Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 4 September 2015

Rambling mambling

Aku punya menstrual cycle kali ni memang chaos. Tak tahu la kenapa. Stress ke? Kalau stress sebab apa? Memang kacau bilau mood aku bagai. Dengan hari-hari sengugut nya, nasib baik light je.

Semalam aku keluar malam sorang, nak cari tshirt kelabu sebab aku kena bertugas and kena pakai tshirt kelabu pffft.

Dah sampai mall, Muhammad called aku, nak ajak dinner tapi tak jadi sebab kawan dia datang. Dah tak jadi kenapa call, tak faham sungguh sebab bukan dah rancang awal-awal ke apa. Pelik sungguh la Muhammad sorang ni haha.

Oh btw, bapa aku berkenan kat Muhammad ni. Aku pun cakap le ke parent aku 'Woooo kalau kahwin dengan Muhammad, Nadia rasa macam sumbang mahram'. Mak aku gelak gila aku cakap macam tu. Yela, aku anggap dia dah macam adik beradik aku je.

'Kau kat mana ni?'
'GM'
'Dengan siapa?'
'Sorang la'
'Hahaha kental gila'

Aku pelik bila orang pelik aku keluar sorang, boleh tengok wayang sorang. What's wrong with that? I find it's calming to wander around alone. Dah la semalam hati aku libang libu, so I just need myself. 

Lepas dah beli baju, aku pergi Padang Polo. Tapi aku tak keluar pun sebab hujan. First time aku pergi Padang Polo, mati rupanya Padang Polo time malam, aku ingat meriah. Aku lepak dalam kereta, try cari ketenangan, pasang lagu kuat-kuat. But I didn't find any. I don't know what's wrong with my heart lately, just please tell me heart. 

And now, pun aku rasa hati aku berat. Entah kenapa. Erghhh. Aku perlu bercuti aku rasa. Hehehe (tu je sebenarnya kan? Kan?)

Hari ni aku pakai pakaian sukan ke office. Lepas tu ramai staffs tanya 'Siapa bawa anak datang office ni?' Rupanya dorang ingat sneakers aku budak-budak punya T__T. Okay lah, got to go. Kena bertugas jaga kontigen main bowling. -_-'' 

Salam Jumaat. Semoga mendapat Jumaat yang berkat dan ketenangan hati yawwww!

6 comments:

  1. Kental sangat pergi memaner sorang2...awak perempuan...kena berteman..*ayat cliche sgt~ XD

    ReplyDelete
  2. Hahaha.
    Aku pun suka keluar sorang2 tengok orang.
    Kekadang saje je pergi tmpat ramai orang dan cari port hujung2 semata2 nak tengok gelagat orang.
    Aku rasa kau perlu bercuti (macam kau kata), you know, reset segala serabut yg ada dlm kepala.

    So, apa result main bowling? Banyak jatuh pin ke banyak jatuh longkang? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan. Aku pun suka tgk gelagat org. Yes kalau btl blh reset or format, i'd like to do that. Huhu.

      Haha aku l.o je td. Melantak je haha

      Delete
  3. Haha...lawak entri kau ni.
    Aku pun pelik kalau orang tgk aku pelik keluar sorang, makan sorang. Kadang2 aku rasa aku perlu buat hal sorang2. Rasa tenang je. Nak pergi mana, ikut suka aku. Tak payah nak berbalah2 dgn member2 nak pergi sana-sini. Sebab aku xde member. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha setuju. Ada masa mmg suka merayau sorg sorg tak payah nak fikir hal org lain haha. Tp ada ms mmg nk berteman iaitu time lepak hehe.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance