Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 10 November 2015

Seekor Asus

Aku ada membela seekor laptop berjenama Asus. Aku bela dia sejak tahun 2012 ke 2013 entah. Sejak tu 2x dia masuk hospital Asus. Satu sebab motherboard ke internal hard disk failure entah, nasib baik masih bawah warranty. Kedua sebab screen retak. Screen retak sehari selepas dia keluar dari hospital. Hahaha ampunkan tuanmu.

Sayang juga aku pada Asus ni sebab parents yang belikan. Sebelum dia, aku bela Acer. Acer tu paling aku sayang. First love is the hardest to forget haha.Ganas macam mana pun guna si Acer, dia steady je. Di akhir hayatnya je dia meletup terus tak boleh guna, aku syak sakit tua.  

Masalahnya sekarang Asus aku ni bermasalah balik. Dengan huruf M tak boleh guna secara tetibanya. Gelabah aku mula-mula tu sebab nak masuk password tak boleh, nasib baik lah Allah ilhamkan ke akal aku untuk guna on screen keyboard. So sampai sekarang nak guna huruf M je guna keyboard tu, leceh!

Lepas tu slow gila. Nak pergi format pun satu kemalasan. Ada satu vendor kat pejabat aku, handsome! Ingat nak format kat dia sekali dia dah kahwin tak jadi terus format hahaha. Nak download movie pun ya hampun lama gila sampai aku habis pantang anak kelapan pun tak siap-siap lagi gamaknya, so aku cancel kan download, tutup laptop, campak dalam bonet (baran) hahaha. 

The most thing I hate in life is waiting (any kind of it). Sebab tu aku tak tunggu bakal zauj aku, nak datang silakan pada bila-bila masa, tak kuasa aku nak menunggu hahaha. The second thing that I hate is manusia yang tak reti punctual. 

Okay back to seekor Asus. Nak browse internet pun hazab ya Robbi. Baiklah aku pergi tanam pisang dari tunggu nak bukak homepage. 

Tapi nak tengok movie okay je. Movie yang dah siap download sebab tak memerlukan internet dan huruf M haha.

Sekarang ni aku tengah berfikir nak format and baiki keyboard ke nak beli baru ke nak hidup tanpa laptop ke nak jual yang sedia ada ni gantikan dengan motorbike ke nak kahwin hahaha.

Kalau nak beli baru nak beli Macbook ke, Surface ke, HP ke, Acer ke. Asus taknak dah, tak best!

Eh second hand laptop boleh jual ke? *jeling seekor Asus*

10 comments:

  1. bila sebut huruf M aku otomatik terbayang pakcik di sekolah buta huruf dalam cerita Pendekar Bujang Lapok.

    aku setuju. Acer is a bae. dah 8 tahun aku bela seekor acer tanpa sebarang komplikasi. harap dia tak mati secara tiba2. hati ada sedikit tergoda dgn Macbook Pro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alif mim nun wa AYAM hahaha

      perghh 8 tahun! dah darjah 2 bae kau. syabas2. acer aku dulu sempat tadika je sebelum menemui ajal :(. aku tak pernah survey lagi macbook. nak pergi survey la ;p

      Delete
  2. Secara jujurnya, laptop Acer aku pun macam buat hal sikit, tapi tak terkejut sangat sebab dari 2008 kot laptop ni, so nak tanak bersabarlah hati ini...

    Tapi kalau sampai tahap taip M tak keluar, aku rasa dah kena tukar dah tu...
    Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh dari 2008. gempak tu. tapi Acer memang tahan kan, I mean model lama, model baru entah la.

      thankyou kerana support aku untuk tukar laptop bahahaha

      Delete
  3. Laptop asus memang prob sket. sabor je la...

    Macbook...idaman semua org...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? Ingat nadia sorang je alami macam tu.

      eh? kenapa eh? haha langsung tak tahu pasal macbook, saja gatai nak try

      Delete
  4. from what i understand from your story, acer cuba bertahan dari kene abuse oleh owner dia and then finally give up and commited seppuku. later asus jd pengganti acer. tp asus tak setabah acer dan cuba suicide secepat mungkin. malangnya asus kena revive by bomoh2 service center. asus cuba skali lg utk elak dr kena abuse tp owner wont let it go. org ckp what doesnt kill you makes you stronger. since asus dah mati n hidup balik not once but twice! that makes asus a very strong laptop indeed. as a last resort asus cuba utk fight back. and plan dia is.... to annoy the owner. so asus stop perkhidmatan huruf M supaya owner tak bole key in password. tp asus then realise despite the abusive behaviour the owner is actually very clever and use the onscreen keyboard. damm! yelled asus in frustation and said to itself "you can try to sell me but ill make sure nobody buys! muahaha". the end.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha amboi panjangnya jalan cerita, imaginatif :P boleh buat cerpen 'perjalanan hidup laptop-laptop Nadia' bahahaha

      Delete
  5. Kalau kibod M tak keluar huruf, daripada repair, mungkin boleh guna USB kibod jer.. cucuk USB kibod pada laptopu, so, boleh menaip tanpa menggunakan huruf M pada kibod Asus.. tak paya guna on screen kibod.. wkwkwkw

    Aku pun baru jer jadi pengguna Asus aka snsv dari Compaq Presario yang dah berkhidmat selama 7 tahun, tapi aku harap ia berkhidmat cemerlanglah dengan aku... wkwkkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ada juga yang suggest macam tu, tapi rasa leceh la. dah la usb port tinggal satu je yang berfungsi, macam mana nak cucuk external hardisk pulak kakakaka >_<

      lamanya, mesti asus yang elok sikit ni kot? hehe. semoga asus anda terus maju dan berdaya saing haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance