear wheel drive (RWD), all wheel drive (AWD). Ada jugak orang cakap AWD adalah 4WD. Tapi ada slight perbezaan antara AWD dengan 4WD dari apa yang aku baca. Eh ni cerita lain kali lah.

Sedan

Bagi aku sedan adalah kereta yang banyak atas jalan raya. Kereta biasa tu yang boleh muat 5 orang and ada bonet tu. Ada 4 tayar satu tayar spare kat dalam bonet tu. Semua kereta 4 tayar Nadia. Standard car la senang cerita.

Honda City

Kia Rio Sedan

Aku tak suka sedan tapi aku jatuh cinta dengan Kia Rio Sedan ni. Hari tu ada roadshow perghhh handsome! Harga bagi aku worth it dari segi design dan size (without considering specs sebab aku tak habis study lagi). Bonet besar gila boleh muat 4 mayat haha bodohnya contoh kau ni. Honda City mula-mula memang menarik jugak di mata aku tapi bersepah dah atas jalan raya. Cehh kau kalau nak kereta limited edition kena ada 26 juta dalam tangan dulu haha.

Rio sekarang bukan main dasyat design dia, nampak macam Europe car punya design. Hyundai pun not bad. Aku baca arkitek  Rio sekarang adalah ex arkitek Audi. Patutlah pun. Aku bengang dengan Toyota, kereta power design ke laut. Tak competitive langsung. Tau lah buatan Jepun, lampu tu tak payah lah nampak macam mata sepet sangat haha.

Wagon

Wagon ni sefaham aku macam sedan tapi bumbung dia cover bonet terus. So kau nak ambil barang tak payah keluar kereta, tonggek je kat seat belakang. Tak muat duduk kat seat boleh duduk kat bonet. Contoh Honda Stream, Honda Odyssey, Nissan Livina.

Hatchback

Hatchback ni pulak bontot dia rata, tak panjang. Ketinggian sama dengan sedan just bontot membezakan antara 2 darjat. Sebab bontot dia bantut so bonet dia selalunya kecik tapi  seat belakang boleh dilipat so boleh letak banyak barang. Orang lain jangan bagi tumpang.

Honda Jazz

Kia Rio

SUV (sport utility vehicle)

Kereta ni macam hatchback versi besar and of course bonet dia pun besar. My most favourite. Smart please kereta macam ni, rasa gah bawak sebab tinggi tapi tak mampu nak beli wahahaha.

Honda HRV

Nissan X Trail

Mazda CX 5

Range Rover Evoque 

MPV (Multi purpose vehicle)

Ha ni memang sesuai untuk anak banyak. Kalau anak tak banyak pun siapa yang suka balik kampung 2 hari macam taknak balik dah tu pun boleh beli MPV sebab kalau seat paling belakang tu diturunkan memang keranda pun muat. Yang ni paling sikit 6 seats paling banyak 8 kot. Contoh Alphard, Exora, Honda Freed. Tapi kalau pasang kerusi belakang memang limited la tempat nak isi barang.

Tu je kot jenis kereta yang aku nak tau. Kalau pick up truck tu lantak hang lah sebab takde kepentingan bagi aku haha. Semua kereta yang aku upload adalah favourite aku. 9 dulang hantaran; 1 Quran 8 kunci kereta seperti di atas. Kahkahkah.

Sumber gambar: Google.

8 comments:

  1. Nak evoque hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nak jugakkkk!600k weh. beli rumah dapat 2

      Delete
  2. Nice essay. Explaination utk hatchback tu, walaupun sgt informative, tp rasanya terlebih guna perkataan bontot. Tolak 2 markah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. never mind, mark is just a number hahaha

      Delete
  3. Drooling dgn range rover.... wah so handsome so macho so sexy waaaa jual buah pinggang pun belum mampu nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah mmg droolingggg. kahwin dengan bangsawan arab br blh dpt. agaknya

      Delete
  4. Wahh.. Tinggi maintenance kau... Kereta nak yg smart2 je. Haha... Kau kahwin dgn anak raja la, boleh dpt apa yg kau nak tu... Aku doakan. Kahkah...

    Macam mana pun kereta honda dan toyota jugak aku rasa paling ok dari segi maintenance. Kereta jepun ni jarang ada problem teruk2... So, kena consider gak tu. Kalau design smart tp in the end byk menyusahkan x guna jugak. Tp kau racist, mana nak pakai kete jepun. Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berangan je weh, hakikatnya aku pakai kereta biasa je. haha. tapi teruskanlah berdoa utk aku hahaha.

      wehh aku honda memang 1st choice, toyota je aku x berkenan design dia. tapi honda yang aku nak tu mcm x mampu je hahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance