Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 31 December 2015

After a long hiatus

Lamanya rasa tak update. So it'll be a long one I guess. From last week busy sikit. Busy dengan kerja and family. Last week aku cuti 5 hari, Khamis sampai Isnin. Perghhh heaven! Bangun pagi Selasa nak pergi kerja rasa nak menangis, rasa nak campak kunci kereta dalam sungai so boleh text bos 

'Bos, saya mintak cuti lagi hari ni kunci kereta terjatuh dalam sungai Perak, nak panggil bomba settle kan mau makan sehari jugak ni'

Sebelum cuti panjang aku ada kursus dekat KL. Dekat PJ. Cop, PJ dalam Selangor ke KL? Haha. Apa2 la. Tidur kat Lisa De Inn hotel. Not bad. 2 single beds RM138 je semalam kalau guna government rate and dapat breakfast free. Time nak datang sini aku guna GPS. You have arrived, your destination is on your left, kata perempuan penipu tu sebab aku pandang kiri bukan takat bangunan, pondok pak guard pun takde! Aku tanya driver, memang aku yang dah ditutup hijab ke apa? Ke aku book hotel bunian? Gelak je dia. Dia guna GPS dia jumpa pulak. Hansap betul! Dasar perempuan gatal! Heh. 

Malam tu pergi Ikea Damansara. First time aku pergi Ikea haha. Menarik memang menarik tapi memandangkan rumah Barbie Doll pun aku tak mampu afford lagi so aku malas nak berangan banyak, sia sia hidup banyak angan angan kosong ni. Haha. 

Kat Ikea aku beli laundry bag, note book, box, and quilt. Benda aku suka dalam hidup ni; casing handphone, selimut, wallet. Karipap dia sedap, soft ice cream pun sedap. The famous meatball aku tak rasa pun sebab baru lepas makan Ayam Penyet. 

Dapat jugak jumpa Tiqah. Businesswoman paling tersohor kat wilayah PJ. Siapa nak subscribe insurans boleh deal dengan dia. Terbaik baq hang. Pernah menang anugerah apa entah. Dia yang belanja karipap dengan aiskrim. Hihi. Dia panggil karipap as 6 KEPING karipap weh hahaha. Aku gelak gila. Penjodoh bilangan pun tak betul lagi, mana lah jodoh nak datang. Hahahaha ampun sayang. 

Hari Jumaat ada family gathering. Ada buat makan makan and BBQ sikit. Petang petang main lumba lari, tuju kasut, galah panjang, bola beracun bagai dengan cousins pakcik makcik. Malam main bingo, kata nama, radio buruk, susun lidi guna lidi cucuk udang lepas BBQ haha. We had so much fun!

Isnin aku ambil cuti khas nak detim dengan Ros. Lama gila tak jumpa. Dari pagi ke petang keluar pergi JJ Klebang yang baru. Family aku tak suka sangat JJ tu tapi aku suka je sebab banyak outlets. Kerja kitorang hari tu makan makan dan makan haha. Apa lagi yang boleh menggembirakan hati perempuan selain makanan ha? Ha?

Bahana betul cuti lama lama ni. Naik kerja je dah la takde mood, sekali kerja pun menggunung. Sampai aku lupa balas message kawan aku, lepas 2 hari baru balas. Kalau dengan Mak dah boleh dikategorikan anak derhaka dah ni. 

Start minggu ni aku start duduk sorang balik, adik aku dah habis praktikal kat Hospital Ipoh bakal berpindah ke Hospital KB. Hahaha kecek kelate lah lepah ni boh. 

Tapi sebab dah biasa ada dia, tetiba takde sayu jugak hati ni. Tak sangka aku berjiwa halus rupanya haha. Selama ni ada dia aku jogging 2 rounds, takde dia aku jogging 3 rounds bagi penat lebih sikit so malam tidur awal, takdelah aku bercakap dengan cicak ataupun membunuh lipas. 

Eh dah la, banyak bunyi pulak kau ni Nadia. 


6 comments:

  1. Hahaha anugerah apa ntah tu kelakar ><

    aku suka berangan bila masuk ikea. Dan bila keluar, angan tu pun hilang bersama angin lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Aku berangan la jugak sikit sikit. Lepas tu sedar diri mampu beli selimut je, maka aku selimutkan jugak angan angan tu haha

      Delete
    2. Best la dpt cuti lama.. Aku New year pun x cuti. Kerja dah mcm apa punya byk. Haha...

      Pj tu kat Selangor rasanya. Aku pun kadang2 confuse kl & Selangor ni.

      Betul la org cakap, bila xde rindu. Masa ada bukan main lagi kau kutuk adik kau, kaki report la..apa la... Hahaha..

      Delete
    3. perghh tak cuti? kt mana kau kerja ni? new york pun cuti kau tau! haha.

      aku pun rasa selangor hehe.

      hahaha biasa la tu

      happy new year Bro Ley! :D

      Delete
  2. Aku tak pasti aku dah komen ke belom sebab aku dzh bacsa entri ni... hahahaha... tapi aku komen jugaklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha this is the first time for this entry. Tq for dropping by :p

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance