Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 12 January 2016

Pemanduan dan panas baran.

Hari tu aku tanya kawan aku, macam mana nak detect laki panas baran. Dia cakap

"Tengok cara dia drive, kalau suka marah-marah tu panas baran la"

Terus aku terkesima sebab kiranya aku panas baran la haha. Tapi disangkal oleh kawan aku, dia tanya aku, aku suka drive tak? Selaju kilat aku geleng. Omg aku tak suka drive kot, sebab tu aku selalu speed sampai 130km/h sebab nak sampai cepat, nak masuk rumah taknak duduk dalam kereta haha. I need a driver T__T. Lepas tu kawan aku cakap

"So tak boleh nilai pada situ sebab kau memang tak suka drive, laki ni suka drive so kalau benda yang dia suka dia akan enjoy and tenang"

Erk? Gitu eh? Semua laki confirm suka drive ke? Macam bias je haha. Ke betul?

Buat masa ni aku perasan sorang pakcik aku je suka marah-marah, and yes memang dia baran even dalam rumah haha. Dia kalau orang buat salah kat jalan raya memang dia hon doploh harakat. Hari tu dia tunggu parking, sekali orang lain terus masuk, memang dia bukak tingkap maki, terkedu orang tu haha then dia pergi cari parking lain.

Pantang aku bab drive ni;

1. Lembab tapi duduk lorong kanan. Kalau aku bawak kereta kebal memang aku lenyekkan je. Aku dah la nak cepat sampai rumah.

2. Tak bagi signal nak masuk. Dah la nak cross jalan tu hazabedah, sekali lane kiri dah clear tengok lane kanan ada kereta, tunggu la dia lalu, sekali dia masuk simpang! Pandang lane kiri dah banyak kereta balik. !@$%^&*!#^!

3. Ada yang bagi signal tapi tak masuk. Aku dah sedia nak keluar sekali dia lalu, dah nak terlanggar lepas tu boleh pandang slack kat aku. Memang aku pandang balik, nasib baik tak tunjuk penumbuk je haha.

4. Duduk kat tengah-tengah jalan ingat bayar cukai double. Nak potong pun tak boleh. Hansap betul. Kalau siang aku honkan, kalau malam aku high beam. Lepas tu tengok orang tua bawak terus rasa bersalah hahaha.

Aku kalau orang tu buat salah aku macam terkedu, tak terfikir nak hon. Lepas tu menyesal tak hon, sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya haha. Aku hon ni guna bila tunggu Mak aku bersembang lama yakmat lepas dah minta diri nak balik tapi aku dah semalaman tunggu dalam kereta Mak tak keluar-keluar pagar lagi haha -_-''

Hari tu aku tengok discovery channel ke apa, ada kereta boleh drive sendiri. Omg! I want it!

Konklusinya, aku garang! Hahaha

14 comments:

  1. bila pengguna jln raya yg lain buat saah kat aku aku pun terkedu, tercari2 butang hon. org tu dh 5km kt depan nk hon jadahnya, hahahaha. sabau je lah. byk pahala drive ni sbb sabarrrr. hahaha. aku selalu sumpah org drive mcm tahik ni supaya sakit perut :3

    aku tabik spring kt abg ipar aku, diam je drive walau org lain drive di sekeliling mcm tahik. mmg betul dia baik dan jarang aku tgok dia marah. huntunglah kakak aku, hahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kannn! Tula, harap dapat la pahala sebab tak hon :P

      okay another bukti. tak faham aku orang yang tenang sangat ni haha. takpe, nanti zyra pun huntung hehehe

      Delete
  2. I punya hon rosak dekat 4 tahun dah. Malas nak repair.. kesimpulannya??
    Ok .. i tenang, sobar dan penyayang.. LOL..~

    Tapi seriously, memang boleh nilai orang dari cara dia memandu.
    BAnyak bukti dah i nampak depan mata.. heh..

    Good day!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. yes, hon tak guna sangat pun. aku tak tenang but still tak ter hon hahaha

      oh yeke? okay lah, dah ada dua bukti ni hehe

      have a godd day too! :)

      Delete
  3. Aku pemandu berhemah.. kengkadang nak marah nak tekan hon, hon tak bunyik.. hampeh keeeta pun tak nak sapot tuan...

    Sesal dulu pendapatan Senah, sesal kendian kurang pendapatan.

    Aku panas baran time aku nak cepat, kereta depan mcm kekura. Kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. hon kau ni penyabar jenisnya.

      aku pun! aku sentiasa nak cepat haha

      Delete
  4. Betul sangat kata kau tu. Secara basic, manusia akan tunjuk muka sebenar under pressure. Sebab driving adalah perkara biasa kita buat dan selalu under pressure (bila dlm jam, or bertemu pemandu siot etc) so wajah sebenar akan muncul msa driving.

    Aku jarang drive, tapi rasanya aku bukanlah suka maki hamun sangat bila drive. Aku pun bukan jenis yg suka tekan hon. Pada aku tekan hon tu mcam mencarut, kalau perlu je aku mencarut. Walaupun begitu, aku rasa aku bukanlah orang yang baik pun sama mcam waktu aku memandu. Hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kalau pressure kerja relaks je, kalau drive ni memang hangin sikit haha. sebab buat benda aku tak suka kot lepas tu orang buat hal pulak.

      nasib baik aku jarang hon, tak ter hon hahaha.aku baik *mengaku* tapi garang sikit hahaha

      Delete
  5. MD rasa lelaki kebanyakannya relax ja.. Perempuan yang emo sikit.. Tapi perempuan hon guna mulut ja.. "HOI APA NI TAK PANDAI BAWAK KETE KE LEMBABBB!" dan yang seumpama dengannya.. Hahaha.. Alamak bias pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. betul, perempuan bising mulut je, lepas tu bising dalam kereta je macam la orang tu dengar.

      Delete
  6. hmm dah boleh tuka nama jd BARANadia hahaha. skrg kat usa dah ada jual production car yg boleh autopilot, jenama Tesla, full electric car n siap boleh parking sendiri wow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cis! oh eh? *google* parking sendiri ford pun boleh kan?

      Delete
  7. Aku jarang hon orang. Kalau hon pun sbb aku nk bgtau dia yg dia dh menyusahkan org masa drive. Tapi xde la smpai nk maki hamun dlm kereta. Tapi, sesekali mungkin la disebabkan pressure2 yg lain terbawa2 +jam.

    Btw, nk kurangkan maki try bukak radio yg ngaji Quran ke..ceramah ke.. Nanti kau rasa bersalah serta merta selepas termaki.

    Fyi, aku x brp suka sgt drive. Kesimpulannya, aku bukan lelaki(ke?) kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Baiklah. Aku try bukak ikim time memandu lepas ni. Mungkin faktor halau syaitan jugak tu.

      Omg sama. Aku bukan laki obviously. Kau hmm x tau xtau haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance