Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 5 October 2015

Pulau Redang #2

4.10.2015

Hari last memang hari balik aku je. Pukul 6 aku bangun dah nak siap kejar ferry pukul 7 pagi. Aku balik sorang, kawan-kawan aku balik lewat sikit sebab dorang takde apa nak dikejarkan. Aku sampai jeti Shahbandar pukul 8.30 gitu, sampai station bus pukul 8.45 pagi.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, aku beli tiket memang bas ada tunggu. Nasib baik tak jalan lagi, kalau tak next bas malam. Gila. Sia-sia je aku keluar awal kalau naik bas malam. Tapi ralat tak sempat beli satu pun souvenir, keropok lekor pun tak sempat makan :( Dalam pukul 4 aku sampai Kuala Kangsar.

Berakhirlah percutian pendek aku. I cannot move on. Sedih bangun pagi tadi tak dengar bunyi ombak hahaha. Over! Tapi serius lah, aku rindu Redang, rindu hidup tanpa komitmen kakaka. Kat kasut aku ada pasir Redang lagi, rasa nak simpan dalam botol haha.

Terus nak plan next trip, rindu punya pasal

Review Redang Lagoon Chalet

Aku datang sini ambil pakej. Pakej included ferry pergi balik, penginapan bilik air cond, snorkeling trips, makan all included. Pakej aku RM280 tak termasuk GST. Makanan not bad, sedap la jugak. Bilik pun memadai dengan apa yang kau bayar, plus kau bukan duduk dalam bilik sangat pun, masuk nak mandi, salin baju dengan tidur je. Tapi aku rasa no harm kot kalau pihak pengurusan letak satu meja kecil dalam bilik and tempat nak sangkut baju. Almari takde pun takpe.

Chalet memang berdepan laut, banyak gazebo nak lepak, banyak hammock. Aku terlelap jugak la dekat hammock tu layan angin punya pasal hehe. Memang cantik la duduk luar, tenang je plus banyak pokok-pokok so redup.

Pengurusan memang orang Islam, so takdelah sesi melalak karaoke ke apa. Siap pagi-pagi owner ajar pekerja dia mengaji lagi hahahamek kau. So dari segi makanan pun sahih la halal dia, inshaAllah.

Time kitorang bangun pagi Sabtu, baru kitorang perasan yang malam tu kitorang tidur tak kunci pintu siap kunci kat luar bilik! Kahhhhhhh! Reckless masing-masing. Nasib baik tak terjadi perkara yang tak sepatutnya. Sedar pun bila pagi ada sorang laki bilik sebelah ketuk pintu bagitau kunci kat luar *tepuk dahi*. Ni kalau parents aku tau, sumpah tak lepas ke mana-mana dah haha.

Bajet

Pakej = RM280.00 + RM16.80 (GST)
Tiket Bas = RM55.00 (Ipoh-KT) + RM63.70 (KT-Ipoh)
Taxi ke jetty = RM10 satu teksi x2 (pergi balik)         
Sewa equipment snorkeling untuk 2 hari = RM20
Tiket masuk Marine Park= RM5
Lain-lain= RM15

Total = RM469.00 tunai.

6 comments:

  1. Aku cukup dengki dgn orang yang pergi bercuti dan post entry dlm blog camni...
    ...sebab aku pun nak pergi bercuti jugak!!! hhhuuuuuwaaaaaaaa T0T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha pergila bercuti. Spend some time for yourself. It's worth it :)

      Delete
  2. huwaaa jeles betul aku ini. bila entah nah pergi bercuti. selalu aku g dgn famili je, yelah aku ni mana ada kawan, huahahah :3

    ReplyDelete
  3. Sempat jugak kau kan g bercuti weekend. Btw, kau rasa berbaloi x spend rm400++ pergi sini? Ke tempat lain lg best?

    Kalau dpt bercuti seminggu pergi tempat camni best...baru puas nk snorkelling. Tp..tu la...ntah bilanya dpt bercuti seminggu pergi pulau ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempatkan jugak. release stress hehe. bagi aku berbaloi! dah balik terus rindu, berbaloi la kan? tempat lain tu maksud kau apa? kalau bab bercuti, pulau je aim aku.

      yee, kalau dpt 5 hari pun jadi, 3 hari x puas,

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance