Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 24 January 2016

Tujuan berkahwin

Tetiba aku terfikir;

What is the REAL purpose of marriage eh? What it should be?

Should we need purpose in marriage to get married?

Or ke perkahwinan ni hentam je lah labu?

Kalau yes purpose is needed, what is the best purpose?

Kalau saja saja nak kahwin tak boleh?

Kalau nak anak, dah tu lepas dapat anak boleh la bercerai? Begitu?

Nak masuk syurga? Kalau tak kahwin pun semua orang nak and boleh masuk syurga. Kan?

Sebab ikut sunnah? Bukan beribu lagi ke sunnah lain boleh ikut?

Sebab nak teman? Hmmm. Yes it is. For me lah. Everyone needs teman dalam hidup. That is fitrah. 

Mungkin aku tak rasa nak kahwin sekarang sebab aku masih ada keluarga dan kawan-kawan yang teman hidup aku. 

Tapi kalau parents tinggalkan dunia macam mana? Bila semua kawan-kawan dah kahwin macam mana? Bila semua adik-adik and cousins dah kahwin macam mana?

Kalau aku mati awal, mudahlah cerita dia. Cerita kat dunia la, alam barzakh entahlah haha. 

Semalam aku pergi pekan. Then aku ternampak seorang nenek dengan basikal reput yang penuh dengan barang dapur depan belakang. Seksa aku tengok dia tolak basikal naik bukit. 

Terus aku terfikir 'I need someone to take care of me when I old'. Nenek ni memang semua keluarga dia dah meninggal ke anak-anak dia anak derhaka? Kesian tengok. Tetiba peluk setereng kereta asked my car to stay strong because if takde siapa nak tolong aku pergi pasar bila dah tua pun, at least I have car. 

Tapi tak dinafikan manusia memang perlukan teman untuk hidup. Kalau tak masakan Allah ciptakan Hawa untuk Adam.

Penciptaan Hawa pun menunjukkan sebaik-baik teman hidup lelaki adalah perempuan. Kalau tak baik Allah cipta Adam II, Adam III, Adam So On, Lagilagi Adam, Adam Infinity. Penciptaan Hawa jugak adalah untuk kelangsungan pembiakan manusia untuk beribadah dan menjadi khalifah kepadaNya. 

And aku teringat ustaz kursus kahwin aku cakap, orang yang kahwin ni nak bahagia. Ye betul tu! Buat apa ada teman kalau teman tu kerjanya penerajang kau je? Perabiskan duit kau je? Menyakitkan hati kau je? Kan?

So I think I have found my purpose why I wanna get married.  Aku nak kahwin sebab aku nk seorang teman yang boleh buat aku bahagia. And at the same time he also wants the same purpose as mine. And we can together fullfil our purpose to one another. Tak boleh la tujuan aku A tujuan dia B. Kiranya macam bukan satu haluan. Akhirnya macam aku sorang sorang la jugak menuju A tu. Ye dak?
 
And walaupun tujuan sama, tak boleh jugak kalau dia je boleh buat aku bahagia tapi aku buat dia rasa; hak alah perempuan ni menyusahkan betul. It must be give and take. Apa yang penting? Kerjasama. Wonderpet kami datang. 

Bahagia tu bagi aku ketenangan jiwa. Ketenangan jiwa tu pulak ikut hati masing masing lah nak apa. Tenang ke jiwa aku kalau 'teman' aku tak solat? Tenang ke jiwa aku kalau 'teman' aku panas baran? Tepuk dada tanya selera masing masing lah. Aku suka nasi goreng ayam. #tetiba

Dan jangan lupa ketenangan jiwa tu satu nikmat kurniaan dari Allah. So kau ghase?

Bahagia ni bukan je perlu bila kita ada kat highest point of our life. Dia kena jugak ada bila kita at ours lowest point. Means susah senang sentiasa bersama; tu baru bahagia. Kan?

Okay. Purpose dah jumpa, orangnya belum lagi hahahaha. 

Takpe, janji aku dah jumpa purpose aku cukup lah. Lega. Kalau tak aku runsing; why la on earth aku kena kahwin? Why la people keep asking me to kahwin? So sekarang I know why. Bila dah jumpa tujuan, kita sendiri akan tahu hala tuju hidup kita, bukan dah atas dasar mak ayah suruh kahwin or orang kahwin so aku kena kahwin. Bukan dah atas dasar eee sukanya boleh pegang tangan kat mall kalau dah kahwin. Bukan dah sebab eee boleh cuti sama-sama lepas tu spam IG. 

Lain orang lain tujuannya. Ada je nak kahwin sebab nak bolot harta suami nanti. Ada je nak kahwin sebab nak pakai cantik cantik time sanding. 

Dah jumpa purpose bukanlah bermaksud aku nak kahwin sekarang. Tapi atleast bila ada orang datang aku tahu kat mana aku nak nilai according to my purpose tadi. Kalau tak selama ni aku tak tahu nak tengok tang mana. Muka ka? Poket ka? Janggut ka? 

Terima kasih kepada nenek tua tu yang menyedarkan yang aku perlu teman dalam hidup. Memang tak dijanjikan aku dah tua nanti 'teman' aku tu still hidup, but at least aku dah pernah capai tujuan hidup aku. And mungkin bila dah capai tujuan, lepas tu kalau dia pergi dulu pun aku akan rasa sentiasa berteman. 


:) 

14 comments:

  1. inshaALLAH setiap apa yg berlaku bersebab. :D

    ReplyDelete
  2. Betul sangat tu Nadia, aku setuju.
    Sebab tu aku sedikit marah bila sesetgh org merungut bila umur dah meningkat tapi tak kahwin. Bukan hape, kita kahwin bukan sebab sudah sampai umur kahwin. Ada beberapa kawan aku main hentam je kahwin sbb umur dah lebih 25, end up banyak masalah dan merungut dlm fb.

    Dalam sains, kahwin ni macam satu prosedur tertib utk kelangsungan spesies. Kita boleh membiak dan memperbanyakkan species (manusia) tanpa perkahwinan, tapi nanti end up lagi banyak masalah (inbreeding dll), so perkahwinan satu prosedur teratur yang dibuat utk memastikan species manusia dapat terus wujud di muka bumi.

    Bab agama rasanya kau dah ulas so aku tak perlu komen apa2.

    Pada aku, as long as kita berpegang kpd fahaman masing2 tentang perkahwinan, it's ok. Tapi masyarakat kini suka forced idea ke dlm otak org lain (contohnya umur 25 kena kahwin) dsb. Itu yang buat kita tak selesa.

    Sekian komen panjang lebar.
    Harap baca sampai habis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mestilah aku baca! I value every words from you.

      Kan wehh. Aku pun ada kawan yang hentam je kahwin. Tapi kalau bahagia Alhamdulillah. Sekarang ni kes cerai bersepah. Kahwin ni bukan benda main, sebab tu kita kene fikir panjang. Tak boleh hentam kromo je.

      Aku suka explanation kau bab sains tu. It's indeed true.

      Masy kita dah jadi macam taboo kalau kahwin lambat. Entah lah, yang faham faham lah. Yang tak faham lantok sana haha

      Delete
  3. fiuhh, jenuh nak habiskan baca entry ni...nasib baik penghabisannye Nad da tahu purpose kalau Nad nak berkahwin nanti, InsyaAllah....satu persatu Allah bukakan hati Nad untuk berkahwin...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha terima kasih sudi baca IQ. Tu la. Lega bila dah tau purpose, kalau x rs lost. Tq IQ :)

      Delete
  4. Pehh..dah g kursus kahwin ke..x lama la ni kau nak kahwin siap dh jumpa purpose lak tu.hehe..

    Betul la sebelum kahwin kena la ada purpose. Aku masa Student dulu mmg blur gak la apa purpose kahwin. So, skrg ni kadang2 aku dgr je ustaz2 sembang apa kat radio ni: http://tunein.com/radio/Hang-FM-1060-s100288/

    Kadang2 ada la cerita pasal kahwin tu. So, tahu la sikit2 kenapa perlunya kahwin. Antaranya mcm sbb kau ckp la. Manusia perlukan teman. Lagi, nak lahirkan anak soleh/solehah, belajar responsibility...byk lagi la..

    Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah. Teman kawan hehe. Eh? Okay nnt aku try dengar. Ni asyik dengar radio lagho je haha. Thanks.

      Delete
  5. salam...sy suka baca entry ni...majority masyarakat terutama yg muda2 ni mst suka pasal kawin.tapi kbanyakan kita pn mmg x jelas apa tujuan perkahwinan yg sbnarnye...tq sb buat entry ni..sgt bmanfaat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama. Sy pun terinspirasi dari sekeliling. Selagi x dpt cari purpose rasa mcm tak nak kahwin. Tu cari jgk :p

      Delete
  6. http://jejariruncing.blogspot.my/2016/01/move-on-terbaik-menanti.html?m=1
    nadia, Ce baca entry ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I did. But why? Tak faham connectionnya haha. Sorry

      Delete
  7. Amboi, buat buat tak faham pulak. Never mind. Haha. Tp kan aku rasa kau ni jenis akan approve lelaki yg gila2 macam kau jgk. Senang dibuat kawan. Selesa dibuat suami. Good luck nadia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius tak faham. Apa kene mengena dgn move on?

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance