Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 6 April 2016

Cuci kipas

Aku ni memang dah takde modal bercerita la ni, cuci kipas pun nak bagitau orang haha. 

Sekarang kan musim panas tapi Alhamdulillah dah makin sejuk, hujan pun turun petang-petang. Tapi aku pelik apahal la bilik aku punya kipas on no 5 rasa tak on kipas. So aku off kan kipas sekali baru perasan tudia berhabuk baq hang. Selama ni memang tak koser la aku nak mendongak kepala tengok kipas.

Aku cari tangga takdak. So aku ambil kerusi pun tak sampai *bukan pendek, siling rumah tinggi :P* Aku letak kerusi atas meja jepun sumpah tak meyakinkan langsung, ada yang aku jatuh macam nangka busuk satgi, dah la lusa nak pergi bercuti teheee.

So aku ambil lagi satu kerusi, letak atas kerusi lagi satu. Ha sampai pun! Takde lah pendek mana aku ni *blow nails* Memang baca banyak2 bismillah la sebab tu kalau jatuh memang A. Kena panjat katil dulu baru boleh panjat kerusi yang atas kerusi tu. Dah la kena turun naik turun naik sebab nak cuci kain buruk tu.

Dah setel semua, dah sapu habuk kat lantai aku on kipas. Perghhh syurga, laju kalah kelajuan cahaya keimanan. Kalau aku tahu tu faktor kipas bukan cuaca, lama dah aku buat kerja memanjat ni, ceq suka keja panjat-panjat ni, rasa macam hero super saiya haha. Habis ayaq liuq je bebel panas selama ni. Salahkan cuaca konon, sendiri pemalas :P

Petang semalam lepas balik kerja, setelah 2 minggu tak beriadah atas faktor cuaca *tak habis-habis salahkan cuaca*, aku pergi jogging. Dapat la dalam sejam. Perghhh puas hati gila dapat berpeluh sambil cuci mata kahkahkah. 

Tempat aku jogging tu tak ramai orang sangat, sampai aku boleh cam regular customer kat sana, aku bukan jenis senang cam orang. Tapi yang banyak beriadah ni Cina, especially yang tua. Aku sorang je perempuan muda *auww perasan* yang jogging semalam. Yang lain semua veteran, ada la 4 5 orang jejaka *cuba jaga pandangan kahkahkah*

Betul ke sekarang polis kalau nak naik pangkat kena fit baru lepas? Sebab ada la beberapa orang polis yang agak boroi aku terserempak time jogging or hiking. Mana aku tau dia polis? Aku tau lah! Don't doubt my instinct! Haha. Ada yang pakai tshirt polis, ada yang kawan kepada kawan aku, ada yang rambut pun tau polis :P

Dah lah, kecoh je kau ni.

Eh btw, kalau korang manusia yang minum green tea and suka bau jasmine *bau bunga yang Indu selalu jual tu*, korang try jenama Dilmah. Aku suka. Tok aku kan Indu *rolling eyes* haha. Kalau Boh  tak bau apa-apa, okay la. Then aku beli green tea lemon jenama tak ingat start huruf C dari Sri Lanka. Please jangan beli, bau Indu *bukan jasmine* kuat gila, tak lalu nak minum, aku terpaksa campur dengan madu baru boleh telan. Habis Dilmah aku nak try Twinings pulak tapi tak jumpa lagi jenama tu kat pasaraya. Kalau tau jual kat mana, mohon jasa baik untuk bagitau aku, nanti aku bancuhkan green tea untuk kau. Haha.

8 comments:

  1. hahaha hang sama mcm aku. lepas cuci kipas rasa nak terbang dgn aku2 sekali, hahaha. euuu aku tak suka green tea bau jasmine, i kenot. hahaha bukan bau indu lah, bau india! hahaha indu tu agama :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn hahaha. fefeeling sangattt. omg aku suka. suka! suka! suka! hahah

      oh sudah tukar ka? hahahaha maafkan daku

      Delete
  2. Panjat2 bersih kipas ni time bujang boleh la nad, sekarang kalau IQ still buat, kena bebel dengan suami 24jam. Terasa dijaga tapi penat nak tadah telinga. IQ suka panjat panjat ni. Kalau tak, xde la dulu IQ main wall climbing.

    Nad, xtau la kat mana tea tu...tapi nak rasa jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sama kita suka panjat. nadia tak boleh tgk pokok yg blh dipanjat, gatal je kaki nak panjat hehe.

      kawan ckp ada kt tesco, nnt nk pergi tgk la

      Delete
  3. Bilik aku pakai kipas kaki.
    Memang setiap dua minggu ke sebulan aku kena basuh bilah sbb kalau tak habuk berat tu buat kipas susah nak pusing.
    Tapi lepas basuh bilah, fuuuyoooooo...laju cam duit habis lepas gaji. Hahahah
    Bila laju, aku gemar buat suara robot kat kipas. Hahaha

    Aku suka green tea yang botol jenama Oishi je.
    Yang lain tak berminat nak try. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kipas meja memang senang nak cuci, no need tangga, hanya perlukan kerajinan.
      puas hati kan dengan kelajuan dia. hahaha bebudak lagi rupanya kau ni.

      oh aku x pernah try yg tu, nanti nak try lah

      Delete
  4. Kipas kat bilik aku mcm cEro, tp yg melekat kat dinding tu, bukan berdiri..panggil apa ek..

    Disebabkan melekat kt dinding, so nak kena panjat2 kalau nk bersihkan kipas, so aku malas... Hoho...

    Yg penting aku matang sikit dari cEro, x buat suara robot kt kipas... Gila nak buat suara robot, gigih sgt aku kalau nak panjat then buat suara robot kt kipas tu....hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah, wall fan? haha

      dinding tak pe lagi, kipas aku ceiling! lagi malas tapi terpaksa haha

      hahaha sebenarnya niat tu ada la kannn?

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance