Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 8 November 2015

How to move on?

Perpisahan memang menyakitkan. Tak kisah la yang berpisah mati atau hidup. Dua-dua ada level menyakitkan tersendiri.

Berpisah hidup? You know that (s)he is still somewhere outside there. Sometimes you wonder what (s)he is doing, fine or miserable (just like you) haha. Masih ada harapan untuk (ber)terjumpa. Masih ada harapan kau tengah makan aiskrim nampak dia tolak stroller baby sambil tangan pegang tangan isteri/suami dia HAHAH. Dan masih juga ada harapan untuk bersama kembali.

Berpisah mati? Kau tau kau takkan jumpa dia dah, kau takkan dapat pegang dia dah, kau tak dapat cakap dengan dia, bergurau, bercerita, bergelak ketawa. And surely it just you who are miserable here, alone. Kau ada tanamkan harapan untuk jumpa dia di alam 'sana' nanti, tapi kau maklum it just 50/50. Tapi one thing for sure dia bukan tengah berseronok dengan pengganti kau. Kalau dia berseronok pun, dia aman sorang-sorang. Tehee.

Macam mana nak hadapi perpisahan? Macam mana nak move on?

Menjerit? Makan tak berhenti? Tidur 24 jam? Meratap? Memaki? Cari pengganti? Bunuh diri? Bunuh dia? Sihir? 

Tett. None of the above.

The best way is;

Just accept it, as the best fate of yours.

Amboi Nadia cakap senang haha. But seriously, what else you can do? It's not under you control. And for sure la it will take some (freaking) time untuk kau terima semua ni. But eventually, you will. Time will heal. Belajar sabar sikit.

Sementara masa berjalan tu janganlah kau hari-hari meratap ke belek barang-barang dia bagi ke, belek gambar ke apa. Ajar diri sendiri yang Allah knows best. Terima, distract yourself from all the memories you guys had back then. Have faith.

Untuk hadapi perpisahan hidup, aku yakinkan diri aku yang memang takde jodoh, tak berpisah sekarang, akan berpisah juga nanti. Kalau makin lama nanti, makin banyak memori tercipta, walau seketika terjalin kasih kita, mungkin di sini kita kan berpisah, kenangan bersama akan ku lupa haha. Kalau memori yang bakal tercipta tu best takpe juga kan. Kalau hampeh lagi buang masa aku woi.

Untuk hadapi perpisahan mati pulak, aku yakin yang (s)he is in better place. I keep praying for (s)he so hubungan kitorang takkan terputus. Aku percaya hanya dengan doa je yang menghubungkan kitorang. 

Fasa mula memang menyakitkan. Makin kita ajar diri kita untuk terima takdir tu, makin kita akan tenang. Jangan ajar diri untuk lupakan dia cause you won't. 

Terima bukan lupakan. Sebab lagi cuba lupakan, lagi ingat sebenarnya. 

Kalau kau boleh lupa tu either kau gila or memory loss haha.

Walaupun dah boleh terima, ada masanya akan datang rasa rindu. Bagi aku itu normal. Kita bukan rindu pada dia, kita rindu pada kenangan sebab dia yang sekarang mungkin tak sama dengan dia yang kau kenal dulu. Mungkin kalau kau kenal dia sekarang kau akan bersyukur ke hadrat Ilahi yang korang berpisah awal-awal lagi hahaha.

Everything happens for reasons. Jangan nak meroyan sangat macam kau sorang je kehilangan orang yang kau sayang :P

Everyone yang pernah hadir dalam hati kau for sure tetap akan ada kesan dia kat hati kau. Two people will never sit in same spot in your heart. Siapa yang banyak ex tu, maka besarlah hatinya haha.

Sebelum aku Maghrib ni, satu je pesan aku; jangan pernah sayang manusia melebihi sayang kau pada Allah.

Sebab banyak mana manusia tinggalkan kau pun, Allah takkan pernah tinggalkan kau selagi kau tetap berpegang pada Dia. Dan kau takkan pernah kecewa dengan Dia.

Adios kuzaimastas.

2 comments:

  1. Poin utama dia ialah masa.
    Time heals all wounds. Ecewah.
    Tapi betullah macam Nadia cakap, kalau dah tercatat kisahnya begitu, apa kuasa kita sebagai makhluk kerdil mampu buat, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess. by time we will immune with it hehe.
      betul. nampak macam pasrah sangat kan? tapi tu la some things are out of our hand to handle :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance