Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 13 November 2015

Lelaki meroyan

*Sila bayangkan aku type entry ni dengan rasa bengang dan berimaginasi nak baling seterika bentuk kepala buaya yang guna arang dekat orang tertentu. Kalau korang pernah kenal iron zaman purba  tu korang tau betapa beratnya iron tu*

Aku bukan manusia yang nak please semua orang. Aku tak kisah orang nak cakap aku apa pun. Nak cakap aku sombong? Berlagak? Silakan. Mulut puaka kau bukan hak aku. 

I don't simply take orders. I'm not waitress pun. Haha lawak tak? Ke lame? Okay lame. -_-". I don't owe anyone anything. Aku tak wajib pun nak balas text sesiapa. Suka hati aku lah, jari aku yang nak type. Kalau aku bagi bluetick pun sila bersyukur sebab aku baca, kalau tak dapat bluetick tu maknanya baca pun aku tak hingin.

Aku bukan orang yang ramah macam Mak Temah. Aku hanya comfortable within small circle aku je. 

Ada seorang hamba Allah ni aku tak faham sungguh. Dia kawan kepada makcik aku. Dan dia SUAMI ORANG. Suka nak message aku, bila aku tak reply mengadu dekat makcik aku, tanya kenapa aku tak reply aku marah dia ke, terasa ke apa. 

Woiii kau cuba bagi aku satu je sebab kenapa aku kena reply message kau? We have no mutual interest pun. Dan bagi jugak aku satu sebab kenapa aku nak tetiba meroyan marah kau ke apa? Jadahnya? TAK KUASA. 

Then makcik aku mesaage aku tanya kenapa aku tak reply, dia ada buat aku terasa ke apa. It's not makcik aku sokong dia message aku, just makcik aku nak tanya betul ke dia ada buat aku terasa. Aku reply;

Takde kepentingan Nadia nak reply message dia. 

Kenapa bila tak reply kata aku terasa? Takde sebab aku nak terasa. Aku tak reply sebab aku TAKNAK dan kau suami orang buat aku bertambah rasa annoying. Dan sekarang bertambah annoying sebab macam nak paksa paksa aku reply. Eh pergi mampus *letak arang dalam seterika*. 

Please la, manusia single message aku pun kadang-kadang aku malas nak reply, ni kan suami orang. Memang ada masa aku malas reply message semua orang yang takde kepentingan dalam hidup aku. Kalau penting je aku reply. Contohnya nak tanya macam mana nak bagi signal bila masuk simpang ke, ha ni ramai orang tak tahu.  

Janganlah suami aku nanti (kalau ada) message perempuan lain untuk mengisi masa lapang. Sini kau, hadap je aku seumur hidup kau, jom kita main sep sep sep tom tom tom. Aku fun kot (kecuali time PMS. PMS pulak ada 3 fasa; PMS itself, pre PMS dan post PMS) hahaha. 

12 comments:

  1. "eh pergi mampus". i agree. sbb kalau dia mati skrg, dia bg piece of mind to nadia, your makcik, isteri dia and maybe his kids. to nadia; no more texts from him. to makcik; no more nagging about you from him. to his wife; no more cheating husband n possibly avoid divorce. to his kids; maybe get a new father that actually love them as a family. so dia gi mampus is the best outcome hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha i didnt mean to that extend sebab rasanya family dia tak tahu and that peace of mind they still have. so it just pergi mampus from my life. hehe

      Delete
  2. Wo wo wo! Chill. Hehhe
    Tapi betul kata kau, tak ada sebab pun SUAMI ORANG nak mesej-mesej saje2 tanya kabo makan apa minum apa pakai apa ke tak pakai semua...
    Tindakan kau utk tak reply tu sangat tepat, sbb kawan aku pernah kata jangan sesekali terjebak dengan mesej suami orang sebab nanti banyak komplikasi.
    Dan aku suggest kau cakap dekat makcik kau yang kau tak nak kawan dia tu mesej kau dah.

    Hmmm..macam mna dia boleh dapat nombor kau in the first place?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku cakap dah. lama dia tak message, then muncul balik.

      oh mula-mula pasal kerja. time tu aku be professional la, lama-lama melalut pulak haa go to hell hahaha

      Delete
  3. Aku tak suka layan laki org atas sebab 'what goes around comes around' aku tanak nnt org lain pulak layan laki aku hahaha di samping aku sedikit geli dgn laki org, hehehe.

    Aku harap bakal suami kita nanti (if any) takkan pernah bosan dgn kita sampai perlu msg perempuan lain. Ahh lelaki, ada seribu satu alasan utk curang. Bini pregnant pun alasan jgk, zzzz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, sama dengan aku. bukan sedikit geli, banyak geli hohoho

      tu la. semua berpangkal pada hati. Hati Allah pegang. so mari kita berdoa dari sekarang. ayuhhh!

      Delete
  4. Hohoho. Laki org jgn dibuat main. Gatal merenyamnye tuhan je la yang tahu. Pantang nampak perempuan dahi licin sket.

    IQ pernah la kne cmni, tapi mcm IQ, dia mintak no. IQ, IQ bagi signal no jer. Umur anak sebaya kot dengan IQ oiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. signal no tu macam mana? yg ni muda la jugak lagi. lagi sian kat bini dia, baru kahwin buat hal -_-''

      Delete
  5. saya pernah alami perkara yg sama seperti awk.beza nye, bukan saya yg beri nombor,tp dia dapat melalui fail peribadi student.dia mengaku yg dia dah berkahwin dan ada anak2. solusinya, saya terus tukar nombor,

    yg saya pelik, dia rabun ke ape, cos fizikal sy agak chubby,dr pic kt fail pon boleh tahu paras sesorang, walhal fail yg lain lg cun melecun pic kawan2 saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecantikan ni subjektif, mungkin bagi dia awak paling cantik. Takde siapa pernah define agak chubby tu tak cun hehe. tapi bagus tukar nombor terus. saya ni tak la tahap rasa nak tukar nombor lagi plus sayang nombor ni :)

      Delete
  6. Mamat tu yg ada masalah. Betul la tu kau x reply dan x layan... Buat bodoh je la org nak cakap apa. Sebab aku rasa kalau kau buat benda yg betul, org nak cakap apa pun kau still puas hati dgn decision kau. So, lantak pi la kat dia tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. kita memang takkan pernah dapat puaskan hati semua orang and tak semua orang punya hati kita kena puaskan haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance