Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 29 January 2016

Duit banyak pun tak guna kalau hati tak tenang.

Tadi aku sembang dengan seorang orang kaya. Kaya la bagi aku, boleh beli hartanah dekat Brooklyn bagai. But very humble and kind.

Then he asked me "Are you going back to your kampung today?"

"Of course, tomorrow is weekend"

"Sometimes I envy with your life, got nothing serious to think. I got a headache with current economy, it's very slow"

See. Kita saling envy dengan hidup masing-masing, manusia memang tak pernah bersyukur. Aku kekadang rasa lahai bestnya Dato' Vida tu rumah ada swimming pool bagai, buat rumah RM20 juta relaks ja. Aku ni kekadang nak simpan RM200 pun susah.

Tapi aku lupa nikmat masa yang Allah bagi kat aku. Mungkin aku lebih banyak masa nak spend dengan family. Orang-orang kaya ni kena fikir macam-macam, sampai kekadang langsung takde masa untuk family. 

Mungkin hati aku lagi tenang sebab takde apa nak dirisaukan. Tak risau saham naik ke turun, tak risau investment berbaloi ke tak, tak risau pulangan modal dapat ke tak. Tak risau nak compete dengan rivals, dll.

So beryukurlah dengan apa yang ada. Apa Allah bagi tu memang dah sesuai dengan keperluan hidup kau. Tak payah la nak melebih-lebih. 

Ada sorang orang kaya ni, very rich man, like very! Tapi kedekut nak mampus sebab entahla, takut duit habis ke apa entah. Pergi kedai nak lepak dengan kawan, bawa telur dari rumah. Woi kilang telur pun dia mampu beli sebenarnya.

Last-last mati. Segala harta marta dia terbelangkai ke terbengkalai gitu je sebab takde waris ke macam mana. He's not Muslim btw, so aku tak tahu la macam mana pusaka dorang. Dulu ada belajar tapi tak ingat wahahaha.

So what the purpose? Dah la kau tak enjoy kat dunia, asyik fikir nak tambah duit takut duit habis, mati pun bukan boleh bawa duit rumah bagai, hatta sebiji telur ayam pun tak boleh bawak.

And aku tengok kan, orang banyak duit ni, lagi banyak duit lagi tak cukup. Pak guard anak nak masuk 8 bini 3 pun cukup je nak hidup.

 Yang penting keberkatan hidup dan ketenangan jiwa. Orang yang banyak duit tapi hati tak tenang je akan faham money can't buy happiness.

6 comments:

  1. Setuju dengan kau.
    Pointnya di sini ialah bukan jumlah harta yang kita ada, tapi kehidupan kita dengan harta tersebut.
    Setengah orang harta sikit pun bahagia.
    Setengah orang harta berjuta tapi entahlah...
    Tapi kalau ada pilihan, aku memilih untuk jadi berharta DAN bahagia. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. keberkatan pada rezeki tu yang penting.
      sama la, siapa taknak kan? hehehe

      Delete
  2. cakap pasal harta dunia buat IQ terasa, baru kena sound dengan boss yang panggil IQ budak kampung sebab konon tak professional, tak maju ke depan...katanya lebih baik jadi housewife...poor you boss, im happy with my life btw. right? haaa..ini baru betul, perempuan kalau marah mesti nak speaking...gedix angat! awww

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak profesional atas sebab apa? pakaian ke apa? betul. Janji kerja jalan accordingly kan? sibuk je nak nilai2 orang haha

      Delete
    2. katanya kerja lembab...padahal IQ pergi site dia bukan nampak IQ dengan client macam mana bersungguh2...saje betul!

      Delete
    3. biarlah. org mcm ni satu hari nanti dia akan termalu dengan kata2 sendiri. IQ buat je kerja lillahitaála :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance