Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 5 October 2015

Pulau Redang #1

2.10.2015

Aku dengan Syafikah sampai Kuala Terengganu pukul 5.00 pagi by bus Ekspress Kesatuan dari Ipoh.  First time aku rasa pergi Terengganu dekat sebab bas gerak je aku terus tidur, bas sampai Terengganu baru aku terjaga balik, lena sungguh haha. Then Aina sampai dari Seremban. Lepas tu pergi surau and breakfast. Breakfast kat station bus Terengganu tak sedap, mungkin sebab weekend tak banyak kedai bukak, tu je ada. Then naik taxi pergi Jeti Shahbandar walaupun jarak 1km je tapi semput oi beg berat, bawa barang macam nak jadi penduduk Redang. Korang kalau nak ambil taxi sebelum naik tanya dulu berapa ringgit. Ada yang mahal ada yang murah. 

Kat jetty ramai gila umat manusia, dari celah mana entah datang. Rombongan besar-besar pulak tu, kami je sendu bertiga haha. Korang kalau nak datang cari la weekdays. Plus kitorang datang dah hujung sangat, next 2 weeks pulau tutup dah.

Ferry sampai dalam 9 lebih. Dekat sejam lebih jugak nak sampai Redang. Aku ambil pakej dengan Redang Lagoon Chalet. Sampai Redang akan ada satu boat ambil untuk transfer ke pantai sebab situ takde jeti. 

Sampai terus check in. Lunch and 2.30 pergi snorkeling. Balik snorkeling satu point ada hitea. Lepas tu kitorang terjun laut balik, dah senja baru nak mandi semua. Malam tu ada BBQ. Kene masak sendiri you olls. Penat tunggu turn bila group besar conquer. Nasib baik sebelum makan ada budak kolej datang buat survey kat kitorang, so time BBQ dia tolong bakarkan binatang-binatang kitorang hehe. Then lepak tepi pantai kejap terus tidur. Penat oi.




3.10.2015

Hari ni snorkeling 2 checkpoints. Satu kat Marine Park, satu lagi entah kat mana dorang campak kitorang. Serius kitorang enjoy gila second day ni. Ada sorang beachboy ni memang layan kitorang je sebab kesian tengok agaknya bertiga je, orang lain bukan main datang dengan group besar bergurau senda sesama sendiri. Dia bawa pergi menyelam dekat area yang banyak ikan. Lepas tu dia paksa aku pegang belut laut weh. Aaaaa sumpah geli gilaaaa. 3 kali aku kena paksa. Yang last tu aku dah nak larikan diri sekali ada sorang laki tolak aku, bangang! Haha. Sebab dalam air aku tak berapa cam muka dia. Kalau aku tau siapa memang aku benamkan muka dia kat lubang belut laut tu menyorok. 

Lepas lunch dekat chalet, pergi second checkpoint pulak. Yang ni tak banyak ikan, banyak coral. Aku syak ikan kat sana dah jemu makan roti la. Lepas ni pergi snorkeling aku nak bawa pizza haha. 2nd checkpoint paling best sebab beachboy benamkan kitorang dalam laut untuk dapat shot yang cantik. Yela kalau tak benamkan sampai sudah terapung sebab pakai life jacket.




Cantik ke tidok? Subhanallah sangat kan. Tapi kalau ikutkan kehidupan bawah laut, bagi aku Perhentian lagi cantik. Ni shot guna SJ camera je, tu pun Aina punya haha. Tunggu lah aku kumpul duit beli gopro hehe. Beachboy yang tolong tangkapkan gambar-gambar ni, hakak tak mampu dive sedalam ni diknon oi. Beachboys Redang aku syak bernafas guna insang. Steady je weh sehelai spinggang dive punya lama, impress aku.

Dah balik pergi hitea and terjun balik dalam laut. Air kat Redang memang crystal clear, rasa mandi dalam swimming pool. Memang puas la kitorang mandi. Siap buat gimrama dalam air kah kah kah.

Lepas tu panjat bukit sikit, tengok view dari atas. Fuhh breathtaking.

Gigih panjat dengan berkaki ayam. Dari atas ni nampak baby shark. Comel rasa nak awetkan buat bantal peluk haha.

Lepas dinner lepak tepi pantai kejap then dah start sedih sebab nak balik dah! Huaaaa. Dah la mintak cuti hari ni tak lulus sebab ada 2 meetings penting. Sekali satu meeting postpone esok. Cisiyaa! Haha

Nanti aku sambung pasal bajet dengan review chalet.

2 comments:

  1. Wah..ada gak rupanya beachboy yg tolong benamkan, aku masa snorkelling kt Tioman dulu xde pun org nk tolong benamkan...duk je la kat atas tu terapung...

    Dah la terapung kt atas, nk nampak coral yg cantik2 pun x puas...dah la aku rabun pulak tu...haha..kau kan rabun gak, kau pakai google ada power ke? Eh, betul ke aku eja google ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kau tak mintak kot? kitorang minta tlg tgkp gambar, tlg benamkan idea dia hehe.

      haha aku pakai goggle ada power bro. tapi tak lama la boleh bernafas dalam air sebab tak pakai serombong tu hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance