Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 21 December 2015

Pasar Tani Stadium Shah Alam

Kelmarin aku ke Shah Alam, cousin bertunang. Aku tak ikut pun ke kenduri, aku lepak rumah uncle aku, tidur! Haha. You know me, aku tak suka kenduri. 

Bangun je tidur, lapar gila,terus pergi makan. Then lepak rumah cousin aku, dorang ajak pergi Jakel. Perempuan -_-. Nak ke Jakel Shah Alam tu jam hazab! Aku diam je sebab aku penat and takde mood nak shopping.

Sekali sampai Jakel, Jakel tutup! HAHAHAHA

Aku dah gembira ingat boleh balik, sekali dorang nak round-round kedai-kedai kat belakang pulak. Tapi banyak kedai dah tutup. Kedai-kedai kat Shah Alam ni memang tutup pukul 9 ke apa? Tak chill langsung haha.

Tapi beza sungguh Seksyen 7 Shah Alam sekarang berbanding tahun 2008/2009 dulu. Nasib baik time aku belajar sana, Shah Alam masih dalam kawalan keamanan jalan rayanya. Runsing aku tengok kereta banyak-banyak.

Mak banyak goda aku beli baju, tapi aku berjaya tepis dengan tangkas dan padu. Cepatlah balik, aku nak tidurrrr. Tidur je kerja kau ni Beron.

Pagi esok bangun, pakcik aku ajak pergi Pasar Tani kat Stadium Shah Alam. Woi besar gila woi pasar tani dia. Macam-macam ada jual, tu pun aku tak jalan semua, kalau jalan semua entah-entah khemah jual maruah pun ada.

Dalam tak jalan semua tu, RM200 jugak duit aku habis! Hahahaha. Aku memang tak kisah nak beli baju kat pasar ke apa, janji lawa. Plus murah, kalau tak sedap pakai, tak la ralat kan.

Dengan RM200 aku dapat tracksuits 2, baju sepasang, blouse 1, tshirt 1. Nasib baik aku tak beli kat butik semalamnya, kalau tak dapat sepasang je kot baju. 

Tapi serius murah baju kat pasar tani tu berbanding baju yang sama dekat butik-butik. Sebab semalamnya aku tengok baju yang sama kat kedai ber-aircond RM70, dekat pasar tani RM45. Maka, nikmat tuhan yang mana yang engkau dustakan?

Material sama please, sebab mak aku beli kat butik and pakai time kat pergi pasar tani tu, so aku rasa la material dia. Kah kah kah padan muka mak aku kena tipu. 

Beli tracksuit pun sedap pakai. Kain sedap. Lagi sedap dari tracksuit yang aku beli kat JJ dengan harga yang sama.

Dengan ekonomi sekarang, kita kena bijak berbelanja. Untung siapa ada adik beradik sama jantina yang size badan lebih kurang, boleh rembat dia punya (macam aku selalu buat) Hahaha.

Mak yang selalu jaga penampilan aku. Dia selalu suruh aku beli baju baru, kasut baru. Aku pulak jenis tak suka tabur duit untuk benda tu, untuk casing handphone takpe hahaha. Kekadang dia bengang, dia belikan time aku takde, tahu-tahu aku kena bayar je T___T.

Dia selalu jugak perli aku pakai tudung bawal yang harga RM5. Wahaha biarlah, janji selesa. Aku sumpah tak reti pakai shawl nak pusing sana sini, buat terjerut tengkuk aku macam pocong je.

Tudung bawal RM10, siapa cakap RM5? Haha. 
Ni cerita malam Jumaat. 4 family pergi main bowling dekat Mydin Meru, sekali full. Call Ipoh Parade pun full. Last-last pergi JJ Kinta. Langsung takde orang hahaha puas hati. JJ Kinta macam nak bankrupt dah je, kedai dah banyak tutup, orang tak ramai dah. Tapi aku suka tempat tak ramai orang ni. Kalau bina satu shopping complex untuk aku sorang je, lagi aku suka haha.

Aku tak suka main bowling. Satu sebab aku pengko, kalau bola straight je maknanya ada la tu malaikat tolong tiup, kalau tak mesti masuk longkang. Kedua, bola berat gila, hayun 3 kali pun sakit dah tangan aku, salah teknik kot. Ketiga, sebab membazir, jadahnya aku nak bayar untuk tengok bola tu masuk longkang? Baik aku pergi beli casing handphone. Heh.

12 comments:

  1. hahah tudung bawal rm5 yang paling selesa weh! aku ada jugak beli shawl. lepastu aku jd mcm org patah tengkuk, keras semacam. balik rumah habis sengal batang tengkuk aku shawl punya pasal. aku taka tahu macmana org lain boleh bertahan, hahahaha.
    aku pun fail bab bowling. so aku tak penah main. baik aku jadi penonton dari menjatukan maruah sendiri di depan khalayak, huahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kita memang takde skill aku rasa. skill shawl dengan skill bowling :P. aku rasa siapa yg pakai shawl dia gigih. setiap kali solat nak cabut nak belit balik. tapi skrg ada instant shawl, pun aku x reti pakai wahahaha

      Delete
  2. Tak habis dengan casing henfon je kau ni...hehehe

    Psal tani Shah Alam tu memang selalu jugak aku sampai. Murah pun murah, tapi kalau sampai tak kena time, parking susah oo nak cari...hehehe

    Aku minat bowling. Tapi tahun ni (2015 yg nak dekat habis ni) aku tak pernah main bowling lagi, sbb takde teman. Main bowling mana best main sorang2. Kalau ada teman boleh ejek kalau masuk longkang. Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe hobby :P

      murah kann! aku first time pergi. ye weh, semalam menapak jugak la, padahal sampai pukul 8 dah tu. nanti sesudah subuh je terus aku pergi haha.

      macam loser je main sorang2 haha. orang mcm kau la membuatkan org mcm aku taknak main :P

      Delete
  3. nad, pkul 9 malam memang kedai dekat seksyen 7 tu byk tutup, dorg bisnes smpai pku 7 atau 8 malam jer. lagi satu, ada klyes fest kat kL, tu yang byk tutup awal..kot?

    alamak nad, kalau tak boleh jmpe kat pasar tani tu. IQ lalu je la ahad tu...sbb nk g bazaar lepak kat seksyen 7. lalu stadium tengok ramai orang, macam best jer...nak prgi la lepas ni...heee...

    tdung kangaroo nad..zaman belajor dlu kerap pakai, skrg layan shawl dan instant..well, da jadi mak mak kan...lain lak feeling dia...huihuihui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke. Patutla

      Hehe pergi la lps ni. Bg Nadia best la. Makanan pun sedap2!!

      Hihi mak mak mmg sesuai pakai instant. Kene tarik pun steady lagi kan? Plus cepat and mudah hehe

      Delete
  4. ade ke tudung lima hingget? Aku dok cari tudung untuk mak aku tak pernah jumpa ponnnn... hahahaha...

    aku rasa kalau kita lawan bowling, sama-sama happy kot, sebab bola bowling masing masing sentiasa straight pergi dia, tapi straight dalam longkanglah... koh koh koh

    Aku pun suka beli casing handphone. Tapi casing handphone untuk handphone aku takde yang lelawa.. semua huduh. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada wehh. Mak kau pakai tudung jenis apa? Kalau ariani tak dapet leeee haha

      Hahaha. Org mcm kau la aku cari. Saling mentertawakan satu sama lain.

      Yeke? Takpe lps ni kau beli hp yg byk pilihan casing. Hehe

      Delete
    2. Masalahnya bero, handphone yg aku suka selalunya takde casing lelawa.. huhuhu

      Delete
    3. haha kalau gitu tak dapek den nolongnye

      Delete
  5. Punya la malas kau nak follow member kau tu. Haha.. Kelakar pulak rasa sbb aku pun kekadang rasa mcm tu. Rasa happy ingat boleh balik, tp member pulak nk round2 dulu. Hmmm...

    Dah bagus dah kau x materialistik, boleh pakai brg murah asalkan lawa, jenis x kisah pakai barang lama...tapi tetiba pulak suka tukar2 casing hp. Baru nak puji kau seorg yg jimat. Tak jadi la..wahaha...

    Kalau shopping mall utk kau sorg je x best. Lagi best kalau pergi shopping mall je jumpa org2 yg kita kenal(yg rapat n baik). Strangers xde. Haha..sbb aku pun sama rasa semak je kalau terpaksa jalan tengah org ramai. Boleh pening kepala..

    Main bowling best walaupun kadang2 aku baling masuk longkang. Tapi, xpe sbb aku selalu main dgn org yg x terror gak. So, jd fun walaupun masuk longkang je byk. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan! kadang2 pelik mana dorang dapat energy sebegitu rupa! Kaki aku dah rasa nak seret dah.

      hahaha. alah bagilah exception :P bukan mahal pun casing phone haha

      betul jgk tu. tapi aku akan bukak kalau aku rasa nak bukak. sometimes i need time alone hehe

      takpelah kau kadang-kadang masuk longkang, aku kadang-kadang je kene pin hahaha. cousin aku 9 tahun pun strike je memanjang, apa cerita? haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance