Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 1 January 2016

Welcome 2016!

The only nombor genap yang aku suka is 0. Nombor ganjil yang aku tak suka adalah 1 dan 9. Aku lahir tahun 1990. Tak, takde kena mengena dengan first and second statement pun just nak bagitau aku bersyukur Tuhan wujudkan aku kat dunia pada tahun 1990 sebab senang aku nak kira umur aku haha.

Tak sangka dah masuk 2016 woi umur aku lagi 4 bulan 9 hari 26 woi woi woi. Tak sukanya tengok nombor tu sebab genap haha. Sycho. Can I skip to 27 instead or may I stay 25 forever? 25 is such a lovely number. Dia dah la nombor ganjil malah disebut jugak sebagai suku abad, kan? Tak ke itu satu perkara yang melengkapkan jiwa? Lepas tu senang dibawak berunding jugak, nak tambah nak darab nak gandakan pun senang. Engkorang faham ke tak apa aku maksudkan ni? Lantak sana kau faham ke tak haha. 

Aku rasa aku skipped a few years la in my life. Tak rasa pun tahun tu wujud. Aku rasa aku baru grad tahun lepas padahal dah 2 tahun weh aku grad. Tahun genap ni memang tak wujud kot dalam hidup aku. Maka aku kena elak kahwin tahun 2016 supaya aku tak rasa suami aku tak wujud nanti hahaha. 

2015 takde apa apa yang menarik yang extravaganza bagi aku. Ke sebab aku takde perasaan? Haha. Tapi aku tetap bersyukur dengan setiap apa yang Allah kurniakan kat aku untuk tahun ni dan untuk setiap apa yang Allah bermurah hati kekalkan dalam hidup aku tahun ni. Ada la jugak Allah tarik beberapa perkara dalam hidup aku tahun ni but it's okay, that's life and I believe it's for best. 

Nothing much I hope for 2016. 

Aku just harap kehidupan aku dan keluarga aku makin baik berlandaskan Islam. Aku harap manusia manusia tengin makin berkurangan di muka bumi ini. Aku harap ekonomi kita semakin stabil. Aku harap orang berfikir dulu sebelum bercakap. Aku harap bumi akan usirkan manusia yang dalam diri dia penuh hasad dengki dan berjiwa pencemaran bauksit. Aku harap dunia walaupun makin tua tetapi tetap teguh ibarat makan Jus Pamoga. Aku harap Tuhan tak bosan dengan perangai kita yang selalu lupakan Dia. Aku harap semua manusia yang macam syaitan perangainya, dipijak gunung. Aku harap Malaysia tiada lagi kes culik dan buang bayi. Aku harap tiada lagi bebudak yang belum mumayiz upload gambar bercumbuan di media sosial. Aku harap manusia yang eja perkataan menggunakan nombor end up jadi programmer atau engineer. Baru kau tahu nilai huruf. 

Itu harapan yang besar as keseluruhan. 

Untuk diri sendiri; aku harap aku boleh saving untuk pergi Umrah tahun 2017. Aku harap aku boleh explore nature more. Aku harap hidup aku makin stabil. Aku harap aku jadi manusia yang sihat physically and mentally. Aku harap iman aku seteguh akar, walaupun pokoknya dicantas ia bisa mekar kembali. Aiceyy ayat. 

Tu la dia nothing much to hope aku haha. 

Banyak lagi harapan aku sebenarnya. Tapi reveal sikit dah la, yang lain I talk one to one with Allah.

InshaAllah 2016 will be better. Be good to me ya? 

Bulan Januari je aku dah ada 1 exam dan satu interview. May it be a amazing start. Pray for me. 

10 comments:

  1. Salam 2016 Nadia. Besar harapan hang kat masyarakat, dh macam menteri, hahahaha. Semoga tercapai hasrat murni hang nak kerjakan umrah tahun depan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku mmg ada niat nak gantikan menteri menteri tertentu haha

      Thankyou zyra :)

      Delete
  2. Happy new year Nad.
    Murni sungguh harapan kau semua tu, tapi kita rakyat marhaen ni kuasa waktu mengundi je. Waktu lain buat camne pun para orang atas buat bodo je...haahaha

    Aku pun rasa macam nak explore neature more jugak.
    Maybe aku kena start dengan yg dekat2 dulu, contohnya belakang rumah. Hehehe

    Happy new year :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kan. Memang harapan tinggal harapan je la tu.

      Good start cero :p jom

      Delete
  3. Selamat Tahun Baru Beronadia.. hahahaha.. tinggi betei harapan hang.. tapi aku part hang tak suka no genap.. kah kah kah.. 25 adalah nombor bertuah aku juga. Hua hua hua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tinggi kn? Sampai tak tergapai wakakaka.

      25 is lucky number fot the world. Sobss. Bye 25. Sobss

      Delete
  4. Tak lama lagi aku dapat lucky number kau. 25. Haha.. Part x suka no genap tu lawak. Disebabkan kau susah nak buat kira2 kalau ada no 1 & 9 je, terus kau x suka nombor2 ni. Nombor2 ni x bersalah weh..haha..

    Btw, terbaik harapan kau ni. Cuma yg manusia berperangai syaitan kena pijak dgn gunung tu aku rsa lg baik kalau berharap mereka berubah dan berperangai ulama'.

    Salute kat kau ada azam nk pergi umrah tahun depan. Semoga hasrat kau tercapai and happy new year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9 plg susah nak kira hahaha.

      alamak tersalah harapan pulak tu . tehee

      thank you. doakan hehe

      Delete
  5. selamat tahun baru NAd!!

    Amiin, rasa nak copy azam tu buat entry kat blog IQ...thorbaek!! eh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru too IQ. :) haha copy lah, no problem haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance