Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 21 September 2015

Integriti

I've been busy, again. Eloklah aku busy pun dari aku terbayang Abang Man terbaring dalam kubur. Aku sedia maklum yang rohnya tidak lagi bersama jasad yang telah dikambus tanah itu. 

Tengah seronok berehat ye Abang Man? Yelah rehat lah. You have been through a lot of pain. Hari tu Nadia tanya khabar Kak Yan, Alhamdulillah Kak Yan dengan anak-anak redho. Nanti Kak Yan ajak Nadia jumpa lepas dia dah habis edah. Haha jangan risau, mana ada nak mengumpat Abang Man, janji!

Minggu ni boss aku cuti panjang so mandat dia ke aku pun panjang. 

'Nadia, next week Dato' ada wawancara dengan station bla bla bla pasal integriti. Awak tolong buat soalan and jawapan sekali, bajet untuk 30minit punya wawancara. Ni surat dari dorang, semua details ada kat situ'

Hati aku berkata, 'Wawancara padia dah siap planted Q&A'. Tapi kepala aku mengangguk. Hati dengan otak aku memang bagai anjing dan kucing, jarang seirama, ape ntah lagi nak jadi bagai aur dan tebing, bagai isi dan kuku jauh sekali. 

Aku masuk bilik aku, henyak badan ke kerusi dengan otak yang serabut

'Binatang apa integriti ni?'

Dari aku zaman sekolah orang duk laung sana sini pasal integriti, aku tak pernah ambil port. Kalau integriti tu terletak dalam ice box mat kool mat kool kawan ku mari kita ikut mat kool main main selalu syoknya syoknya ada mat kool jom kita pergi, mau jugak aku ambil integriti tersebut dan bayar di kaunter lalu menikmatinya. 

Ni dah la nama tak sedap, nak harap jumpa sebelah karipap pun takde. So terpaksa la aku menggunakan hikmat keyboard sakti dan pakcik google. Mujur jumpa. 

Lalu aku pun gigih la dengan seorang rakan perah otak mereka soalan yang berasaskan integriti yang aku faham-faham ayam konsepnya. 

Pagi tadi aku gigih siapkan 9 jawapan dengan penuh to'maninah dan sedaya upaya cuba masukkan elemen seni lingua franca. Sakit otak aku. Ternyata Bahasa Melayu bukan calang-calang bahasa. Yang kau tahu mencarut je! Haha tetiba. 

Lalu aku persembahkan kepada Dato' hasil kerja aku. Alangkah lega bila Dato' memuji-muji hasil karya aku, kalau tidak berlaku lah tragedi kicap tamin tumpah atas karpet bilik Dato' yang mahal itu. 

Sudah aku membuat kira-kira dalam kepala jika kerja aku di reject, aku akan mengembara ke Kepulauan Sulu untuk meminang pahlawan di sana. Tapi malangnya kerja aku diterima baik, maka lambat lagilah nampak gayanya aku kahwin haha. 

Jika kalian terdengar di corong-corong radio ada manusia dengan semangatnya bercerita pasal integriti, tahulah kalian itu karya perah otak aku. Tapi pada hemat aku, tidak akan kalian terdengar rancangan itu sebab Melayu memang mudah lupa haha tetiba. 

Esok aku nak ke satu daerah tepi laut untuk memantau kerja nelayan-nelayan di sana. Doakan aku dapat bawa balik butter prawns atau sotong butter salted egg. 

Jumaat aku tak cuti, aku ingat nak pinjam lembu yang bakal dikorbankan pada hari Sabtu buat tunggangan ke pejabat. 


10 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaamak sori aku ter remove komen kau haha. Demm touch screen.

      Hahah nsb baik ada geng x tau mksud integriti. Integriti ni ss je lebih haha. Hipokrit semuanya

      Delete
    2. Perempuan paling kejam aku pernah jumpa setakat ni. Haha...

      Delete
  2. Satu hari dulu aku pernah kena interview nak dapatkan biasiswa,
    salah soalan dia ialah "Apa itu integriti?"
    Aku tahu integriti, aku study malam kot semata2 nak faham konsep dia.
    Sekali masa aku nak jawab, neves punya pasal,
    aku bagi definisi 'integrasi' instead of 'integriti'...

    Balik kolej aku rendam muka aku dalam jamban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha dpt x biasiswa tu?

      Btw apa mksud integrasi? Haha

      Delete
  3. Ha'ah x sedap weh integriti. Tapi kalau kau nak jumpa sebelah karipap memang x jumpa. Kau kena bukak dulu karipap tu nanti kau jumpa la inti sadin, inti kentang.

    Kalau kau nk dpt yg inti griti kau kena beli byk2 karipap. Macam main tikam jugak la.....Mak cik jual karipap pun pandai ambil kesempatan skrg ni kau tau..Haha....

    Selamat hari raya aidiladha.
    Good luck la cari inti griti. Kahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Ini lawak. I wonder how griti would taste like. Nnt aku cr. Hope luck is on my side.

      Selamat hari raya aidil adha too! :)

      Delete
  4. patutla tak cuti jumaat. nak naik lembu rupanya :p

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance