Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 28 March 2016

Apa je yang takde kat UTC?

Jumaat lepas aku ambil cuti nak settle kan segala macam hal. Lokasi utama aku hari tu adalah UTC Ipoh. Aku suka betul konsep UTC ni, semua agensi bawah satu bangunan, siap bukak weekend. Menteri mana lah punya idea ni, bagus mung ni, memudahkan rakyat. 

Siapa orang Ipoh mesti tahu UTC kat mana, UTC terletak depan Yik Fong, bangunan lama Super Kinta yang bawahnya ada pasar basah, so nak naik UTC bau busuk ye. Hoho.

Aku sampai UTC dalam pukul 9.00 pagi, terus tengok direktori, nak rancang perjalanan *over*. Kat direktori aku tak jumpa apa aku cari tak tahu lah sebab tak update or aku terlepas pandang, so aku hentam je jalan, then nampak signboards tempat aku nak tuju tu.

First aku pergi Jabatan Imigresen nak buat passport. Dah tua kan diri baru nak buat passport. Aku datang ambil nombor terus nombor dipanggil. Perghh pantas. Bawa IC ori je, gambar tangkap kat sana FOC. Pegawai tu tegur IC aku kenapa muka lain haha. Yela tu umur 18, awet muda lagi, muka pun cengkung. Sekarang dah gemuk T_T. Dia suruh tukar, ye memang aku nak tukar lepas ni. Lepas dia tanya beberapa soalan peribadi; tinggi, no telefon,status then dia suruh tunggu no dipanggil untuk bayaran.

Bayaran passport sekarang RM200 untuk 5 tahun. Tu je ada, dah takde untuk setahun ke 3 tahun ke. Lepas bayar dia bagi resit untuk kutip passport lagi sejam dekat kaunter lain pulak. Waktu nak kutip passport ada bagitau dalam resit.

Sementara sejam aku pergi JPJ sebelah Imigresen je nak renew lesen. First time aku nak buat lesen baru yang keras macam IC tu, selama ni aku renew kat pejabat Pos je sebab malas pergi JPJ. Pun aku masuk terus nombor dipanggil. Dah buat bayaran bagai, pergi kaunter tangkap gambar, tak sampai 5 minit lesen baru siap. Perghhh efisyen gila.

Then aku pergi JPN nak buat IC baru yang ada dua muka tu, dasar suka bermuka-muka. Isi borang, dapat nombor then pergi kaunter, kena bayar RM10. Then pergi kaunter ambil gambar pulak, lepas tu kena tunggu sejam jugak nak siapkan IC, nanti dia bagi resit siap tulis waktu kutip.

Sementara nak tunggu passport dengan IC siap aku pergi Tabung Haji masukkan duit. Dah settle aku pergi LHDN tanya pasal e-filing untuk income tax declaration. Dia cek no IC aku then tanya gaji aku berapa, kerja mana, dia kata tak payah buat lagi. Lega den. Aku tanya declare pun tak perlu? Dia cakap tak perlu. 

Tepat sejam, aku patah balik Jabatan Imigresen nak ambil passport. Letak resit bayaran tadi kat kotak yang disediakan, nanti dia panggil. 

Dah dapat aku pergi JPN pulak. Tunjuk resit kat kaunter untuk ambil nombor baru. Satu nombor masuk dalam box untuk staff panggil.

Maka settle la urusan aku kat UTC hari tu dalam tenpoh dua jam sahaja. Puas hati sebab perkhidmatan bagus dan efisyen.

Apa je takde kat UTC? Semua ada. Agen cari jodoh je takde kakaka.

Sebelum balik rumah nak tidur haha, aku singgah Aman Jaya beli tiket dari Ipoh ke KLIA2. RM42 kalau naik bus Star Shuttle. Kalau naik bas Yoyo RM45.00. Perjalanan setiap sejam rasanya.

Sekian.

8 comments:

  1. ehem! nak pergi mana sampai buat passport ni? habaq mai sket..haha! nanti kalau pergi melancong, jgn lupa up kat sini...

    IQ pun tak tukar IC lagi...sama la macam nad, last umur 18tahun punya IC...tak tau bila nak pergi UTC yang melambak kat kL ni. UTC best, sbb macam2 dalam satu tempat..wehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dekat2 je. dah selamat balik nanti nadia update sini hehehe

      betul, best sgt. tak payah susah2 nak ke sana ke mari

      Delete
  2. hahahah aku baru nak cakap jodoh je yg takde kt situ. aku kerja Penang jd cuti sabtu ahad, kedah plk cuti jumaat sabtu. jadi aku selalu ke UTC kedah bila balik kg :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jodoh mungkin ada, agen tu takde haha. utc senang kan, bukak sampai malam, weekend pun bukak. bagus2

      Delete
  3. Waaah! Buat paspot ni mesti nak ke luar kan?
    Mohon belikan aku ole-ole buat kenangan. Hehehe

    UTC mmg power. Kat KL pon datang je UTC Pudu, macam2 ada. Sampaikan kedai kain 1Malaysia pun ada. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, saja je buat :P

      oh tu lg power dr perak punya. sini ada agnesi2 kerajaan dgn gym 1 malaysia je haha

      Delete
  4. Dalam byk2 idea dari kerajaan, UTC la antara idea yg sgt bernas. Memang memudahkan semua ada kat satu tempat.

    Tapi, kau paling power la. Macam mana la boleh jadi semua benda kau nak settle pada hari yg sama. Kalau aku, satu dua benda je kot nk settle kalau pergi UTC tu..

    Siap nak declare income tax lagi. Bagus betul kau ni. Rakyat yg taat..haha.. X silap aku kalau kau tak pernah ada no file tax x perlu declare. Unless kau punya gaji setahun tu dah diwajibkan kena income tax.. Bawak2 bersabar weh..haha..

    Btw, aku tahu kau nak travel mana. Tak best sgt pun la tempat tu...hahahohoho...

    ReplyDelete
    Replies
    1. second that!

      hahaha. kebetulan semua benda boleh settle hari yg sama, lesen aku nak expired dah, alang2 tukar ic terus sebab dah berzaman niat nak tukar hehe

      haha tak weh, kawan aku kata semua kene declare sebelum may, kalau tak kena denda la apa la haha. aku pun tak tahu berapa sebenarnya gaji bulanan yang kene income tax hahaha.

      aku pernah bagitau kau eh? hahaha. tkpe nnt aku review :P

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance