Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 21 March 2016

Warkah untuk arwah #1

Tok Tahir & Pah Zahariah,
Tetiba Nadia rindu. Tadi Nadia takde kerja, Nadia senaraikan perbelanjaan duit raya untuk tahun ni yang perlu dikeluarkan. Menangis jugak bila total up semua T_T. Membiak dengan pesat betul keluarga kita ni. Tapi rasa sayu bila nama Tok & Pah takde dalam senarai, inshaAllah nanti Nadia sedekahkan bahagian tu pada yang sepatutnya.

Tok & Pah,
Nak tahu tak cucu-cucu Tok & Pah dah ada 34 nak masuk 35, cicit nak masuk 4 bulan depan. Nadia masih tak sumbangkan amaun ke cicit tu haha. 

Lepas Tok & Pah meninggal, kitorang pindah rumah Tok & Pah. Lepas tu Ayah buat rumah sendiri sebelah rumah Tok & Pah. Rumah Tok & Pah sekarang Mak Ida duduk. Dah lain dah rumah tu, semua dah tukar jadi batu sebab kena sumpahan sang kelembai haha. Dah takde rumah papan, dah jadi rumah batu setingkat. PakMat duduk situ lagi dengan family Mak Ida.

Depan rumah kami Wancik dengan Mak Nyah bina rumah dorang. Mak Nyah lepas pencen bulan 1 haritu terus pindah Kuale, tak duduk Taiping dah. Mak Nyah dah nak masuk 3 cucu, tua kan? Haha. Abah baru ada 1 cucu walaupun Abah lagi tua dari Mak Nyah hehe.

Kitorang Alhamdulillah masih hidup harmoni dan bahagia. Cucu-cucu Tok & Pah yang kecik-kecik MashaAllah nakalnya. Yang paling nakal sekarang Fakhri, Hadif, Haziq. Paling win Hadif, tengok muka pun tau nakal -..-Yang paling kecil sekarang, Irdina anak Cumi, baru lepas habis pantang. Cumi dah ada anak :'). Bulan 5 ni tambah lagi sorang, anak PakChed. InshaAllah.

Cicit pulak yang paling nakal anak Yong, si Afif. Lagi nakal dari abang dia, Alif. Alif sopan sikit dari Afif.

Kitorang selalu je berkumpul, makan-makan, panggang kambing, makan laksa. Dah 4 rumah dekat-dekat lagi la senang. Yang susahnya periuk belanga sudip sekali berjalan. Yang jadi rebutan kampung sekarang anak bongsu Mak Ida, Awatif. Sampai kekadang Mak Ida pun tak tahu anak dia kat rumah siapa, kena whatsapp tanya. Haha.

I wish you're here. Till we meet again. InshaAllah. Assalamualaikum.

Nah untuk tatapan. Dorang panjat gril.
Dari kiri cucu Tok & Pah: Haziq (anak  bongsu MakSu) Arissa (anak ke-3 Mak Ida)
Paling kanan cicit Tok & Pah: Afif (anak bongsu Yong)

Semua sebaya. semua nakal -..-

10 comments:

  1. Sweetnya. Aku kalau nk buat warkah buat tok&tokwan sgt ramai cucu cicit tak terhitung jari jemari kaku, haha.

    Cucu mak&ayah je dh 17 org. Hahaha. seronok kan kumpul ramai2, serius mmg aku tak sentuh fon langsung. Aku bersyukur walaupun dh xde parents tp kitorg adk beradik still selalu meramaikan rumah pusaka tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tu kene berapa entry baru siap tu.

      aku pun kalau blk ramai2, hp campak atas katil je, masuk blik baru cek. adik beradik kau sama dengan adik beradik ayah aku :) family means everything.

      Delete
  2. Comel, keluarga kita ni macam lebih jer nad, atok IQ pun cicit baru masuk 5 orang...tahun ni InsyaAllah bertambah lagi...cucu usah dikira, sepupu yang baru lahir tengah berpantang pun ada lagi....da nak masuk 60 rsenye..

    cuma beza atok IQ dan tok IQ belah abah ada lagi...klau belah arwah ummi IQ sume da xde, tok tiri je ada..kalau tok & pah nad mesti seronok layan cicit...apatah lagi cucu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wo lagi ramai. haha best kan ramai-ramai, meriah.

      ohh. nadia belah ayah dua2 takde dah. belah mak tinggal nenek je. tu la terbayang kalau dorang ada, mesti suka. tapi nak buat macam mana kan, dah takdirnya :)

      Delete
  3. Alaaa....sebak pulak aku baca entri ni.
    Tetiba teringatkan Tok Wan dan senyuman dia :(((

    ReplyDelete
    Replies
    1. :') Kita takkan pernah lupa untuk merindui mereka. al-Fatihah utk tok wan kau

      Delete
  4. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman.

    Budak2 panjat grill x nakal la.. Aku kecik2 biasa buat, baik je dah besar, tu semua nak latih skill je..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen

      budak nakal ni bukan jahat, tapi bijak. mesti kau setuju dengan statement aku kannnn? haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance