Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 21 November 2015

Apa entah masalah seorang Beron ni?

Aku rasa aku dah makin tua la. Bukan rasa Beron, memang kau makin tua, takde siapa dalam dunia ni yang makin muda haha. 

Aku sekarang cepat bosan and no fun. Sebab takde life selain kerja and family ke macam mana?

Aku perasan sekarang ni aku MALAS GILA-GILA nak bertexting dengan orang unless my favourite girlfriends hewhewhew. Group whatsapp lagi la aku pandang sepi. Padahal aku bukan ada benda lain yang berpekdah pun nak buat. Tapi aku lagi rasa tenang pandang kosong siling rumah dari  berbalas message dengan orang. Haha. 

Ni bukan masalah orang yang message aku tu, tapi masalah aku sendiri. I dont know what is wrong with my inner me while on the outside I look fantastic as always hahaha. 

I dont bother to ask back whatever (s)he asking me. Contoh dia tanya;

Kau sihat?

Sihat. 

Dah makan?

Dah. 

Dan cengkerik pun mula menyanyi kan lagu irama syahdu. Haha. 

Dan aku jarang gila reply bila orang text aku just bagi penyataan bukan pertanyaan. Contoh:

Assalam. Selamat pagi. Salam Jumaat. Have a nice day. 

Memang sampai sudah aku tak jawab. Paling tidak pun aku bagi emoji thumb's up. Haha. 

Ada yang bagi salam tapi aku tak jawab then cakap dosa tak jawab salam. Aku balas la jugak, aku cakap salam yang tak dilafaz tak wajib jawab. Diam terus dia haha. 

Yang message guna shortforms yang bukan-bukan and guna words yang tak wujud dalam kamus dewan lagi la annoying. 

Ucuk, anje, mamam, pale, otak, lu

Aku takde masa tahu nak layan benda-benda macam ni. Kalau ada benda penting nak cakap terus je cakap. Aku adalah manusia straight forward and direct takde kona kona. Cakap berbelit ni dah la aku tak faham, buang masa pulak tu. 

Maaf lah kepada sesiapa yang message aku tapi aku bagi bluetick or tak baca langsung. Sejak dua menjak ni berbalas message ain't my thing. Belum sampai musim lagi kot. Haha. I'm really not in mood untuk sembang-sembang kosong. Aku rasa aku dah mula develop jadi manusia yang bervisi dan matang la haha. 

Dulu aku tak suka call orang. Sekarang mula tak suka text dengan orang. Apa masalah kau Bairon? You are weird. 

Hari tu mak tanya aku pasal 'kawan'. Aku cakap tak sebab aku malas nak layan message2 ni, rimas, kalau fun tak pe jugak, ni boring! Hahaha. Lepas tu mak cakap

Ha lepas ni tak payah kenal kenal, kahwin je terus. 

Amboi, marah ke perli tu? Hahaha. 

Sekarang ni aku lagi prefer cakap depan-depan kot. Dah bukan umur aku nak main-main balas message ni. Not 24/7. Sekali sekala boleh la. Nak cakap apa duh message tak berhenti-henti ni?

Aku perasan aku malas message orang bila dia message aku nak taknak reply tapi bila jumpa depan depan seronok je aku bersembang dengan dia. Mesti dia pelik. Dalam whatsapp dingin nak mampus, dah jumpa tak berhenti bercakap. Gila apa perempuan ni haha. 

Kadang-kadang aku tak balas sebab aku malas nak type hahaha. Kronik tak tahap kemalasan aku? Tapi nak guna voice note pun aku taknak. Devices bukan best medium of communication untuk aku kot. 

Kadang kadang nak jumpa orang pun aku malas. Aku lagi suka cakap sorang sorang macam sekarang ni kot.  Omaigod anti sosial and psycho sangat dah ni. Hahaha lantok situ, mereputlah kau sorang-sorang. 

4 comments:

  1. Sama! Sy rasa range umur mcm kita ni 25-26 n what so ever ni mmg dh rasa bosan nk text2 tnpa sebab. N i did ask someone about this. N dia ckp. U should married. Confirm xde bosan2 boring2 bagai nih.haha. betol la kot knn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kann. bagus ada geng, ingat sycho sorang2 ;p. eh? hmm maybe la. tak berani nak bagi kepastian sebab takde pengalaman haha

      Delete
  2. Memang betul ke salam yg x dilafaz x wajib jawab?
    Aku rasa aku macam kau, tapi aku x sycho la. haha... Aku pun memang malas sikit nak balas text ni, lagi2 dalam group. Aku silent reader je selalu. Tapi kalau direct message mcm x patut pulak x reply. Sbb member2 lelaki je yg whatsapp/text tu dan biasanya ada sebab.

    Tapi kalau mcm kau ni, aku rasa dah ramai sgt kau kenal sampai dah bosan nak text2 ni. Lagi2 dengan lelaki kan? Btw, aku rasa mak kau cakap betul la.... Kahwin je terus tak payah kenal2...kenal2 pun kau bosan jugak, so kau kena take risk kahwin terus baru x bosan. wahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. aku pernah baca. even kalau aku cakap kat kau 'weh JLo kirim salam' kau tak wajib jawab. kalau aku cakap 'JLO sampaikan Assalamualaikum wth kat kau' baru kau kena jwb hehe. kalau ada sebab laki ke perempuan ke memang aku reply. ada yg tetiba HI je memang ada aku tak reply wahaha.

      hahaha macam mana nak elak bosan eh? orang yang tu yang bosan ke aku yang bosan? hahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance