Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 21 October 2015

Team Bulding @ Felda Residence, Sungkai.

Sebenarnya takde mood nak buat entry ni sebab banyak busy tapi paksa diri jugak sebab nanti mesti makin kabur precious moment ni.

16 Oktober 2015
Lepas baca Yassin kat office, mohon urusan kami dipermudahkan dan perjalanan pergi balik selamat, kitorang bertolak dari Ipoh ke Sungkai untuk team building. 

sementara tunggu yang laki solat Jumaat.

Singgah lunch dekat satu kedai nasi dalam buluh. Location kedai tu tepi jalan je lepas masuk simpang nak ke arah Felda Residence. Sedappp. Reccomended. Aku makan ayam bunian dia, perghh, memang lain macam sedapnya, aku syak betul la bunian yang masak. 


Then sampai lah Felda Residence. The view was so calming. Sangat sesuai untuk sesiapa yang nak cari ketenangan, kalau nak cari gaduh elok jangan pergi sebab nanti tak jadi gaduh sebab ketenangan jiwa yang diperoleh sebaik saja menjejakkan kaki ke hotel dalam ladang kelapa sawit. Ewoh over.

Harga sebilik aku tak sempat google, sebab aku pergi pejabat bayar. Bila free memang lagi lah bertambah tenang duduk sana haha. Bilik sangat selesa. Tapi line Celcom kejap ada kejap takde. Line YES langsung takde! Mengharapkan ehsan wifi hotel je. Tapi elok pun, banyak la masa nak nikmati pemandangan, kalau tak mesti update instagram tunggu likes je :p

Ni je sempat snap sebelum solat and bersiap untuk attend class. 


Nampak tak betapa seriusnya muka aku haha

Nasib baik penceramah kelakar so takde lah bosan sangat. Aku selalu kene attack sebab duduk depan sekali. Biasalah aku memang semangat bab-bab belajar ni (kena paksa dengan boss duduk depan)

Habis je kelas terus salin baju nak pergi Hotspring Sungkai. Walkable dari hotel, ada jalan belakang. Time kitorang pergi dah pukul 6, takde orang luar. Memang enjoy la buat kolam macam kitorang punya walaupun warna air dah berkeledak kah kah kah. Aku mandi air sejuk, tak suka air panas. 

Malam sambung kelas macam biasa. Sebelum balik bilik kitorang buat game sikit. Enjoy gila sebab group aku menang! Salah satu kemenangan sebab tangan aku hahaha riak. Then balik tidur. 

confuse sangat dah tu rupanya :P

17.10.2015

Bangun pepagi konon dah janji dengan officemates nak jogging and terjun kolam. Hmm haram. Aku dah siap pun, intai luar sorang pun takde plus hujan renyai. Terus pergi breakfast, sebelum kelas sempat celup kaki dalam kolam air panas. Panas gila oi pagi-pagi. Terus aku jerit 'Tak boleh jadi, tak boleh jadi, kena buat baik ni, so tak payah masuk neraka' Officemates aku gelak sakan aku cakap camtu. Baru kau tau! Air baru 45 degrees celcius kot kau dah terkinja-kinja!

Lepas tu ada last kelas. Kelas ni lebih kepada motivation. Macam biasa, time dengar insap, keluar dewan je nampak karipap lupa terus motivasi. Kahkahkah

with the motivator

Lepas tu naik lori nak pergi buat bamboo rafting. Time tu hujan tapi tak la lebat sangat, tengok air sungai boleh tahan deras, kecut jugak perut aku sebab lately kan ramai meninggal dunia sebab lemas. Pun kumpulan aku menang. I think I was born to be a winner la hahaha. Jangan riak Nadia! Enjoy sangat walaupun mula-mula cuak. Celup je kaki dalam air, seronok terus. Aku memang hantu air, muka je cantik sikit dari hantu hahaha


Tekun dengar cara nak buat bamboo rafting. Yang peliknya tak pakai bamboo pun, pakai PVC. PVC rafting la patutnya!

Ye ye je aku tu, nasib baik tak terbarai dalam air haha. Walaupun dulu tak masuk pengakap, ikatan aku kukuh juga, bagai ikatan persahabatan kita. Tibahhhhh haha

My team sebelum berlepas. Tengok kederasan air masing-masing mulut kumat kamit baca doa kikiki

Ni baru nak bertolak. sakit punggung weh duduk atas palang tu. Lepas adjust duduk atas pelampung baru okay

Kumpulan 1st sampai. 30min perjalanan. Perjalanan? Pendayungan kot.

Officemates. We had so much fun :D

Nak ke sini and balik ke hotel balik naik lori, dah rupa PATI dah sumbat ramai-ramai belakang lori haha. Sampai je hotel terus pergi lunch and pergi Hotspring waterpark pulak mandi manda sampai pukul 3.

Balik bilik siap-siap, terus checkout nak balik. Sumpah penat but worth it. Hope we can repeat it again and again ;D

6 comments:

  1. Haha..kental kau nad duduk depan muka penceramah...haha..

    Menarik gak team Building kau ni ada macam2 games ni... Yg pvc rafting tu mcm best pulak aku tgk. Macam main amazing race pulak buat aktiviti2 camni. Teringat main amazing race dgn member kt U dulu. Huhu..

    Yang part "tak boleh jadi ni, tak boleh jadi ni, kena buat baik, so tak payah masuk neraka" kalau aku dengar aku pun gelak...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene paksa oi haha

      Best wehh. U should try. Dia ada bg 3 games, jungle tracking, this one dengan amazing race hehe

      Haha gelak pulak, betul la huhu

      Delete
  2. emmm game straw tu jawapan dia 6! kan?

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance