Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 23 November 2015

Cara renew roadtax kereta melalui MYEG

Aku baru lepas renew roadtax kereta *lap air mata guna hujung lengan baju* for the first time in my life. Aku ni manusia berdikari HAHA. Aku dah takde jalan baru aku minta tolong sesiapa, tu pun rasa bersalah walaupun ayah sendiri.

Aku memang tak reti langsung bab-bab renew roadtax ni. So I did some reading on google for sure. Semua cakap kena ada gran original, kalau ada kat bank, kena pergi sana pinjam. Aduh, leceh sungguh lah nak cuti bagai sebab bank aku buat loan dekat Taiping, aku kerja kat Ipoh.

Lepas tu ramai nasihat buat sendiri, sebab suruh agent hmm mahal and ada potensi kena kencing. Sebab aku fasa berjimat sekarang, memang gigih nak buat sendiri. Sekali hek eleh senang je, kayo sangat siapa yang guna agent tu.

Entah macam mana aku terfikir pasal MYEG.  Bagi aku senang gila renew guna MYEG ni. Tak payah nak gran original bagai. They trust us. You should trust them too hehe.

Kau bukak je laman web tu, semua dah terbentang luas kat sana. 

Mula-mula kena renew insurans. Ni je yang ada kat MYEG:

Aku pilih eTiQa kali ni, sebelum ni aku guna Allianz.  Kalau nak guna insurans lain, sila lah pergi settle kat luar, jangan gaduh-gaduh kat MYEG ni.

Time nak renew insurans senang je, kau fill in je forms, details kereta tengok dekat polisi insurans lama. Paling susah time nak bayar je hahahaha *air mata bergenang*. Ada GST okay. GST je boleh buat makan dinner nasi arab 3 orang T___T. Kalau tak pernah claim apa-apa dalam 1st year, untuk 2nd year dapat diskaun 25%. Syukur aku tak pernah accident. And moga takkan pernah, boleh dapat diskaun lebih lagi tahun depan. Tehee

Amount yang korang nak insured sebenarnya boleh ikut sukahati korang. Tapi jangan melampau insured 10k je kalau kereta baru, kalau kereta dah tinggal pintu sebelah je boleh la. Aku cek market value kereta kat sini. So aku insured based on market value tu la.

Payment boleh buat through online banking or credit card, no COD eh. Dah buat payment korang akan sampai ke satu menu untuk print segala Cover Note, receipt, tax invoice bagai. Then memang ada button terus bawak ke menu nak renew roadtax.

Nak renew roadtax kena register account dengan MYEG. Service penghantaran ada, luar Klang RM8.00. Okay la tu kan? Dia hantar depan muka kau kot sebab dia nak IC time hantar, bukan main sign macam terima surat/courier biasa je. Roadtax murah je, kereta aku la. Kalau korang pakai Porsche wassalam la haha.

Gembiranya hati dah renew roadtax, berjaya buat sendiri pulak tu *pat myself*

*cek baki akaun*

Kbye nak pergi sambung nangis belakang pintu.

6 comments:

  1. Hahaha...aku bulan depan baru kena renew.
    Tapi bila korek dompet jumpa resit je, aku pun nak nangis tekup muka dekat bantal lah...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha bulan depan lagi kuat la kau meraung :P

      marilah kita sama sama meratapi pemergian duit yang takkan kembali haha

      Delete
  2. masa first time nak renew aku mcm hang. kene pegi bank yg kemain jauh. tp bila sampai bank abang tu ckp nk bg teru sgeran dekat aku, woah leganyaa, hahah so sekrg aku dh takde masalah, opis pun dekat dgn pos opis so aku renew road tax dgn insuran kt situ je, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh baiknya abang bank! abang bank macam ni la yang diperlukan masyarakat. bukan kita boleh tukar sesuka hati nama kat gran kan yang takut sgt nak bagi.

      Delete
  3. Kenapa aku tak pernah renew roadtax sendiri lagi? Mungkinkah aku terlalu muda untuk semua ni? hahaha...
    Tak pernah ada chance utk renew roadtax sendiri lg sebab aku x pernah ada kenderaan sendiri sebelum ni. Ni, lepas dah kerja ni, dah guna kereta, maybe aku kena renew sendiri la nanti sbb sebelum ni org lain yg renew. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe aku pun 1st time ni. aku pun muda lagi! Hahaha nak jugakk :P

      senang je jangan risau. tak tau boleh tanya aku *berlagak* hahahaha :P

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance