Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 11 February 2016

Misi mencari sneakers yang handsome tetapi gagal

Aku suka pakai sneakers sebab nampak handsome sekaligus menutup aurat dengan bergaya wahahaha. Aku ada satu sneakers Converse yang aku beli 4 ke 5 tahun lepas. Tak sedap pakai, sakit kaki aku, kejap-kejap boleh la. Nak kata tak ori beli kat butik. Tapi cutting smart. Alah design Chuck Taylor tu. 

Then tetiba rasa nak beli sneakers baru. Kalau sneakers first choice aku memang Converse. Smart design dia. Semalam aku ushar la kat butik design Ox tu, nampak selesa sebab ada cushion sikit kat dalam. Sekali takde size aku! Semua kaler takde size aku! Aku pakai size 3.5 UK. Ada size aku design yang aku dah ada, so taknak lah. Ushar Vans dengan Everlast pun tak berapa berkenan. 

Kecewa, memang kecewa terus pergi rooftop mandi hujan. 

Masuk Al-Ikhsan ushar Puma Reebok Nike Adidas tapi yang aku berkenan semua takde size aku. Aku pun putus asa lalu pergi kat rak Kids. Try satu kasut Nike, muat. Tapi rasa ego tercabar lalu aku keluar tanpa beli. Kah kah kah. Padan muka kau kasut. Lagipun design dia bagak sangat. 

Then aku masuk Royale Sports. Nampak jenama Keds. Girlish sikit la design dia. Ada satu tu cantik design dia, pun takde size aku. 

Ohh apalah nasib diriku yang malang oh tuhannnn. *sandar di dinding rak kasut sambil lurutkan badan ke lantai sambil memeluk kasut*

Sebab aku dah pergi 3 mall, sebab aku dah masuk 10 kedai, sebab aku dah habiskan masa dekat 3 jam sebab orang ramai yakmat nak parking pun hazabedah, aku tekad aku kena beli jugak kasut supaya usaha aku tak sia-sia. 

Lagipun aku dah takde masa lain nak cari. So aku pilih la satu kasut Keds ni, design memang perempuan habis la. Sesuai sangat buat kasut kahwin aku nanti. 

Sesuai kan buat kasut kahwin? *soalan serius*

Nasib baik 2nd choice ada size. Kalau tak aku suruh budak kedai tu bersila depan aku jahit satu kasut khas untuk aku. 

Lepas aku try, aku lompat-lompat, aku jalan ke hulu hilir, aku rasa selesa la dari Converse aku. So aku bayar. 

Sebelum pergi car park singgah Sox World beli stokin 3 pasang. Aku suka stokin Sox World sebab tahan lama. 

Dah tu je nak cerita. Penat tahu penat! Cari kasut je pun belum cari gaduh. 

Aku baru tau misi mencari Ramlee tu simbolik mencari dari pelbagai kaum. Ram (Indian) Lee (Chinese) Ramlee (Malay). Ciss. Punyalah aku pelik kenapa dalam banyak banyak mesti Ramlee. Kenapa bukan Ajis atau Sudin? Dah jumpa ke Ramlee nya pun entah? 

6 comments:

  1. Wow, kasut boleh handsome ya? Biasanya harga converse ori berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hehe. tengok design. 150 and above la lebih kurang. and ikut warna jugak. macam Ox ada yang sampai RM250.00

      Delete
  2. Aku...Aku pun minat sneakers.. Tapi lebih minat tengok dari pakai. Kalau yang melekat kat kaki ni biasanya selipar jepun sebab senang nak garu kaki. Hah, senonoh sangat.

    btw, gigih betul pencarian kasut ko. Meh aku tepuk tangan. *clap *clap

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aku setakat pergi paso mmg selipar jeee.

      hihihi thankyou thankyou *bow* *betulkan mic nak bagi ucapan* haha

      Delete
  3. Pada aku design kasut tu x perempuan sgt pun, mcm unisex je dua2 boleh pakai. And sesuai buat kasut kahwin. Aku serius.

    Aku kalau cari kasut susah gak la, design aku tgk kt internet(design luar negara) pastu cari kt mall. Satu haram aku x jumpa design tu...haha. Last2 beli kasut yg kategori ' boleh la..' pada aku. Sebab dh desperate sgt nk beli kasut. Haha..

    Ohhh. Tu ke sbb nama dia ramlee. Aku ingat ramli burger sponsor ke apa...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. weh kasut tu corak bunga la, biar betul laki boleh pakai haha. sesuai kan? *yes!*

      hahaha kau cari design luar negara kenelah pergi luar negara bro. samalah, kasut kat atas tu pun kategori boleh la dari takde.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance