Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 5 November 2015

Setiap orang ada sisi baiknya

Aku percaya yang setiap orang ada sisi baiknya walau macam mana pun kesetanannya. Sebab ada rasa macam ni la buat aku jarang ada rasa takut dalam diri. Plus aku juga fikir, Allah kan ada.

Aku pernah hidup sorang-sorang dalam bilik dekat asrama 2 sem, aku selalu tidur sorang dalam rumah, aku pernah drive sorang pukul 1 pagi, 3 pagi. Time kat asrama aku boleh menapak sorang-sorang punya la jauh nak ke toilet pada 2/3 malam. Aku tak rasa apa kalau jalan kat parking basement sorang-sorang. Dah 2 kali orang ketuk tingkap kereta (aku rasa both were drunk time tu) aku kat tempat sunyi and aku bukak tanya dia nak apa,

Mak aku cakap aku jenis berani tak bertempat. Kawan aku merayu untuk aku letak some doubt dalam diri.

Aku bukanlah berani sangat, dan aku memang ada trust issue. Tapi aku rasa aku jenis manusia tak fikir/malas fikir bukan-bukan and to put some doubt/negativity in my mind, it'll take some time. So macam buka tingkap bila stranger ketuk itulah adalah refleksi spontan tanpa sempat aku fikir natijahnya. Dah selesai kejadian baru aku fikir 'what if' then aku akan padam 'what if'yang menakutkan tu dari minda sebab aku dah selamat dah pun. And I said Alhamdulillah.

Aku jarang fikir orang tu jahat, aku jarang fikir orang tu akan apa-apa kan aku. Aku tahu aku kena fikir macam tu sedikit sebanyak dengan keadaan dunia yang makin menakutkan ni, especially with strangers.

Aku lagi senang nak fikir yang setiap orang ada sisi baiknya lepas tengok cerita Vampire Diaries. Lol. Okay tipu, sebelum tu lagi.

Dulu aku ada baik dengan beberapa manusia yang orang kategori kan sebagai jahat, but I prefer to categorized them as nakal. Budak-budak baru nak membangun kan? Paling nakal tu sampai kena buang universiti la hahaha.

Mula-mula takde sorang perempuan pun berani tegur dia dengan muka dia yang bengis rupa nak tikam orang tu. Kebetulan meja aku bertentang dengan meja dia. Satu hari dia pandang je aku dengan muka bajet garang dia, aku lawan mata dia sambil angkat-angkat kening, then dia pandang tepi and tersenyum sikit. 

Lepas tu dia datang tegur aku, ramai pelik dia cakap dengan aku. Time cuti mesti dia message aku, dan dia adalah manusia normal, tak lah segrago yang dia pamerkan. 

Apa aku buat dengan dorang? Aku care. Sebab aku percaya orang yang  bermasalah ni selalunya sebab tak cukup kasih sayang.

Tapi dorang ni bukan ada masalah keluarga pun, masing-masing masalah perempuan *smirk faces*. Plus memang dorang nakal sejak azali lagi. Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa *nyanyi sikit*

Aku tak focus pada masalah dorang, aku try distract dorang kepada benda yang santai, dorang cakap aku kelakar, aku rasa tak pun. Tapi kadang-kadang aku try cucuk cara halus yang dorang tak patut buat macam tu or macam ni.

Kadang-kadang dorang yang selesaikan masalah aku haha. Aku paling terharu bila dorang care pasal aku sebab benda tu buat aku percaya macam mana stone pun orang tu, dalam hati dia mesti ada at least setitik sifat keperimanusiaan. Aku suka jugak bila dorang cerita masalah dorang kat aku sebab aku tahu dorang percaya kat aku and dorang tak rasa yang dorang tak dipedulikan,

Plus, aku suka kawan dengan orang gengster ni sebab besar back up aku hahaha.

As time goes by, aku dah takde masa dengan dorang. I have my own commitment now, aku lost contact dengan dorang. Ada yang aku tengok dah jadi manusia (Alhamdulillah) tapi ada yang makin menyimpang. I feel so sad for him. I miss to have conversation with him like old days. Dulu pun aku lagho jugak, nak tarik dia dekat pada Tuhan time tu, aku pun tak mampu.

So I just pray yang kawan-kawan aku yang orang dah kategori kan as rosak ni, akan jadi manusia yang makin baik.

Instead of judging and assuming why dont we ask and care?

Sebab aku dah biasa kawan dengan bad boys la kot aku tak boleh open up dengan good boys sangat hahaha.

Dengan bad boys ni senang kau maki la macam mana pun, no hard feelings. dengan good boys kau maki sikit dah merajuk, hek elehhhhhh! Haha.

As long kau manusia, takde benda lain menguasai kau (contoh: dadah, sakit mental, saka hahaha saka is a joke okay), kau masih boleh dibantu  walaupun hanya dengan sedikit kasih sayang. Love can melts your heart.

Confession: Aku pernah 2 kali tolong kawan aku buat benda 'nakal' hahaha. Ya ampunnnn!

8 comments:

  1. Comel gilak ko angkat2 kening dekat lelaki ganas.. hahaha mesti dia melting >_<

    Yup, aku setuju. Aku pun dulu sekolah selalu geng dgn budak nakal, walau aku jatuh dlm kategori ank emas sbb pelajar harapan cekunun, hahah tu yg merisaukan cikgu. Tp bg aku, itu merupakan satu imun utk aku bernakal tanpa tindakan ;p

    Betul mcm ko ckp, kwn dgn budak nakal ni kita jd free nk ckp apa pun, berbanding dgn 'budak baik' yg kita kena fikir dulu apa kita nk ckp. Aku jd tempat diorg bercerita mcmna diorg rosakkan ank dara org. Tp xpenah ambik kesempatan kt aku which im glad, it show some respect gitu hahaha malah diorg protect aku lg ada hahaha nice kan?

    Ko tolong buat benda jahat apa weh? Cer cite!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takde nya dia melting. cuba dia rasa aku berani haha

      aku x la join cara rasmi dengan geng dia, sebab aku baik dengan dia je. hehe

      rosakkan anak dara worang? wooooo. setakat aku tau kawan-kawan aku tak sampai tahap tu lagi, setakat merosakkan diri sendiri hehe. kan, bila kita baik dengan dorang memang dorang respect plus dapat protection free kakaka.

      alamak tak boleh cerita kat sini, too p&c hehe.

      Delete
  2. You're such one rare gem.
    Di kala zaman Malaysian yg ada default setting dgn menganggap orang lain semuanya ada niat jahat, kau pulak buat sebaliknya.
    Aku selaku muka rempit pecah rumah memang faham sangat keadaan bila orang yg kita tak kenal tetiba nak anggap kita jahat macam-mcam...
    Bila tahu ada lagi orang jenis macam kau, faith in humanity is restored. hehhe

    Aku nak kau kekalkan perangai kau tu, tapi rasanya orang macam kau ni Nad will break the most bila something bad really happen, so dalam masa sama aku harap kau jangan 'berani' sangat, takut2 ada yg akan ambil kesempatan.

    Nak jadi kawan kau boleh? Boleh laa boleh laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari pengalaman aku kan, yang kau kategorikan sebagai muka rempit ni la sebenarnya hati dia baik. memang dari muka nampak kasar, tapi bila kawan, syokk ooo. setia dorang pada kawan tu memang tinggi. hehe

      hmmm entah la, sebab tak pernah jadi lagi. hope takde yang ambil kesempatan atas niat baik aku. tapi kalau niat kita baik Allah lindung kan?

      Eh kita memang bukan dah kawan ke? Sejak bila nak berkawan kena mintak kebenaran? hehe :B

      Delete
  3. Eleh maksudnya lebih dari kawan lah tu.. ko ni punn kakaka

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya, Kau suka kawan dgn bad boys cuma sebab kau nak lepaskan kata2 makian je kan?? Hahahaa....

    Aku rasa bukan sbb kau boleh maki sesuka hati, kau rasa selesa berkawan dgn bad boys. Tapi, sebab kau sukakan conversation dr seorg lelaki yg x bertapis dn control macho. So, kau sendiri pun rasa bebas dan x perlu control sgt.

    Lagipun, aku rasa kau jenis org yg suka lihat someone bad berubah jd baik dgn sbb pertolongan kau. Baru la rasa puas hati kan apa yg kita inginkan tercapai?? Hehe...

    Semoga kawan2 kau yg masih terseat tu kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takde la kerja aku maki dorang je. tapi bila tak puas hati boleh cakap direct then terus settle. dengan orang baik ni karang nak fikir dia sentap lagi. zzzzz

      ye betul juga tu. senang kawan dengan orang yang jadi diri dia ni, kita pun tak fake. aku dengan siapa pun tak control, tak reti bahahaha.

      hehe siapa je tak suka tengok orang berubah jadi baik esp orang yang kita sayangg

      inshaAllah. ameen

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance