Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 13 January 2016

'Penyakit'

Hari tu ada kawan lama aku message (lelaki), ajak jumpa. Dia cakap dia perlukan seseorang untuk bercakap. Dia tengah 'sakit', ada la dia bagi bukti yang dia tengah 'sakit'. Dia rasa jiwa tak tenang, rasa nak nangis, otak rasa serabut. 

Tapi aku tak pergi pun jumpa pun sebab entah la, aku takut karang aku menambahkan lagi masalah je haha. Lagipun dia sungguh tetiba, last aku jumpa dia was 14 years ago, wooooo. I dont know which part I can help, maybe just be a listener sufficient enough. But why me? Memang dulu aku baik dengan dia, lepas tu tukar sekolah terus lost contact, tahun lepas agaknya dia dapat nombor aku balik.

Kesian, but I dont feel like going. Eloklah aku doakan je. Plus aku ada bagi dia contact sebagai alternatif untuk berubat.

Aku percaya penyakit dia tu. Sebab aku pernah tengok depan-depan mata kawan aku kena. Takde angin takde ribut tetiba dia menangis weh! Kalau dalam kelas Sejarah sebab sedih JWW Birch mati logik la jugak, ni kelas Math! Sedih sangat ke Math ni? Aku suka je haha.

Tapi lepas dikaji, memang ada 'sesuatu' mengganggu dia. Sampai tukar sekolah la dia, lepas tu baru okay.

Benda-benda ghaib ni memang kita tak dapat jangka; boleh jadi dari turun temurun, boleh jugak sebab orang hantar. Boleh gila, boleh juga jadi penyebab maut.

Aku pernah baca, nak elak benda-benda ni, lepas solat Subuh dengan Isya', baca Laa illaha illa anta subhanaka inni kuntu minalzhaaliminn. Baca 3x, bukan susah pun. Nak lagi tepat tajwid tengok bahasa Arab punya.

Kita manusia biasa memang tak lari dari hasad dengki orang. Kadang-kadang kita tak buat apa pun tapi sebab kita baik dengan semua orang, Allah murahkan rezeki kita; ada orang dengki. Benda ni out of control kita. So, mohonlah perlindungan dari Yang Maha Melindungi.

InshaAllah.

8 comments:

  1. benda benda camni IQ memang surrender awal. adik spupu IQ plak jenis ada 6th sense. boleh nampak benda tu...pernah la IQ bwak dia naik kereta dengan IQ..IQ pun tanya dia, "kalau kakak boleh nampak benda tu, sekarang ni ada tak benda tu kat kita sekarang?" adik sepupu IQ berkata, "ADA"

    *naseb baik tak accident IQ masa tu...huaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalau Nadia memang tak tanya dah sebab tahu benda tu berada di mana juaaaaaa.

      Delete
  2. Saka ni kadang jgn dibawak main. Di zaman serba maju ni benda2 ghaib ni still wujud, still ada permintaan ramai. Kesian kwn kau, tp kalau aku pun rsa mlsbk jumpa kot, yelah out of the blue tetiba hajak jumpa is kinda.. creepy, huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss sebab dorang bukan boleh ditembak dengan machine gun. aku sumpah pelik dengan orang yang main main sihir ni, apa la dorang fikir sebenarnya? Kesian sungguh. yep, it is. krik krik krik

      Delete
  3. Tak apalah. Kita yang masih elok ni doakan kesejahteraan mereka je.
    Sakit2 turun ni ustaz aku cakap even para ustaz pun bukannya boleh lawan sangat. Nak kena ustaz yg power2 ilmu.

    Mintak jauhlah dari aku dan seluruh keturunan aku. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. yes, bukan sebarang ustaz boleh, dia kena belajar lain. nak belajar tu pun banyak dugaannya.

      amin

      Delete
  4. Baru tahu baca yg mcm dlm sujud solat hajat tu pun as pelindung gak. Yg aku tahu, baca surah alfalaq la nk jaukan dr benda2 ni. Sbb kalau tgk makna surah ni pun mmg byk doa mintak dijauhkan dr perempuan sihir la, hasad dengki la....apa semua..

    Semoga kawan kau tu sembuh mcm biasa dan dijauhkan drpd perkara2 mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan. Al falaq punya makud mmg kena. Tapi ada je aku rasa maksud tak kena tapi elok utk sesuatu tujuan. Al Quran ni byk rahsianya :)

      Ameen

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance