Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 28 January 2016

Fobia of baby bump

Semalam aku dapat sepupu baru, yang ke 34 hoi. Aku cucu yang ke 7. Bayangkan betapa banyak batallion bawah aku, sekali balik earthquake terus rumah tu. Ni bulan 5 nak masuk yang ke 35. *start menabung duit raya tahun ni*

Semalam anak Cumi (uncle) lahir, baby girl, dagu runcing ada lesung pipit and mata sepet. Aku orang first melawat semalam dekat Hospital Ar-Ridzuan Ipoh. Bagi aku best lah hospital tu, kita masuk je dia greet dengan salam. Setiap kali masuk waktu ada azan dalam bilik, pepagi ada tazkirah. Doktor pun Islamic, briefing tentang baby pun best. Malam pertama baby nurse jaga sebab bagi mak rehat cukup sebelum battle starts! Hahaha.

Aku excited sikit tengok Cumi dapat baby, dorang tunggu dekat 5 tahun jugak la. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki. Lagi satu aku excited sebab aku rapat dengan Cumi. Aku duduk serumah dengan Cumi dari dia form 2, lepas nenek meninggal Ayah take over jaga adik-adik dia. Then time aku study kat UiTM Shah Alam rumah dia belakang tu je, ramai orang ingat dia boyfriend aku bila dia datang hantar makanan. Haha.

Tahniah Cumi and Cutie for your baby girl. Semalam berdekah aku gelak bila Cumi taknak pegang baby sebab takut. I know what you feel. *pat your back*

Aku ada satu perasaan ngilu yakmat bila tengok perut ibu mengandung. Aku tak tahu kenapa, especially yang besar. Aku tak pernah pegang perut ibu mengandung, I just cant. I know it's only a mind set, but aku tak kuat lagi nak ubah mind set tu haha.

Dulu cikgu sejarah aku suka sangkut perut dia atas meja aku. Kau tak dapat bayangkan betapa aku rasa nak cakap 'please move your baby bump from my sight". Bukan aku tak suka, aku just ngilu. Aku rasa bila aku sentuh it'll explode. Pardon my weird imagination.

Hari tu makcik aku dah sarat mengandung. Aku baring atas katil, then dia datang baring sebelah aku dengan perut mengadap langit. So takpelah. Dia tarik baju dia sikit, so aku nampak betapa tegangnya perut dia. Aku terus mengiring tak pandang dah haha. Tetiba dia mengiring and I feel her stomach on my back. Ohmygod! Terus aku macam kaku kedu kelu tak bergerak. Dengan penuh berhati-hati aku bangun, time aku bangun aku pastikan less geseran berlaku.

Waaaa. Whats wrong with me? Haha. Aku try nak pegang tapi tangan aku tak boleh nak lekat, macam magnet kutub yang sama haha. Adik aku punya excited kalau dapat rasa baby bergerak, aku kalau orang panggil nak bagi rasa baby bergerak memang aku yang bergerak laju tinggalkan mereka haha.

Oh oh tiny little baby, the most fragile one, be safe in there. I won't touch you didn't mean that I hate you, I wuvv you so much but if I touch your mom's stomach, I afraid that it will hurt you inside. Be safe till we meet. I will cuddle you when you are 3 months and above. I also will buy you presents! Can't wait ha? 

8 comments:

  1. Tahun ni je anak buah aku dah 28 org. Hahahahahahahahahaha.. ha. HA.

    Aku suka baby bump. Tiap kali aku kekenyangan aku akan usap perut bajet baby bump, kahkah pardon my wild imagination

    Apeke comel sgt nama timangan uncle hang, hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku anak buah baru nak masuk 4, tu pun anak-anak sepupu hehe. banyak oi anak buah kau. eloklah start menabung jugak haha

      okay agak wild di situ haha. takpelah inshaAllah nnti you'll feel the real one hekhekhek

      Cumi tu kat Indonesia means sotong kan? nasib baik uncle aku gagah orgnya hahahha

      Delete
  2. haha, tahniah! well, macam IQ la, sepupu da melambak2 da, bley buat berpuluh team bola jaring dan bola sepak da...

    rindu la nak ada baby bump. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan family besar hehe

      rindu? bisa diatur tu hahaha

      Delete
  3. Aku sentiasa fascinated dgn perut perempuan mengandung.
    Disebabkan tak ada perempuan dlm keluarga aku yang mengandung lagi, so fascination tu aku simpan utk isteri aku nanti.
    Aku boleh bayangkan macam mana nanti aku dengar terujanya nak kaji macam mana perut boleh stretch sebab nak tampung isi yang membesar. Wow, kan?
    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan mengandung memang wow. it's a miracle. aku kagum tapi in same time takut haha. moga impian kau terlaksana a.s.a.p haha :P

      Delete
  4. emm typo at perenggan kedua, ayat pertama, perkataan keenam. possible fix: baby, bayi, or barbie? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha omg. baru perasan! thankyou. typo tak boleh dimaafkan pulak tu haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance