Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 13 October 2015

Polis Evo

Semalam lepas kerja, aku pergi tengok Polis Evo dekat GSC Ipoh Parade dengan adik aku. Aku jarang gila tengok wayang cerita Melayu, boleh kira dengan jari. Tapi sebab ramai sangat cakap best, aku pun pilihlah Polis Evo over Hotel Transylvania.

Kenapa eh tiket GSC murah berbanding TGV. Kalau nak ikutkan keselesaan GSC Ipoh Parade dengan TGV JJ Kinta, aku rasa GSC lagi selesa and more murah tiket dia. Beza tiket boleh beli popcorn. Just GSC nak ke panggung tu jalan jauh sikit la, apa ade hal, kata nak lahirkan rakyat yang fit bahaha.

Aku jarang tengok cerita Melayu, wayang ke TV ke memang jarang. Kebanyakan plot cerita-cerita Melayu dari zaman aku darjah 5 sampai dah 25, sama je. Takde kemajuan. Heh

Polis Evo ni jalan cerita dia more or less takde kelainan dengan cerita pengedaran dadah yang lain. Tapi bagi aku actions dia boleh bagi extra marks kat situ. Tak tahulah sebab tengok kat wayang, effect bunyi tu buat actions tu lagi gempak ke apa, but they deserve to get extra credit on that. 

Shaheizy Sam handsome gila dalam tu. Dengan gaya dia as Inspektor, cara dia beraksi, perghh. 

Zizan memang kelakar. Cerita ni 3/5 kelakar.

Sepanjang cerita cakap bahasa Terengganu, tapi ada subtitle, dont worry. 

Walaupun cerita ni tak tinggalkan kesan mendalam dalam sanubari lepas keluar wayang, but yeahh big applause to the team for a good work!





8 comments:

  1. Cerita pasal cerita filem melayu, aku pon jarang layan sebab....hmmm....tak berbaloi dgn tiket.
    But entah kenapa baru minggu lepas aku buang tebiat pegi layan filem Rembat dekat wayang...
    Nasib baik laa orang yang belanja...hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kann! Tunggu raya je mesti ada tayang. Lol. So rembat worth the money tak?

      Delete
  2. Ramai org ckp polis evo best..aku ingat nak g tgk td sbb cuti. Tapi disebabkan aku malas +xde kawan + aku cheapskate, malas nk keluar duit, aku layan cite arrow je td. Hahahahaha...Best giler, hero dia misteri mcm aku.wahahaha..

    Kira polis evo ni best jugak la ye, kau bole bg 3/5 utk lawak dia. Nt la aku tgk, tgu org downloadkan.hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. arrow cerita genre apa? Haha

      kau kene tahu satu benda, aku ni mudah terhibur. so 3/5 aku bg org normal mungkin 1/5 je bahahaha.

      Delete
  3. hahaha filem melayu yg last aku tonton dekat wayang adalah Merong Mahawangsa, hahahah
    polis evo ni aku tak teringin nak tengok sebab:
    1) aku tak minat s.sam
    2) aku tak suka zizan
    3) aku tak suka dialek pantai timo

    hahahah racis tak aku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh yang cerita KRU tu eh? aku tak ingat aku tengok ke tak cerita tu haha.

      agakla racist utk sebab ke-3 haha. aku pulak tetiba suka sam bila tgk cerita tu. zizan aku so so je. aku suka dialek pantai timur! hahaha

      Delete
  4. IQ xprlukan subtitle, IQ mmg org ganu. Hehehe...

    Mcm best. Tggu kuar kt astro je. Tgk astro, xleh g wyang...huhu

    ReplyDelete
  5. Ohh kalau camtu lagi feel la tgk hehe. Ada kot, mesti kuar astro first nnt. Tungguuu hehe

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance