Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 10 February 2016

How I spent my long weekend

Cuti 4 hari memang membahagiakan segala sendi muscle sel tulang daging atom dan lemak. Padahal bukan buat apa pun, mereput je kat rumah. Betul lah slogan Rumahku Syurgaku tu.

Hari Sabtu aku bawa Kak Ngah pergi kedai beli selipar sebagai hadiah hari jadi dia yang ke 7. Aku nak belikan selipar Bata tapi dia taknak, dia nak beli selipar harga RM8.90 kat kedai Let's Go. Wahahaha jimat duit aku.

Time kecik aku takde selipar jenama lain selain Bata or Buble Gummers. Aku dah masuk sekolah menengah pun kasut prep aku jenama Buble Gummers. Kualiti memang elok tapi kekadang ada yang material keras semacam, sedap dibuat main baling kasut.

Aku punya style aku suka tanya orang tu nak hadiah apa. Aku tak suka nak balut-balut nak belikan apa je ikut citarasa aku sebab aku tasteless. So lagi senang aku hangkut orang tu ha kau pilih sendiri, lagipun jimat pembalut. Save the nature jugak konsepnya tu.

Hari Ahad baru ada makan-makan untuk harijadi Kak Ngah, ada kambing bakar. Kumpul adik beradik ayah je.

Hari Isnin aku keluar dengan Syafikah pergi Aeon Klebang, makan Boat Noddle for the first time. Not bad la, boleh repeat. Tea dia sedap. Tea dari Thailand memang sedap, tak dapat dinafikan. Time kitorang sampai pukul 11, banyak gila kedai tak bukak, rasa macam masuk mall berhantu haha. Ada yang memang tak bukak langsung, ada yang bukak lewat sikit. Dalam kedai banyak tak bukak tu, pukul 5 jugak lah baru balik. Lepas tu melantak aiskrim Jipangi ke apa entah. Pun sedap!


Syafikah: Aiskrim ni dari Korea ke Japan?
Aku: Japan
Syafikah: Mana tau?
Aku: Tu Jipangi bunyi macam Japan je hahaha

Dia buat muka macam nak smack down aku hahaha.

Then masuk kedai Fossil, aku nak tukar tali jam. Dah 5 tahun kot aku pakai jam ni, sayang pulak nak tukar. Hope ada la strap dia sebab dekat butik memang dah takde, kena cek dekat USA. Gittewww. Aku suka jam petak dan digital. Susah gila nak cari yang berkenan di hati. Sekarang jam aku petak walaupun bukan digital, janji ada tarikh boleh laaaaa.

Overall, we had so much fun! Thankyou Pieka for the day. Mmmuahh sikit.

Selasa aku tak ke mana pun, pergi lepak Old Town White Coffee je. I miss long weekend already. Kahhhh! 

8 comments:

  1. Untunglah boleh cuti. Aku kerja pun orang meaej, cuti pun orang mesej tanya pasal keje.

    Letih mak, nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi pekerja harapan sgt tuuuu.

      bersabarlah Mak, lillahita'ala hehe

      Delete
  2. wahh, IQ pernah pergi AEON Klebang masa pergi kenduri dekat Manjoi bulan 1 lepas. AEON Klebang baru bukak kan? dan IQ nampak kedai yang jual Jipangi ni. Mak aih, kemain ramai beratur...tak sanggup den nak beratur...huhu..

    IQ balik melaka senyap duduk dalam rumah...heaven! Penat omak koje ni haaa...loteh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah baru. banyak jugak la lagi kedai x bukak. takpe try tempat lain. sedap hehe

      duduk melepet kat rumah paling heaven kann haha

      Delete
  3. Kira takleh surprise laa kalau jenis hangkut bawak sekali suruh pilih hadiah besday...hehehe
    Tapi logik jugak tu, kalau beli hadiah tapi yg terima tu rasa tak suka or tak sesuai or tak minat, susah jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aku memang manusia yang tak suka suprise2 ni. yee aku lebih kepada straight forward and logik hehe.

      Delete
  4. Bagus jugak idea straight forward kau ni. Tapi kalau mcm kau tanya tapi org tu ckp x nak apa2, kau x beli apa2 ke?

    Aku segan nk tanya org tu nak hadiah apa, mahu tetiba mintak kereta sebijik, habis. Hahaha...
    So, aku selalu blur nak beli hadiah apa utk org. Kadang aku hadiah doa je sebab blur. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak haha. aku ni takde sentimental value sgt. and kalau aku nak bagi, aku tak tunggu birthday ke apa ke, kalau kebetulan birthday dh dekat kira lump sum lah. haha.

      cara bagi hadiah aku:
      1. tanya
      2. beli bila dia cakap berkenan walaupun dia x maksudkan utk kita bagi
      3. bila dia pesan, aku tak ambil bayaran

      sebab aku mmg x reti bab2 hadiah ni hehe

      doa paling bermakna sekali bagi aku :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance