Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 9 September 2015

CUBA mengamalkan cara hidup sihat

Sejak aku hidup sendiri (menyewa), aku cuba amalkan hidup sihat. Dua tahun aku duduk dengan parents, weh jahanam badan aku weh, lari segala alignment. Berat naik tanpa batasan. Mak aku masak sedap sangat, cannot resist. Lagipun kecik hati dia kalau aku tak jamah. Padahal boleh je nak makan sepinggan, tapi kadang-kadang 3 pinggan aku bedal. Mummy why your hands so magical? Aku masak tak pernah pulak sesedap tu. Lagi satu kalau aku sendiri masak, aku tak selera nak makan. HAHA nampak nau tak sedap -_-''

Time tu nak kawal kesihatan badan, aku main badminton petang-petang. Time Nadzirah cuti boleh la main dengan dia. Kadang-kadang main dengan Hafiz, tapi selalu dia pergi main bola/takraw dengan kawan-kawan dia. Apa kerlass layan kakak main badminton. Siap kamu Hafiz, aku taknak hantar kamu pergi mana-mana dah (alasan yang dah tak diterima pakai sebab dia dah ada lesen motor. Pffft) So sebagai pengganti, aku layan la cousins aku yang berumur 5-8 tahun main badminton, so faham-faham je la -_-''

 Aku dari kecik memang kurus keding. Lahir tak cukup bulan memberi kesan kot. Ke tak? Berat aku sebelum baligh 24kg je. Lepas tu baru la membentuk rupa perempuan sikit. Plus aku boyish dulu, curve ke apa ke lambat sikit membentuk. Hormon aku masih confuse nak buat pembentukan apa haha. Bab memandai bagi kat aku.

Kawan laki aku pernah panggil aku plywood. Sejenis kurang ajar di situ. Lepas habis sekolah dia ada jumpa aku dan dia cakap

'Nasib baik kau jadi perempuan jugak, dulu kau flat gila'

Lalu aku buat gerakan mulut yang berbunyi

'Babi' 
(Maafkan aku babi, zaman muda aku suka menyebut nama kau, sekarang aku biarkan kau hidup aman tanpa perlu tersedak lagi)

Sampai aku habis degree, berat aku maintain 45kg dengan tinggi 158cm. Ramai yang tegur, 

'Eh gemuk kan lah sikit badan, tak cantik la perempuan kurus sangat'

Terus aku bersiap pergi pasar cari lemak sekilo, muscle sekilo, air seliter then telan lepas baca bismillah. Taraa terus berat aku 48kg!

Cakap senang! Hahaha. Aku makan rupa jin jugak, seminggu 3 kali wajib nasi kerabu dengan ayam goreng, belum kira nasi arab, keropok lekor, spageti, ice blended bla bla bla. Tapi sebab time tu banyak guna tenaga (riadah, belajar, ketawa) plus masih muda (uhukk uhukk) so metabolism masih berkerja dengan cemerlang.

Semuanya berubah lepas habis belajar and aku start duduk office. Langsung tak produktif! Melepek punggung atas kerusi dari pagi sampai petang. Bangun pun sebab nak pergi makan. Balik kerja pun melepek sebab penat, bangun pun nak melawat bawah tudung saji dengan peti ais.

Makin hari aku rasa punggung dan peha aku makin besar. Bukan rasa, memang ye pun hoho. So aku tak selesa, aku rasa malas nak bawa badan haha the perks of being pemalas. Tapi tak boleh nak buat apa, masakan mak memang tak boleh tolak, nak exercise petang-petang pun tak lama sebab dah penat berkerja. Aku tau badan aku naik bila makcik aku tegur.

'Eh Nadia dah berisi, baru cantik'

Oh cantik ke? Tak kisah la cantik ke tak ke, masalahnya aku tak selesa.

So bila aku dah start duduk sendiri ni, aku try kawal pemakanan aku. Aku tak kisah berat aku 60kg pun janji aku selesa and fit. Bersenam tetap kurang atas faktor kerja (alasannnnn), so aku kawal pemakanan. Plus malam aku malas nak bersiap keluar cari makanan, nak masak lagi la rasa membazir nak makan sorang je pun. 

Pagi aku minum air suam + madu + lemon, selang seli dengan green tea. Tengahari aku makan nasi portion segenggam tangan aku, lauk aku bantai apa aku nak haha. Malam aku makan buah sebiji. Plus aku jarang gila minum air manis. Ramai tanya,

'Tak lapar ke?'

So far, okay je. Kadang-kadang makan ni nafsu je lebih, padahal bukan lapar sangat pun. Tapi ada jugak hari yang aku keluar malam sorang-sorang cari makanan bila monster mood aku on. Nasib baik sebulan 2 3 kali je buat perangai. And aku makan malam heavy time ada orang ajak dinner.

Note: Rutin pemakan di atas hanya berlaku hari berkerja sahaja!

Sekarang adik aku duduk dengan aku sebab dia praktikal kat Hospital selama setahun. Maka perlulah aku redha merentasi jem yang maha celaka itu setiap pagi hantar dia ke hospital.

Adik aku sejenis manusia petite yang makan banyak. Ni antara ciri-ciri bela hantu raya. Haha. Semalam tengah aku makan buah pear yang manis gila ibarat tebu di tepi bibir, aku offer ke dia sikit tapi dia tolak tangan aku, so biarlah. Aku nampak dia buat panggilan, aku biarkan je, sambung gigit pear yang manis gila itu sambil baca buku. Tetiba aku tertangkap perbualan dia.

'Mak, Ayong tak bagi Lah makan malam'

Kuangjooo! Tak cakap pape kat aku tetiba terus call mengadu kat Mentara Guru. Dia ni tak boleh tak makan nasi, nanti dia jadi naga sakit siap muntah bagai nak gempak lagi terus masuk hospital. So terpaksalah aku bersiap bawa dia pergi makan sebelum mak pulak call aku bagi ceramah sedas dua. Aku tak beli lagi groceries untuk masak.

Hancurlah jadual makan malam aku nampaknya dalam masa setahun ni. Woi jadah apa praktikal sampai setahun!

12 comments:

  1. hahaha org ckp masakan aku sedap (org ckp k), tapi aku kureng selera nk mkn masakan sendiri, entah lah knp aku lg suka mkn masakan org :3
    Hahahahahahaha adik ko tu sama ah mcm aku. cer bayangkan aku dgn dia tggl dgn ko sekrg, ahahahaha ha
    mentara guru hahahahaha :''))

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh cmtu mungkin mknn aku pun sedap. aku pernah PAKSA org ckp masakan aku sedap hahaha.

      tkpe la kalau kau tinggal sekali, blh kau je bwk dia pergi makan hahaha

      Delete
  2. pagi mmg hari2 selang seli antara madu+lemon dan green tea saja ke.tk de roti, biskut etc...
    bt la review lepas amalkn madu+lemon..pleaseee

    untung la mkn byk tk mok mok..titew mkn tk jaga mula la peha bergesel..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far tkde hehe. okay nnt dh ada kesan i'll make the review hehe

      eh tu dulu. skrg mkn byk sure naik jgk hahahahuhuhu

      Delete
  3. hahaha, kena report dengan mak dah...aishh..memang bikin rosak jadual pemakanan betul~ lama benau praktikal sampai setahun...lemah nak layan kerenah makan malam2...haha~..

    sruh dia duk hospital, makan makanan spital...insaf sket...XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kan. what a good idea, suruh duduk asrama hospital je haha ;P

      Delete
  4. as i read the title
    my heart felt weird
    and suddenly
    something warm flowing through my eyes
    i look in the mirror
    and i realise
    its the tears of happiness
    :'>

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. omg i didnt realise that this entry can be so touching for you. but i'm glad it did :P

      Delete
  5. Bapak lama adik kau praktikal sampai setahun....

    Aku ingat nak gemukkan badan makan supplement ke.... weight gain ke.....rupan-rupanya salah tips la yg orang selalu bagi tu...hampeh tol...

    Sekarang aku dah tahu camne nak besarkan badan cepat. Just keluar cari lemak sekilo, muscle sekilo dan air seliter. Tak susah pun rupanya. Tak sabar gila weh nak cuba tips ni. Thanks for the tips. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan lama gila. Aku prktikal 2 bln pun dh rs hazab haha

      Ha tu la kau, lain kali tnye pd yg pakar. My pleasure hahaha

      Delete
  6. Actually kalau jaga pemakanan, tak payah kerap bersenam pun dah boleh fit.
    Tapi zaman sekarang makanan dilabel sihat pun belum tentu betul sihat, so nak tak nak makan dan bersenamlah jawabnya...

    Aku pun selalu berangan nak joging petang2,
    tapi nama pun berangan. Tak buat pun. Wahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Btw aku dah start jogging. *muka berlagak* hahaha. X tau la berapa lama bertahan. U can do it cEro! Hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance