Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 13 November 2015

Cafe Port & Co, Ipoh.

Semalam aku dengan kawan-kawan pergi lepak dekat cafe ni. First time aku pergi. Sebab aku dungu ya amat bab jalan, kitorang kumpul kat office kawan aku sebelum gerak sama-sama.

Kalau korang tau Ipoh, cafe ni located depan Taman Kanak-kanak dekat dengan Kamdar, pekan Ipoh lama. Aku tak pasti nama tempat tu memang Taman Kanak-kanak  ke apa, sebab tak silap aku banyak taman kanak-kanak kat sekitar Ipoh ni. Dan aku juga tak pasti betul ke nama tempat tu Pekan Ipoh lama hahaha. Maafkan hamba yang penuh dengan khilaf :P

Apa kata korang guna GPS je cari? Kan lebih mudah hehe. Tapi situ susah parking sikit sebab betul-betul tepi jalan raya besar. Kedai tingkat 2, berdekatan dengan 7e, tingkat bawah ada kedai gunting rambut dengan cafe Pak Long. Ada tangga depan kedai. Sila jangan pergi kedai ni pakai kain :P

Aku order Spaghetti Bolognese, kawan aku order Spaghetti Meatball dengan Nasi Butter Chicken. Sedapppp! Berbaloi dengan harga. Harga standard la, spaghetti aku RM9.90. Kawan aku order air apple celery pun sedap. Tapi serius butter chicken dia sedap. Lepas ni nak repeat. Kena guna GPS la gamaknya lepas ni, semalam pergi ada kawan penunjuk ke jalan yang benar haha


Spaghetti Bolognese

Sini konsepnya cafe and galeri. So ada jual lukisan. Aku tengok harga 1.5k pun ada. Macam lukisan aku conteng time meeting je haha. I'm not an art person. Aku rasa lukisan tu buruk haha. Buruk tu la art kan? So I''m not a piece of art hahaha.

Ni konsep meja dan kerusi dia. Kerusi dia pendek please, seksa setiap kali nak minum kena angkat cawan ke mulut. Orang pendek tak sesuai nak duduk kat sini.


Tangga dan aku. Tangga berpusing, pening aku nak naik. Orang gemuk tak muat aku rasa tangga ni.

Cafe ni diskriminasi pada orang pendek dan gemuk. :P Tapi kalau aku pendek pun aku boleh bersila atas meja, apa ada hal!

Sebelum balik baru ada band nak masuk buat perfomance. Lambat sangat tunggu, kitorang tengok trailer cerita Tamil then bla. Haha

2 comments:

  1. Trend kafe gaya hipsturrr macam ni macam makin banyak kan sekarang?
    Aku pernah pergi sekali je dekat Shah Alam dulu, tapi makanan dia macam biasa-biasa je.
    Tapi nengok gambar kau ni, makanan dia macam ooooiiii meleleh amylase liur gwaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. kat Ipoh bersepahhh. aah ada yang indah khabar dari rupa. tapi yg ni, menu yang aku bagitau kat atas sedap la, menu lain tak berani cakap sebab tak rasa lagi.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance