Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 13 December 2015

Persoalan dan kehidupan

I'm a literal person, sometimes blur. Aku jarang boleh baca kiasan. 

Hari tu bos aku sembang dengan aku. Dah 30minit baru aku sedar sebenarnya dia tengah meluahkan perasaan kat aku. Sebab dia banyak guna kiasan. Aku ingat dia just sesaja nak bagi nasihat, rupanya dia tengah cakap pasal satu isu tentang diri dia. Hahaha. Ampunkan saya bos. 

Dan aku selalu ada persoalan yang pelik dalam diri tapi kalau nak tanya orang mesti kena gelak sampai Wawasan 2020, sebab ada persoalan yang telah diluahkan dan digelakkan. Fine. Aku rasa aku banyak dungunya. Fine. Antara persoalannya;

Macam mana manusia buat kacang?

Sumpah aku baru tau kacang ada pokok T___T

Kenapa banjir kilat dipanggil banjir kilat? 

Sebab time hujan ada kilat ke sebab dia berlaku sepantas kilat? Orang yang aku tanya tu gelakkan aku sampai keluar air mata. Tak tahu lah tu air mata kegembiraan ke kepiluan. 

Kenapa orang sedih bila lepas basuh kereta, hari hujan?

Sebab air hujan kotor ke sebab patutnya air hujan boleh jadi as ejen pencuci kereta?

Hari ni aku habiskan baca buku Diagnosis 2. Ada cerita pasal derma organ. Fatwa negara kita kata dermakan organ lepas meninggal diharuskan. Time aku baca tu tiba-tiba aku terfikir

Kalau takde organ nanti macam mana nak bangun time akhirat nanti?

HAHAHAHAHAHAHA bodoh kan aku? 

Tu kuasa Allah Nadia! Ayooo. 

Tapi still benda tu bermain dalam fikiran aku selagi tak dapat ulasan yang jelas. Haha maafkan aku Beron. 

Diagnosis indeed a good reading material. Aku selalu adore doktor. Dulu- dulu aku ada cecita nak jadi doktor. Siap nak jadi anaest. Hahahaharapan palsu kepada diri sendiri betul. 

Dah la bengap bio, kimia, ada hati!! Haha. Lepas tu benci hospital, benci bau ubat, tak suka makanan hospital yang rasa macam straw kadang-kadang. Aku kalau dalam hospital aku tak boleh makan walaupun sebiji skittles sebab bau hospital buat aku loya. Tengok darah pun putuskan selera makan aku. Lagi ada cecita nak jadi doktor. Podaci! 

Tapi aku suka baca bab kedoktoran. Bab body system. How its functions. Just I hate the medical jargons because I couldn't understand it. Haha. Aku kagum tengok how doctor struggles to save one life even they don't have blood relation. Aku jugak kagum how doctor sacrifices his life, his time with family just to ensure his patients get the best treatments. 

Kerja doktor ni memang mulia. Tidur tak menentu, kena maki, yet still standing strong. Time aku operate apendiks ada sorang doktor Cina ni dah tak tidur 36 jam. Gila apa? Patutlah aku tak jadi doktor, tak tidur 12 jam pun dah cranky persis koala. Haha. 

So here goes my due respect to all doctors out there *bow*. Especially my dear friend, Fazlina who is currently undergo her housmanship years. I know it's not easy, no one says it's easy but when Allah put you in this path it means that you are among the chosen one. 

Doktor dengan whitecoat and stestekop sangkut kat tengkuk memang nampak wow. Sememangnya mereka patut diwowkan. *standing ovation* Suka tengok doktor kelam kabut sambil sebut all the medical jargons. Kuangja kau ni Nadia, dorang cemas kau pulak suka tengok! 

6 comments:

  1. Aku pulak pokok hujan. Dari kecik aku tercari2 pokok hujan sbb kalau hari nk hujan org akan ckp 'tudia pokok hujan'. Sampai pernah bertekak dgn nenek aku. Mana pkok hujan?? rupanya pokok hujan refer kpd awan mendung.... zzzzz

    hahaha aku tak suka doktor sbb ex aku tggl aku lepas jd doktor, hahahahahampeh betul aku. Takpelah, sakit nnt aku g jumpa bomoh, wahahahahhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah yeke? Never heard that before. Bahasa org utara ke?

      Hahahhahamemanghampeh! Takpe zyra, doktor takde, arkitek ada. Eh? Haha

      Jangan jumpa bomoh teropong sudah. Kat perak dh keluar fatwa haram haha

      Delete
  2. Naif sungguh soalan-soalan kau tu.
    Kalau bawak borak dengan aku, sure aku pun gelak sampai keras perut.

    Recently aku baru je habis bac DIAgnosis (yang #1 punya). Sebelum habis, aku rancang nak beli yg no.2 punya bila aku habis. Tapi bila habis, aku ada terbaca review orang kata sebenarnya cerita dlm DIAgnosis tu walaupun dari hasil tulisan doktor, tapi ianya hanya fiksyen. Fiksyen dari doktor tu sendiri. Bila aku tau hal tu aku terus kecewa dan tak nak beli no.2 punya...hahahahha

    Ke kalau kau baik hati kasi aku pinjam...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahampeh. nak gelak boleh, tapi bagi jwpn sekali :P

      time mula-mula baca aku confuse jugak, cerita dorang ni betul ke? lepas dikaji 2 buku, aku tahu ada yang fantasi, yg sahaja direka nak menyedapkan jalan cerita. mungkin diolah sikit dari cerita asal. yg penting, medical terms dorang betul haha. kadang-kadang realiti ada dalam fantasi hehe

      eh boleh nak pinjam, no hal! haha

      Delete
  3. Jawapan kepada soalan hang:

    1. Kacang datang dari pokok. Pokok tu datang dari kacang jugak. Maka nak bagi hang lagi pening, mana wujud dulu. Kacang ke pokok? Wkwkwkw

    2. Banjir Kilat sebab banjir tu naik mendadak. kilat juga bermaksud sesuatu yang cepat dan pantas. Juga bermaksud metal yang berkilau bersih dan cantik.Kilat juga terjadi apabila hujan. Tetapi kilat tak semestinya terjadi semasa hujan. Kilat boleh terjadi pada hari cuaca elok. Kilat adalah sejenis elektrik dan kekuatan seketul kilat boleh mencapai 1 terrawatts dalam 30 mikrosaat. Eh... kita cerita pasal banjir ke pasal kilat ni?

    3. Aku selalu kena lepas basuh kereta yang dah 3 bulan tak basuh yang dalam 3 bulan tu tak hujan pon. Tapi bila aku basuh, tak sampai sejam lepas basuh, tup tup hujan turun. Kita tak sedih sebab hujan turun, tapi kita sedih sebab air hujan akan bertakung dalam lopak yg keruh dan bila kita langgar akan terpercik kotoran dan mendapan ke dinding kereta. Sekarang ni nak tanya, hang sedih tak? Wkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. pokok. dont argue just dont haha

      2. perghh ilmu kau bab kilat tu sungguh mengilatkan jiwa. err kita cerita pasal banjir, tapi takpe aku boleh layan semua topik haha

      3. ohhhh faham2. sekarang sedih la. sebelum ni aku gembira sebab ingta hujan tolong basuh kereta, jimat duit aku haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance