Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 26 September 2015

Ema's Wedding

Sekarang ni memang musim orang kahwin bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan walaupun cuaca berjerebu. Bila musim ni habis akan datang pulak musim manusia mengeluarkan anak dari rahim. Inilah kehidupan *kunyah kacang dengan slow motion*

Aku jarang pergi kenduri kahwin unless kawan rapat dan mak paksa. *anti-social alerts tett tett tett*. 

Tadi aku pergi Sungkai, attend kenduri kahwin kawan universiti aku. Sampai tol Sungkai aku on GPS, dia bawa aku ke kenduri orang lain. Kuang aja ye kuang aja. So terpaksalah aku guna kepakaran otak aku yang tipis bab peta ni untuk menelaah peta. 

Alhamdulillah jumpa juga rumah pengantin selepas tanya orang dan beberapa kali salah jalan sampai rasa nak pergi petik buah kelapa sawit dan baling kan pada penduduk yang lalu lalang. Oh rumah pengantin kat Felda Besout. Tidak ku sangka felda itu sejauh itu. Dah la banyak siri nya, dalam satu siri banyak pulak peringkatnya. Pening kepala aku haha. 

Sampai je terus makan. Tak sempat habis makan pengantin sampai. Tinggal makanan sebab nak tengok pengantin berarak bawah pedang samurai punya pasal. 

Lepas tu sambung makan pinggan kedua. Sungguh tak senonoh perangai. Bila perut dah kenyang tetiba makcik pengantin datang hantar makanan pengantin berupa ikan masak 3 rasa. Apakan daya perut dah kenyang, nak makan seekor ikan bilis pun tak mampu rasanya. 

Keluarga pengantin sangat baik layan kami. Siap dapat 2 goodies bags dan bungkus lauk kenduri. Tak sia sia sesat hehe.  

Masa on the way aku cakap dekat Syafikah aku teringin gulai nenas ikan masin. Sekali time nak ambil makanan ada weh lauk tu. Sungguh Allah Maha Pemurah. Bergenang air mata time cedok lauk tu. Okay aku tipu, tapi serius terharu dengan kebaikan Allah. Bungkus pun dapat lauk yang sama. Alhamdulillah. Lauk yang lain pun sedap. 


Tahniah Ema & husband. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Make a lot of cute babies so you won't be alone when Azhar is on board. Hehe. 

8 comments:

  1. Aku pun suka sangat bila ada kenduri kahwin yg ada istiadat lalu bawah pedang camni.
    Macam cool gila arr semua angkat pedang utk dia...hehehe

    Bab cari jalan, aku memang fail.
    Fail ampai tahap kalau salah negeri sekalipun tak terkejut...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. macho gile kan. aku selalu rs org unit beruniform ni macho wpun muka x la macho mana wakakaka.

      haha geng la kita. aku guna gps pun sesat! Kahhhhhhh!

      Delete
  2. leftenan muda tldm ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah leftenan tldm. tak tahu la muda ke tak, tapi nampak muda la haha

      Delete
  3. hahaha aku pun ada pengalaman dgn GPS tak guna tu. ada ke patut dia bawak aku pegi hutan belantara kiri kanan, guhuhu :3

    uii terasa gagah perkasa jugak kalau nikahi abang beruniform ni, hikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kann. Kuangjoo. Mentang2 kita x tau dia troll nya haha

      Rasa macho kan tp tp takkn tu jd penyebab kawen kakaka

      Delete
  4. Pergi kenduri kahwin time mak paksa je...hahaha..kecik2 aku pun camtu, kalau boleh malas nak pergi.. Tapi dah besar ni takkan mak kau paksa gak? Busybody betul..hehe...

    Gps dgn aku kadang jadi kawan baik, kadang2 tak sefahaman...pelik2 je gps ni dia punya emosi...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah besar ni tak la paksa dah.

      gps ni obviously perempuan, emosi tak stabil hahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance