Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 20 February 2016

What I put on my face

Hari ni aku nak cerita produk apa aku pakai sebelum keluar rumah. Takde motif pun, tapi saja nak jadikan panduan kepada diri sendiri kalau tua nanti tak sedar diri merasa nak jadi muda balik, boleh beli balik the best products for me, so far. Alhamdulillah muka aku senang dijaga, jarang bermasalah. So, here it goes:

BB Cream
Aku pakai produk Bumiputra, dari Seqy Beauty. Sila cari kat instagram kalau nak tahu lebih lanjut. So far okay, senang nak apply, tak rasa melekit. Sebelum ni aku pakai foundation Nour Ain pun okay. Aku pernah pakai stick BB Cream Maybeline, muka jadi berminyak, bila tak guna muka jadi kering, so aku stop.

Compact Powder
Aku pakai jenama Pixy. Murah dah best pakai. Aku pernah pakai yang Maybeline bagi aku tak okay, rasa kasar. Bedak muka dari Cosway pun okay tapi sebab aku malas nak pergi cari Cosway tu aku pakai Pixy. Lebih kurang je bagi aku. Aku pernah pakai Silkygirl pun okay. Semua ni harga yang bawah RM20 eh, tahan berbulan-bulan. Hehe

Eye Liner
The best pencil eyeliner so far is from Cosway. Silkygirl warna pudar. Maybeline pekat sangat. In2it pun tak best, mudah patah. Yang Cosway punya senang gila apply, warna cantik, tak mudah patah. Nasib baik hari tu aku beli banyak sebab ada promotion, ni ada lagi sebatang tak bukak, dah habis nanti kena la jugak aku cari Cosway. Harga dalam RM15 gitu je.

Lipstick
Oh lipstick macam banyak je aku guna haha. Sebab I love lipsticks. Sampai lupa mana okay mana tak okay. Tapi mostly okay je. Sekarang aku guna jenama Revlon. Bercinta nak habiskan sebab nak beli baru wahahaha.

Make up remover
Make up remover aku pakai yang untuk mata. The best for me is Pixy jugak, botol bulat bukan leper. Memang senang. Aku dah try yang lain hmm hampeh, siap pedih mata. Simple pun tak best langsung! Lagi comot jadinya. Tapi yang Pixy tu susah gila nak ada stok, benci mak. 

Tu je la aku tepek kat muka. Nothing more nothing less. Nak harap aku pakai segala mak nenek eye shadow? Tak payahhhhh. Jadi clown nanti. Eye liner pun baru belajar pakai, dah la tak berseni, memula pakai sebelah tebal sebelah nipis. Sekarang pun tak la sama sangat tapi taram je la labu haha. Kalau bagi yang gel lagi la ke jahanam mata aku haha.

10 comments:

  1. Aku pakai dari range safi je sbb jenama tu je yg ok dari dulu sampai sekrg. Tp sekrg aku tgh add in argan oil dari josie maran. Muka jadi glowing lain macam, hahaha perasan.

    Eyeliner dgn compact aku still maybelline sbb aku malas nak try yg lain. Cosway susah dekat penang ni. Lipstick pkai kissproof aje tp so far takde yg nk kiss aku pun, huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? aku kalau oil ni allergic sikit. tapi baru cuba dengan bio oil je kah kah kah

      oh kau sesuai dengan maybelline kot, aku tak hehe. hahahha ayat last lawak

      Delete
  2. Aku tepek air paip je kat muka aku. Takde susah2. Indah berseri je aku tgk. Hahaha..

    Kau kan pakai spek. Kalau pakai eyeliner ke eyeshadow ke ada beza ke? Nampak spek kau jugak nanti..wuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wudu la kekdahnya? haha

      eyeliner nampak la jugak. eyeshadow tak pasti sebab x pernah pakai hehe

      Delete
  3. kita pn baru nk belajar pakai eye liner..taram je lah kn..prektis makes perfek gitu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi betul sgt. kalau baru nak belajar guna pencil punya, senang sikit hehe.

      Delete
  4. Orang lelaki simple, tak payah pakai apa-apa di muka. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kalau laki letak apa apa hmmm hmm kbai haha

      Delete
  5. what a surprise, i thought you've only been putting food on your face hahaha :p

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance