Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 23 March 2016

Cerita dalam cerita

Cerita 1

Sekarang musim MashaAllah panas sangat. Mandi tak basah rasanya, tidur tak lena, makan Alhamdulillah kenyang. Tidur pun berpeluh sampai basah baju, tak payah jogging bagai. Dah lah tak mampu pasang aircond, meredho je lah. Tengah solat pun rasa nak cepat je -_-''

Hari tu aku betul tudung tengok cermin. Cermin tu disandarkan kat tingkap. Tingkap tu see through so aku boleh nampak orang luar dari tingkat atas. Time tu aku tengah merungut betapa sekarang panasnya bumi Malaysia ni.

Tetiba aku terpandang luar tingkap dan nampak seorang makcik kerja dengan majlis bandaraya tengah tolak tong sampah besar di bawah terik matahari. Terus aku insaf, terus rasa nak hempuk cermin atas kepala.

Betapa sekarang aku tak bersyukur. Bangun tidur terus pergi pejabat sampai petang santai dalam bilik ber-air cond. Balik pejabat pun naik kereta yang ber-air cond. Kau ni Nadia memang fikir kepala otak kau je eh? Tak fikir orang yang kerja kat sawah bendang yang dari pagi ke petang melayan terik mentari? Teruk, teruk

Cerita 2

Semalam aku on the way balik rumah aku berhenti kat satu traffic light. Sambil tu aku pandang sekeliling. Tetiba ternampak sorang pakcik diri sebelah kereta aku berpakaian elok gendong satu guni  besar yang aku percaya tin kosong. Dia berdiri tegak je. Terus aku sayu, Alhamdulillah Tuhan bagi aku rezeki tak perlu kerja yang susah-susah. Banyak sebenarnya Tuhan bagi tapi kadang aku terlepas pandang, amek ringan semua benda.

Traffic light pun bertukar hijau. Aku pun nak tekan paddle minyak tetiba aku nampak pakcik tu mula berjalan kaki. Lah pakcik ni pun tunggu trafic light ke? Hahahaha dari sayu aku gelak besar terus. Tak pernah aku nampak pedestrian tunggu trafic light. Masalahnya dia bukan nak seberang jalan pun dan memang ada lorong pejalan kaki kat situ. Nak kata gila nampak normal haha.

Cerita 3

Semalam lepas solat Maghrib aku dapat whatsapp dari kawan office, bagitau adik salah sorang staff sini meninggal dunia sebab lemas kat Teluk Senangin. Sedekahkan al-Fatihah untuk arwah Jiji. Dua kawan dia masih di ICU. Mereka berkelah nak celebrate baru habis Diploma UiTM Sri Iskandar.

Sumpah terkejut sebab mengejut sangat. Terus terkesima. Ya Allah betul lah, kalau Allah nak tarik tu sesaat je. Bebila boleh, macam-macam asbab. Kalau dah tu janjinya.

Terus terfikir, aku ni sampai bila agaknya akan hidup, macam mana la cara aku mati nanti, sempat ke minta maaf.

Dunia makin tua, people are  sick, mentally. Orang yang kita harap membela kita, dia lah yang songlap duit kita. Harapkan pegar, pegar makan padi. Sesungguhnya pengharapan itu hanya kepada Allah.

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita akan kembali.

Semoga arwah Jiji tenang di 'sana'

8 comments:

  1. Hahaha jahat la ko gelakkan pakcik tu, hahaha. But its true, kiyaleka dgn comfort zone diri sendiri sampai tak boleh nk rasa susah sikit, huhu. Sbb tu aku suka memandang ke bawah dari ke atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha i have too. kannn. sgt selesa dh kita ni. sbb ada IG kot tgk org yg hidup sng je, mana ada org kutip tin kosong ada IG, buang ms dorang je.aku pun nak pratikkan pandang ke bawah huhu

      Delete
  2. Kalau diteliti, setiap masa kita dijamu dengan peringatan.
    Cuma kadang-kadang kita ni buta waalu celik.
    Minta petunjuk dalam doa, tapi bile petunjuk tiba, kita tak sedar.
    **Nasihat untuk diri sendiri**

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. antara kita sedar dengan tak je.
      kan. kdg2 Allah dh bg kita ignore. hmm. sama2 la kita muhasabah diri

      Delete
  3. Kannn.. kengkadang kita sendiri terlepas pandang.. pernah sekali aku merungut dapat duit pampasan ciput kepada member aku.. sekali bila dia beritahu dia dapat sekian sekian, terus aku senyap. Hahahaha... kita fikir kita jer kurang, tak fikir kekurangan oran glain.. wuwuwuwuw

    Hahahha.. tak baik gelakkan pakcik tu, mungkin dia tengah melamun, dia pun tak sedar dia tunggu traffic light.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sebab tu kita kena tengok org bawah bukan mendongak ke langit.

      hahaha. dia sedar weh sebab beberapa kali dia pandang traffic light, tapi time tu aku x terfikir dia tgh tunggu trafic light haha

      Delete
  4. Dahsyat pak cik tu tunggu trafic light. Mesti sabar orangnya..huhu..

    Tu la..kita jarang nak sedar ada org lg susah dari kita. Nak semua org amik kisah pasal problem kita, tapi problem/kesusahan org lain kita ambil mudah pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kannnnn!

      we're selfish, rarely selfless. sama-sama la kita muhasabah diri.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance