Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 8 January 2016

Lawatan Kerja ke Melaka dan Selangor

Isnin pagi aku dapat arahan untuk pergi lawatan kerja ke Melaka and Selangor pada Selasa and Rabu. So pagi Rabu gerak ke Melaka, lawatan sebelah petang. Driver bawak dari Ipoh ke Melaka 3 jam je. Hebat tak? Wahahaha. Bravo! Bravo la sangat kau Nadia, ke kubur baru tahu haha.

Sebab sampai awal, kitorang pusing Bandar Hilir Melaka dulu, naik Menara Taming Sari. Dah 2 kali aku pergi Melaka, kali ketiga baru aku tahu kewujudan menara tu. Kalau warganegara RM15 je, sila tunjuk IC.

Time naik tu aku gelak-gelak excited, sampai bos aku cakap 'Budak ni memang tak reti bahasa takut eh' Haha. Alhamdulillah aku bukan gayat orangnya. Best nampak seluruh Melaka sebab tower tu sentiasa berpusing. Dalam 7 minit stay kat atas. Dah selamat turun baru nampak dorang sediakan teropong. Kalau tak boleh teropong Mak di Perak. Rugi rugi.

Petang terus shoot ke Shah Alam tidur sana. Tidur kat Hotel Concorde sebab dekat dengan tempat nak pergi esoknya. Breakfast kat Concorde memang heaven, antara larat nak makan dengan tak je. Sedap-sedap masakan dia. Bilik standard la. Staffs pun friendly.

Malam tu sempat jumpa kawan lama time Asasi. Jumpa kejap je makan Ayam Penyet Nusantara dekat Seksyen 7. Pedas nak mampuih weh sambal dia tapi tu yang sedap tu sampai aku cirit birit la hahaha. Kenapa semua kedai Ayam Penyet aku pergi nasi lembik eh? Benci betul. Aku nak Ayam Penyet, bukan nasi penyet.

 Sempat lah update pasal skandal masig-masing hahaha. Except me. Dorang tanya, Okay Nadia, your turn. Aku diam kejap lepas tu bagitau aku memang takde skandal sekarang ni haha. Skandal here means bakal suami. Saja guna skandal, nampak jahat sikit hahaha.

Tu je yang aku boleh update. Memang banyak belajar sepanjang lawatan, tapi tak perlu cerita kat sini haha.

Khamis terus masuk office. Ingatkan lepas kerja nak pergi tengok Dilwale yang kawan aku tengok sampai 4 kali tu. Tapi serius aku penat, penat lawatan kerja tak habis lagi kot, 9.30 malam dah tidur. Kalau tengok, Dilwale yang tengok aku haha. 

Dah la takde kawan nak pergi tengok hahaha boring sungguh hidup aku!

Korang dah tengok Dilwale. Best?

Aku kalau cerita Hindustan yang betul-betul aku tengok A-Z ada lah dalam 5 cerita. Kuch Kuch Hotak Kau aku tak pernah tengok habis, Kal Ho Na Ho pun aku tak pernah tengok 100%. Cerita lain apa kan lagi.

Aku memang macam ni, bab hiburan ni tak ambil hal sangat. Ceyyy bla! haha. Sebab tu aku jarang tahu tajuk lagu, siapa nyanyi, tajuk cerita, siapa pelakon.TV bukanlah kepentingan untuk aku. Rasa nak tengok, tengok. Tak tahu awal cerita, tengah cerita, akhir cerita pun aku tak kisah. Sebab itu just cerita. Just for fun. Tak faham orang yang boleh tengok cerita yang sama sampai 5 kali haha. Tak faham orang yang boleh tahan nak beranak sebab taknak miss sekian sekian episod. Haha.

Tak, aku taknak faham pun, lantak korang la hidup korang haha.

10 comments:

  1. wak pon x penah tgk habis citer hidustan., harhar2 part nyanyi2 lagu tukar2 baju 7 kali tuuh sonok tenok ;p

    ReplyDelete
  2. Anyara dilwale dan alvin and chipmunk aku pilih ip man 3, hahahaha. Kosser aku nk layan movie sampai tiga jam. Kabhi kushi pun aku tak pernah tgok sampai habis walau dh berpuluh kali tayang kt tv, hahaahaha sbb aku benci katrina kapoor gedik. Aku suka madhuri dixit/juhi chawla je.

    Best la kerja kau boleh outstation :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best eh ip man? Aku langsung tak tau update movie skrg. Sendu betul haha. Aku tak suka kakak dia, ape ntah nama, lupa haha. Aku tak de la suka sesiapa secara serius haha

      Hehe. Rezeki. Sambil menyelam minum air

      Delete
  3. Aku kalau org cakap cerita hindustan tu best, aku memang rasa nak tgk. Tp x tgk wayang la, aku tgu org download je. Takde, x tgk la aku smpai bebila..haha..

    Tapi, cerita hindustan ni best apa walaupun 3 jam. Antara yg aku pernah tgk best mcm 3 idiot, my name is khan, dll...aku lupa. Lagipun, 3 jam la baru berbaloi tgk wayang. Hahaha...

    Btw, aku peduli jugak hiburan tp x peduli pasal wayang/drama. Tahun 2015, rasanya sekali je aku tgk wayang. Punya la x peduli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. download untuk aku sekali pweasee? hahha

      aah 3 idiots terbaik weh. lagi satu cerita amir khan jugak tu, pasal budak dyslexia ke apa entah haha. aku suka cerita cerita rare macam tu

      aku suka wayang sebab aku akan tumpukan perhatian. kalau tengok kat rumah kejap kejap pause la pergi berak la haha hilang feel tu. tapi takde masa sangat nak pergi wayang hohoho

      Delete
  4. Tak payah tengok dah Dilwale berlambak orang spoil dlm fb & twitter.
    Dari berkobar2 nak tnegok terus hilang minat sebab smua nak tunjuk yg dia dah tengok jadi semua nak cerita sana sini.
    Itu sebab aku benci spoiler. Ada aplak jenis yg tak faham bahasa bila kata tak suka spoiler lagi laa dia nak spoil.

    Maaf ter-emo. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak baca! haha. kannn. aku pun bengang dengan spoiler. tapi sebab aku tak baca tak la bengang sangat.

      takpe takpe, aku faham perasaan kau :P

      Delete
  5. nape kat melaka tkde update info makanan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak sempat nak explore. Dodol? Asam pedas? Gula melaka? Cencaluk? Haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance